MEE HAILAM MENYENGAT - masam manis f

Breaking

Oct 28, 2011

MEE HAILAM MENYENGAT

Selamat tengahari semua..
Dah makan ke?
Makan apa lah agaknya tu kan..
Hari ni ita masak menu yang simple aje.. Sebab sakit kepala ni menyerang lagi.. badan pon dah terasa letih sangat ni.. nak mengetuk papan keybord ni pun macam dah tak terlarat rasanya..


Walaupun resepi ni simple, mudah dan ringkas tapi jangan tak tau.. rasanya sangat sedap! Buatnya pun sangat cepat dengan menggunakan bahan2 yang sangat mudah!  Ibarat kata orang lagi ringkas lagi umph!
Nak menyediakan hidangan sebegini tak memerlukan masa yang lama. Kejap aje dah terhidang atas meja..
Sesuailah bagi isteri2 yang kurang sihat tapi masih ingin menyediakan hidangan yang istimewa buat keluarga.


Yang seronoknya bila kita memasak ni bila tang makan.. Ita paling suka kalau tengok suami dan anak2 bertambah2 mencedok ke mangkuk.. aiii... ilang segala penat memasak. Pulak bila hidangan yang kita sajikan mendapat pujian dari suami tercinta.. lagi lah kembang kan?? senyum tak yah cakap lah dah sampai ke telinga... hihi

Resepi kali ni ita ambil dari My resepi. Resepi Mee Hailam Menyengat!! waaaa... dengar nama pun dah teruja nak mencuba kan.. Tu lah ita pun sama teruja aje bila membaca nama resepi, macam tu jam jugak nak di cuba!


Resepi hasil dari kiriman Intanredha. Terima kasih intan.. memang betul-bretul menyengat! Berbaloi-baloi mencuba! nanti ita nak buat lagi bila anak2 balik bercuti..
Kalau mee yang macam ni memang anak2 ita suka sangat makan.. Cepat di masak sedap di makan!

Ita minta izin untuk sharekan resepi ni di sini pula lah ye Intan, Semoga ramailah kawan-kawan kat luar sana yang sudi mencuba.


MEE HAILAM MENYENGAT
By : Intanredha
Rujukan : My Resepi

Hidangan ni di sediakan ramuannya untuk 2 orang makan. Sila gandakan bahan2 jika ingin menambah jumlah hidangan.


Daging - Di hiris nipis dan di cuci bersih
Ita cadangkan menggunakan daging batang pinang supaya kita tak perlu merebus
Jika menggunakan daging biasa rebus dahulu daging hingga empuk air rebusan jangan di buang kita gunakan untuk menambahkan, dan memaniskan kuah

10 ekor udang sederhana besar - dibuang kepala dan separuh kulit di badannya
1 labu bawang besar - di cincang halus
2 ulas bawang kecil - di cincang halus
2 ulas bawang putih - di cincang halus yang ni ita tambah
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar , kalau nak pedas tambahlah lagi
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan kuah
sedikit bunga kobis
sedikit sawi
lobak - dihiris
2 mangkuk air - kalau daging direbus dahulu gunakan air rebusan daging
Garam - secukup rasa


Bahan yang di makan bersama
Mee kuning kasar secukupnya
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Cili jeruk - jika suka

Tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak hingga wangi.
Masukkan daging dan masukkan air dan biar daging empuk.
Kalau air kurang, tambahkan air lagi .
Masukkan lada hitam, sos tiram, dan kicap.
Biar mendidih sekejap
Masukkan udang
Masukkan sayur dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.
Bila sudah agak pekat, tutup apinya.
Kuah sedia dihidangkan bersama bahan-bahan hiasan yang lain.

20 comments:

cik cek said...

Ai! bila tak sihat ni...kalau dapat semangkug mee hailam Ita alangkah bestnya...

Unknown said...

sama lah kita nampaknya kak...masing2 x sihat,cuaca mmg x menentu skrg ni...lia sejak semalam lg da demam n ini lah menu lia makan dgn anak2..cuma bezanya lia buat kuew tiau.. :)

k.ita jgn lupa rehat n makan ubat....

Gee® said...

Ita, nakkkk...!!!

ibh_sue said...

Aslmkm...Sedapnya.. Sue suka resepi yg simple2 mcm ni..(^___^)

Rtp Farra Arisha said...

sedapnya mee hailam..i bet for a long time i don't eat it. yummy. ;)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

bila tengok gambar macam tak percaya jer Kak Ita tak sihat, kalau sihat lagi hebat ni!!

cik atie said...

memang nampak menyelerakan... yummy!!!

NoorMasri said...

ish ish ish......sungguh mengancam kalbu

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mmg rajin walaupun tak sihat tp masih boleh masak sedap2! kalau akaklaa.. time betul2 tak sihat rasa nak kelubung dlm selimut aje.. hehehe..

mimie said...

sedappppp....nak kak ita... :)

pic kak ita,besttt...cantik sangatt

nak tanya siket lah kak ita.

kak ita pakai kamera jenis apa??

saia jg minat food fotographi ni...

Unknown said...

salam, moga2 cepat sembuhlah k.ita...supaya dapat share resepi yg lebih 'happening' lagi dgn kami...

ibuhebat said...

harus kucuba ni!

just nak citer, saya pernah rasa mee hailam kawan saya masak.. rasanya sedap dan lain drp yg sy pernah mkn sblm ni.. saya rasa dia bubuh halia. Memang betul! sedap kalau kita boh halia sikit.. ala2 sizzling mee tu rasa dia. :D

KG said...

kalaulah boleh capai frm lap top ai nih!hehe tqs for the recipe!

Lieya said...

Ada letak sengat tebuat ke kak ita? ehehehehe... mabelesnyeeeeeee

Aini Iskandar said...

rajinnye kak ita........sedapnye.....

myra said...

sedap..nnti nk try resepi ni,hihi

buDAkFeLDa said...

dh try resepi,,terbaik,,,thanks!

kawan said...

tgk pun dah tahu sedappp!!!..

nk try la... mee hailam bujang.. :)

NabilaHasyim said...

enSuami baru bgtau semalam yang feveret dia mi hailam.

terus hr ni cari resepi.

cmni rupanya mi hailam.

boleh la cuba, nmpk senang, hehe.
Saya xminat sgt mkn mi ni, huhu....

terimakasih bkongsi resepi..

Unknown said...

presentation sangat menarik, membuka lagi selera bila nampak gambar, rasa nak makan jek, meleleh air liur sebab mee hailam favourite saya. Nak cuba!

www.mnmforlife.blogspot.com

Post Top Ad

test