COCO MOCA LAYER CAKE - masam manis f

Breaking

Aug 22, 2011

COCO MOCA LAYER CAKE

Assalamualaikum...

Minggu ni minggu ita mula buat kek.. hihi awalnya kan.. memang lah nak kena buat awal sebab ita nak kirim kat MIL. Tahun ni kan tak balik beraya jadi kirimlah buah tangan sebagai pengganti diri.. Tulah yg ita buat kukis dan kek awal sebab nak kirim dekat orang.. Sebenarnya nak kirim dgn SIL, dia nak balik minggu ni.. tu yg terkejar2 membuat..


Ini adalah percubaan pertama ita membuat layer cake.. memang tak pernah buat lagi sebelum ni.. Oleh kerana itu kejam mata lah ye melihatkan rupanya yg tak lawa tu.. adoiii.. malu pulak nak bagi kat MIL cam ni.. >^< Layer senget benget.. pulak tu ita tersilap pecaturan.. dan akhirnya tak sama bahagi adunan tu.. Tak pe kita belajar dari kesilapan dan nanti kita cuba lagi ye!


Resepi Coco Mocca Layer Cake ni ita ambil kat rumah kak Wan. Masa selongkar dapur kak Wan intai2 kukis terskodeng pulak kek ni.. langsung suami ita suruh buat.. Ita seperti biasa mmg banyak alasan ini tak de ... itu tak de.. hihi last2 dia yg gi kedai beli barang2 tuk buat kek ni.. mmm.. mmg kenalah membuat walaupun dalam seram sejuk.. kerana mmg tak pernah buat.. huhu

Jom lah kita lihat bahan2 yg kita perlukan tuk buat kek ni..


KEK LAPIS KOKO MOCA
By: Kak Wan


Bahan A
250 gm mentega
150 gm gula castor
5 sudu makan susu pekat manis
14 biji kuning telur


Satukan mentega, gula castor dan susu dalam mixer dan pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga sebati.
Kemudian tuangkan adunan ini dalam satu bekas dan ketepikan.


Bahan B
150 gm gula castor
7 biji putih telur
1/4 sudu teh serbuk tatar


Dalam bekas lain pukul pula putih telur sampai berbuih
Tambahkan gula dan serbuk tatar dan pukul lagi hingga kaku. 
Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan tu tak jatuh
Ketepikan


Bahan C
160 gm tepung Hong Kong
40 gm serbuk Holick
1 sudu teh baking powder


Satukan semua bahan C dan ayak.
Masukkan semua bahan C yang telah di ayak ke dalam adunan A dan gaul perlahan hingga sebati
Tuang pula adunan B dan gaul lagi hingga bercampur sempurna.



Bahan D
1. 1/4 sudu teh pewarna kuning telur campur dengan 1 sudu kecil esen vanila
2. 1 sudu besar moca emulco atau moca paste
3. 1/2 sudu besar choc emulco campur dengan 2 sudu besar serbuk koko dan 3 sudu besar air suam

Bahagikan adunan tadi kepada 3 bahagian
Bahagian pertama  VANILA  campurkan dengan bahan D 1 dan gaul rata
Bahagian kedua  MOCA campurkan  dengan  bahan D 2 dan gaul rata
Bahagian ke tiga KOKO campurkan dengan bahan D 3 dan gaul rata

Sediakan loyang berukuran 8X8. Letakkan kertas pembakar kek di dasarnya dan oleskan dengan butter.
Panaskan oven pada suhu 170C bergantung pada kepanas oven. Buka api atas bawah.

Layer yang pertama  KOKO
Ambil satu senduk (74 - 80 gm ) tuangkan dalam loyang dan bakar lapisan pertama ini dengan api atas bawah selama 7 - 10 minit. Hingga permukaan nya perang.

Keluarkan kek dari oven. Tukar pula oven kepada api atas sahaja.


Bahan Sapuan
3 sudu makan butter campurkan dengan 2 sudu makan susu pekat manis


Lapisan pertama tadi yg telah masak tadi di cucuk atasnya dengan lidi atau garfu.
Kemudian tekan atas kek dengan alat penekan kalau tak de boleh guna belakang gelas. Ini untuk menghalang ruang udara.
Sapukan atas kek dengan bahan sapuan tadi.
Kemudian tuang pula 1 senduk lagi lapisan kedua..
Ulang cara yg sama hingga habis semua adunan KOKO

Lapisan ke dua MOCA
Buat cara yg sama

Lapisan Ke tiga VANILA
Buat kaedah yang sama juga seperti dua lapisan di atas.
Untuk lapisan yang terakhir tutup loyang dengan kertas aluminium dan bakar dengan api atas bawah selama 15 minit.
Bila dah siap sapukan atas kek dengan butter supaya permukaan kek tidak kering.
Tunggu kek benar2 sejuk baru keluarkan dari loyang dan boleh lah di potong.


