APAM SPRITE - masam manis f

Breaking

Oct 23, 2011

APAM SPRITE

Assalamualaikum...

Buat julung kalinya, program realiti masakan popular dunia diperkenalkan di Malaysia. MasterChef Malaysia, menerjah kaca televisyen yang bermula semalam. Rancangan yang bersiaran di saluran Astro Ria saluran 104 pada pukul 9 malam tadi, menjanjikan satu lagi persaingan dalam bidang kulinari. Kebanyakkan peserta yang mengambil bahagian bukanlah dalam bidang masakan. Mereka datang dari latar belakang yang berbeza-beza tapi, mempunyai impian yang sama iaitu merangkul gelaran Master Chef Malaysia yang petama.


Ita sempat menyaksikan program ini semalam, kecut perut juga bila menyaksikan peserta terpaksa mengharungi cabaran, rintangan dan penyingkiran. Hanya 34 peserta saja yang terpilih semalam sebelum hanya 24 peserta terbaik berjaya meneruskan perjalanan mereka dalam Master Chef Malaysia. Marilah kita sama2 berikan sokongan kepada para peserta.. tak sabar rasanya untuk menyaksikan cabaran seterusnya dan siapakan yg bakal di nobatkan sebagai MasterChef Malaysia yang pertama. Sama2lah  kita nantikan..


Sekarang kita bukan lagi dalam program realiti.. tapi kita dalam alam maya yang sentiasa ingin menampilkan resepi2 yang terbaik untuk dikongsikan bersama.
Hari ni ita sajikan satu lagi menu apam. Kali ni menu telah di ubah suai. Resepi asal adalah apam coco-cola tapi kali ni ita tak gunakan coco-cola tetapi menggunakan sprite. Dan hasilnya apam tak pecah mekar macam apam coco-cola tapi masih lagi gebu halus dan mulus.. Lembut dan sedap!


Sebelum ni juga ita ada nampak Yat buat kek kukus gunakan sprite, tapi yat gunakan resepi kek kukus  7Up dari mrsdayat. Dan ita pula gunakan resepi Apam Kukus Mekar Cola yang pernah ita sharekan sebelum ni. Macam tu lah kan resepi ni kalau kita ubah sana sikit sini sikit bahannya kita akan dapat lihat hasil kejadiannya yang berbeza-beza..


Resepi ni ita ambil dari majalah SEDAP, tapi kali ni ita letakkan perasa dan warna untuk menonjolkan  lagi rupa dan kejadiannya. Jom kita lihat resepi ni..


APAM SPRITE
Adaptasi dari resepi : APAM KUKUS MEKAR COLA
Sumber : Majalah SEDAP

2 biji telur
1/4 sudu teh garam
150 gm gula pasir
50 gm gula merah - ita guna gula perang
1/2 sudu makan ovalete
275 gm tepung gandum
15 gm susu tepung
1/2 sudu teh baking powder
225 ml air sprite
50 gm coklat cip - ita lebihkan sebab 50 gm ni macam sikit sangat
pewarna merah dan perasa strawberry
pewarna hijau dan perasa pandan
choc emulco


Pukul telur, garam, gula pasir, gula merah dan ovalete sehingga kaku selama 10 minit. (dia mmg akan kaku tau! lagi pekat dari yg selalu kita buat kek chiffon yg pukul sampai jadi bertanduk tu)
Masukkan tepung gandum, susu tepung, dan serbuk penaik yg di ayak berselang seli dgn minuman sprite.
Sambil dipukul perlahan.
Masukkan coklat cip dan kacau rata guna spatula.
Sudukan adunan ke dalam papercup dan masukkan dalam acuan apam yg berlobang2 boleh lihat di SINI
Sediakan kukusan. Buka api kuat. Biar air kukusan mendidih.
Susun dalam kukusan dan kukus selama 10 - 15 minit dgn api besar sehingga masak.

10 comments:

iedaoshin said...

wah gebu gebas membumbum naik apam ni nak try gak ni

Sunah Sakura said...

akak! comeynyaaaaaaaaaaaaa gambar! T___T

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

colourful, presentation pun mantap, rasanya mesti sedap.. ni brp ketul agaknya Dalili makan?? hihi.. ke maknya yg makan lebihhhh.. kui kui!!

Wani Sukarno said...

SALAM KAK ITA ...

wahh cantiknya mekar sejambak ....ACUAN berlubang macam mana tu bila wani klik dekat yg kak ita suruh klik tu ..x de pon contoh acuan tu

Anna Qawina said...

cantik namak dah tu kak..lembut kuih apam ni kan..

Shabby said...

sedapnye kak.. tergoda tgk apam ni.. :)

siti said...

wow gebussssnyerr...x sabar nak cuba

Unknown said...

salam kak ita, mmg menambat hati dan mata memandang, belum dirasa lagi tu..pasti sedap,gebu dan lembut kan kak?InshaAllah akan sy cuba membuatnya nanti.tq atas perkongsian.

Sheery Dream Cakes said...

memang cantik kejadiannya... suka diana tgk.. dgn warna yg lembut... gambar yg cantik.. mmg menarik..

wawa said...

salam kak,...sya ada try beberapa resepi dr blog akak ataranya apam....nak tanya knapa walaupun tudung telah d balut dgan kain tapi air still jatuh d dlm kuih.... aduii... tensionnnya...makkkk..jdinya atas kuih tu keras. Kadang2 tu jdi takut nak try resepi baru klu yg kena kukus...Mtak tunjuk ajar akak...

Post Top Ad

test