Salam di pagi Jumaat, penghulu segala hari... hari Jumaat yg terakhir dlm bulan Ramadhan ni..
Minggu ni adalah minggu terakhir umat Islam berpuasa. Minggu terakhir juga untuk anak2 bersekolah. Minggu terakhir juga untuk mereka yg bekerja. Esok juga adelah hujung minggu terakhir untuk kita melengkapkan lagi keperluan untuk menyambut Lebaran.
Bagi suri-suri rumah ini adalah minggu yang paling sibuk sekali. Macam2 nak di siapkan sebelum menyambut Lebaran. Semua terpikul di bahu kini. Mula sibuk memasang langsir, menukar sarung kusyen, mengganti cadar baru, membentang permaidani... alih perabut sana... alih perabut sini.. semua dilakukan untuk mengindahkan lagi rumah bagi menyambut tetamu di Hari Raya.
Minggu ni juga minggu terakhir untuk menyediakan hidangan untuk para tetamu, kuih dalam balang dah mula dikira cukup ke nak di isi dalam bekas kuih raya nanti. Mula mengodek2 kek untuk di hidangkan sebagai pemanis di meja hidangan. Esok lusa dah mula mencari bahan2 dapur pula untuk nak masak di malam raya. Daging, ayam, udang adalah antara yang wajib di beli... bawang, cili, rempah juga tersenarai dalam list.. mula mencari daun ketupat, daun palas dan buluh lemang. Petang raya pasti semua menyinsing lengan dan berpencak silat didapur.
Keperluan anak2 dan suami juga harus di utamakan. Baju raya harus di gosok, supaya semua tampil segak dan bergaya di pagi raya. Bagi yang pulang ke kampung pasti sudah mula memasukkan segala kelengkapan ke dalam bagasi. Jangan ade yg tercicir pula.. aiii... tak beraya pulak karang.. hihi Untuk yang pulang ke kampung jangan lupa matikan semua bekalan eletrik dan gas. Kunci semua tingkap dan pintu dengan sempurna, ini tuk mengelakkan tetamu yg tak di undang. Pastikan juga kenderaan dalam keadaan selamat. Jangan lupa beritahu jiran tetangga bahawa anda sekeluarga pulang beraya di kampung. Pandu dengan cermat dan berhati2 di jalan raya ingat orang tersayang...
JPJ telah mengeluarkan senarai 13 laluan maut di sekitar Johor agar pemandu kenderaan berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung. Ini berikutan kekerapan berlaku kemalangan ngeri di kawasan berkenaan terutama menjelang cuti sekolah atau musim perayaan. Antara 13 laluan maut itu
Jalan Ulu Tiram-Kota Tinggi
Kota Tinggi-Pengerang
Johor Bahru-Skudai
Johor Bahru-Pontian
Kota Tinggi-Mersing-Endau
Mersing-Kluang
Skudai-Kulai-Simpang Renggam
Kulai-Kota Tinggi
Pontian-Batu Pahat-Muar
Batu Pahat-Ayer Hitam
Muar-Yong Peng
Muar-Batu Pahat
Thank You B. Berry Curtain & Carpet for the hamper, especially Mr. Foo, Mis Lim and all B. Berry staffs. Selamat Hari Raya to you guys...
31 comments:
Morning Ita...akak selalu je jengah dapur Ita semasa BW mencari idea utk memasak. Hari ni singgah nak menghlurkan salam kenal di samping mengucapkan Selamat Hariraya...mohon halal semasa lalu lalang tu ye?
selamat hari raya jugak untuk kak ita....
Selamat hari raya buat kak sekeluarga.
selamat ari raya..:)...sweetnyerr anak dara akak..
selamat hari raya kak ita... :)
tgk laluan kat johor tu..mcm semua tempat je kak ita...ehm..Insyaallah..berhati2 di jalan raya... mulakan setiap perjalanan dengan doa..mudah-mudahan dipermudahkan.. Amin...
Salam Aidil Firi khas utk Pn Ita sekeluarga! Ketika ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjungi sahabat handai serta saudara-mara, berhati-hatilah di jalanraya.
Keep on blogging & cooking!
selamat hari raya utk kak ita n family....byk pesanan dr kak ita...terima kasih kak... :) sememangnya di saat2 akhir ni lah baru terasa kelam kabutnya nak buat persiapan....awal2 dulu rasa mcm blh nak siap..tetiba hari ni rasa mcm x t'kejar pulak...:)
salam lebaran...maaf zahir n batin....
Selamat hari raya...ada masa boleh share lagi...pengalaman, resipi, tips dll.
Dalili tu comel...bunga sekuntum ye kak?
Uiii besarnya hamperrr...
slamt ari raya utk dalili. mak ooii besar nya hamper...lg berat dari dalili kot. hehehe
selamat hari raya aidilfitri buat kak ita sekeluarga.....
maaf zahir batin...
moga akak sekeluarga bergembira dihari raya nanti...
As Salam.
Selamat Hari Raya buat Kak Ita sekeluarga.
Selamat hari raya jugak kat kak ita..nnti mesti rindu nak jenguk2 blok kak ita..hehehe..
Selamat Hari Raya buat Kak Ita sekeluarga..
kak ita...salam perkenalan....suka tgk gambar2 makanan yg kak ita upload semuanya nampak cantik....resepi2 yang kak ita bagi pun semuanya sedap-sedap belaka...anyway selamat hari raya!
Selamat Hari Raya Kak Ita & family.
selamat hari raya untuk kak ita sekeluarga..ampun maaf jika ter kasar bahasa..halalkan segala resepi yang di ambil ye..
selamat hari raya n maaf zahir dan batin ita
Selamat Hari Raya buat Ita sekeluarga......salam perkenalan dari akak..from Kedah
Selamat Hari Raya to you and your family.
selamat hari raya aidilfitri kak.. tentu akak sibuk dah ni macam2 kena buat ye.. maaf zahir dan batin.. terima kasiha atas tunjuk ajar akak selama ni..:)
Salam Aidilfitri buat Kak Azlita sekeluarga.. Comelnya anak dara akak tu persis ibunya..
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Kak Ita sekeluarga. Travel safe and have fun :)
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat Ita sekeluarga...moga ceria di pagi syawal yg mulia..
Salam Aidilfitri Kak ita.. maaf zahir batin kak.. nk duit raya!.. hihihihi..
Salam Aidilfitri buat Ita dan keluarga...semoga sentiasa diberi keceriaan di hari raya nnt dan bahagia selalu.. Mohon maaf zahir dan batin dari akak....muaaahhh!
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari blog.hariz :)
salam aidilfitri buat kakita sekeluarga..:)
salam ita,
selamat menyambut hari raya aidil fitri buat ita sekeluarga...semuga berbahagia selalu disamping keluarga tercinta...:)
Assalam kak ita,
comel betul anak dara kak ita nih. :D
Post a Comment