24 comments:

Kak Amy said...

Sedapnya..terliur pulak kat kat sini huhu..


p/s:salam kenal singgah dan follow sini, jemput ke SR ye..

Ummi said...

Cantik sangat dah tu Ita...rajin tul dia..akak kan, dah lama bebenor x melapis...nape la maleh sgt akak nih..hehe

izahdaut said...

Uishh susah jugak sebab nak kenA padat2 lak kek tu ye

Mas said...

kak ita...
cantik dah tu kek lapis akak...
rajinn betoi akak sorang ni melapis....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

amboi kak Ita, melapis pulak! Kita ternganga tengok gambar kuning telor tu, ahakz!! Seni sungguh, tak nmpk pun mcm first time buat, kalu sy, huru-hara!! hahaha

ilahjy said...

salam ita ..
mmg lawalah kerja melapis pertama ita nie.. kak belum pernah buat wpun dah beli sebuah buku kek lapis sarawak..tahniah..

Unknown said...

Ya Allah... kak ita rajin yea..
tp mabeles lah kek k.ita...mcm nak try tp....kerajinan x sampai lagi ni huhuhuhu

ninazsyafinaz said...

Tringin nak melapis tapi masih tak berani...haiz..BTW..maksudnyer setiap lapisan tuh kita bakar 7-8 minit setiap lapisan yer..?

syasya said...

cantik! huhu susahnye nk buat akak...

Ibu Lala said...

Nampak sedap je. Tapi x rajin nak buat sebab agak susahkan. Kalau ada yang tolong bancuh boleh la melapis ajer...Resepi akak ni best best belaka. Salam perkenalan.

Anna Qawina said...

aslmkm kak ita..bestnya MIL akak dpt mkn kek & kukis menantu dia buat sedap2 & cun lak tu..

Oh Oeya said...

Wow!!

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
cantiknyaaaa kek nie akak... kagum2!!.. mmg cantik sgt d mata diana... sedap sudah pasti kan akak... sukanyaa tgk kek nie akak...

Emma said...

camni kak ita kata senget? lawa sgt kak! saya ni nak juga buat kek lapis..tak pernah buat..ish ish kak ita dah jalan ..kita nak jugak..sedap je nampak tu!

Juwita Jamaludin said...

kak ita.. lawanya la kek tu.. ni akak kata tak lawa.. huhuhuhu.. akak ni memang berseni tau.. untung suami akak.. idola saya dengan semua hasil kerja akak..:) moga akak dapat masuk majalah seronok saya tau..

Unknown said...

yong xpernah buat jgk..tkut je buat x jadi hehe

Ummi Nur said...

Kak, mencelah kat sini..harap dapat jawapan hehe

Pasal farmbrozen kenari cookies, putih telur utk buat topping itu kena pukul sampai jadi meringue ye?
time kasih..:))
nak cuba buat ni..

masbizzy said...

Terharunya effort yang diberikan dengan resepi dan step untuk buat kek lapis. Orang yang tak pandai mcm saya ni..teringin nak buat..

Nice pics...

Yatie said...

rajinnya Ita buat kek lapis yg sungguh cantik ni...Yatie nak tempah boleh ke..ke nak bagi free jek sempena raya ni.....hehehehehe..

fazian.batrisyia said...

Dah lawa dah tu kak ita...kalau sy 1st time ntah jadi cam mana pulak layernya...teus jadi zig zag cam kek sarawak kot! Menantu yang baik, lagi solehah....ingat MIL dari kejauhan...Kak ita, lagi 1 nak kabor...sy suka blog akak...sy pun ikut buat cookies dr blog akak..TQ.

geez said...

Tahun lepas 1st time buat kek lapis. Lama tol nak abiskan semua adunan sampai ke mlm.... tp bila dah masak xnmpak pun layernya....:(. Fail!

wvfy said...

Hello,

Nak tanya ..klu tidak pakai serbuk horlicks bolehkah ganti dengan tepung susu?

tq!

wvfy said...

Hello, nak tanya apa berbezaan dari segi rasa dan tekstur kek lapis ni dengan kek lapis indonesia?

bolehkah saya ganti serbuk horlick dengan tepung susu?

tq!

Unknown said...

Kek lapis akak kemas betul.....saya sudah bikin 3 kali la...tak lembut seperti punya akak...akek lapis akak seperti kek lapis full kuning telur..mohonn pencerahannya..thanks

Post Top Ad

test