OPERA CAKE - masam manis f

Breaking

Oct 26, 2011

OPERA CAKE

Assalamualaikum

Selamat bercuti kepada semua.. dan Happy Deepavali kepada semua yang beragama Hindu. Semoga kedatangan Hari Deepavali menambahkan lagi cahaya kegembiraan dalam diri kalian semua..

Terlebih dahulu ita ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mengucapkan selamat ulang tahun yang pertama kepada Blog Masam Manis.
Segala kata-kata semangat, galakan dan dorongan dari anda semua adalah pemangkin semangat bagi ita untuk terus berkarya.. Sekiranya ada silap dan salah, atau ketelanjuran kata... ita harap sudi-sudilah menegur.. Ita ibarat budak baru belajar , kalau salah tolong tunjukkan..
Insyaallah ita akan tingkatkan prestasi dan kurangkan kontroversi.. demi semua pengunjung setia Masam Manis. Itulah janji ita..


Sebenarnya ita sangat-sangat terharu apabila membaca setiap ucapan.. Ita tak pernah sangka yang blog ita mempunyai pengunjung yang setia.. Mengalir titisan air di hujung alis.. memang sangat-sangat terharu. Ita berharap kehadiran ita dalam dunia blog dapat diterima semua dengan ikhlas. Ita hanya ingin berkongsi minat dan cerita.. tidak lebih dari itu.. Tidak pernah terlintas di dalam hati untuk bermegah-megah dengan segala anugerah yang Allah kurniakan... Kalau anda kenali ita, inilah ita memang seorang yang sangat suka pada kerja seni.. dan sentiasa ingin mencuba melakukan yang terbaik. Sekurang-kurangnya semangat ita akan mengalir dalam diri anak-anak ita pula..


Tak tahu bagaimanakah dapat ita balas semuanya.. Semoga Allah juga yang lebih mengetahui...
Sebagai menghargai kunjungan dari rakan-rakan semua hari ini ita ingin kongsikan satu resepi kek yang sangat istimewa dari insan yang sangat istimewa di hati bloger-bloger masakan. Ita juga cukup kagum dengan bakat yang Allah kurniakan pada beliau. Beliau yang ita maksudkan adalah Rima. Beliau mempunyai blog atas nama Bisous A Toi.


Setiap kali mengunjungi blog beliau pasti hati akan terpaut dengan setiap hasil kerja tangan beliau yang cukup halus. Kadang kala cukup seram sejuk membaca setiap inci resepi dari beliau kerana beliau cukup terkenal dengan resepi yang menggunakan telur yang banyak! Ita rasa kalau ayam2 kat dalam reban nampak beliau pun semua keciut perut..hihi

Ita berharap sangat agar Rima memberi keizinan pada ita untuk sharekan resepi ni sebagai hadiah dari ita buat pengunjung setia Masam Manis. Thanks a lot Rima...


Resepi ni cukup istimewa dan ita dah lama simpan impian untuk mencuba resepi ni. Dan kesempatan yang ada pada cuti hujung minggu ita rebut untuk mencuba kek yang dah lama jadi pujaan hati. Walaupun resepi dan cara-cara menyediakan kek nampak panjang lebar, tapi setelah di cuba ianya tidak lah sesukar seperti yang di sangka. Ikut setiap arahan pasti kita akan dapat nikmati kek yang sunguh sedap! emmmm... uphh!! yummy!


Cubalah! pasti anda juga seperti ita sukakan rasanya yang sangat creamy.. Cuma ita tak boleh makan banyak sebab ita ada alahan pada coffee, tu lah bila makan aje kepala jadi senoneng.. tapi percayalah kek ni memang sangat sedap! Dan ita cadangkan kepada sesiapa sahaja di luar sana yang mungkin ingin membuat kek sebagai hadiah ulang tahun buat suami tercinta, jom cuba yang ni sudah pasti suami amat2 menyukainya dan pasti bertambah2lah sayang suami pada isteri tercinta!


OPERA CAKE
By: Rima
Source : Bisous A Toi


Bahan-bahan Kek

Bahan A
200 gm serbuk almond
100 gm gula caster
6 biji telur
Bahan B
50 gm butter - di cairkan
Bahan C
60 gm tepung gandum - diayak
Bahan D
115 gm putih telur - anggaran dalam 3 biji
55 gm gula castor

Panaskan oven pada suhu 200 C. Bila nak masukkan kek turunkan suhu pada 175C.
Sediakan 2 loyang kek 4 segi berukuran 20 x 20 cm.
Sapu loyang dengan sedikit butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak atau baking paper.
Ketepikan

Bahan A
Dalam mangkuk stand mixer, satukan serbuk badam, caster sugar (100 gm), dan 3 biji telur.
Pukul dengan kelajuan maxima selama 10 minit.
Kacau sekali sekala dengan spatula supaya bahagian dasar dan tepi bergaul sempurna.
Tambahkan telur yang lagi 3 biji tadi sebutir demi sebutir dan terus memukul selama 10 minit lagi.


Ambil 4 sudu besar adunan almond ( Bahan A) tadi dan campurkan dalam butter yang telah di cairkan.
Ketepikan

Tambahkan pula tepung yang telah diayak ke dalam baki adunan almond (bahan A)
Kacau adunan dengan kaedah kaup balik sehingga adunan bergaul sempurna.
Ketepikan

Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih.
Tambahkan gula castor (50 gm) dan terus putar dengan kelajuan maxima sehingga adunan kaku.
Ambil 1/3 dari adunan putih telur, dan campurkan ke dalam adunan almond (bahan A)
Kacau rata menggunakan spatula dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Masukkan baki adunan putih telur, dan kacau lagi dengan kaedah yang sama sehingga adunan sekata.
Tambahkan pula adunan butter yang di campur dengan 4 sudu besar almond ke dalam adunan.
Kacau rata juga dengan kaedah kaup balik sehingga adunan rata.
Jangan kacau kuat-kuat kerana kek akan mendap selepas di bakar, jika  aduanan terlebih kacau.

Bahagikan adunan kepada 2 adunan yang sama banyak.
Tuang adunan dalam 2 loyang yang telah di sediakan tadi
Bakar kek dengan suhu 175 C, selama 20 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.

Sekarang kita sediakan pula Moca Buttercream

Mocha Buttercream
100 gm  putih telur - anggaran 3 biji
200 gm gula caster
300 gm unsalted butter - potong kiub
1/2 sudu besar mocha paste
1 sudu teh coffee oil - kalau tak de boleh guna coffee esen atau coffee paste


Satukan putih telur dan gula dalam satu bekas besar.
Sediakan satu periuk kecil dan panaskan air didalamnya.
Dengan kaedah double boiler letakkan mangkuk berisi telur di atas periuk air panas. Pastikan air panas dalam mangkuk tidak kena dasar mangkuk telur.
Panaskan telur dan gula hingga gula larut anggaran suhu (65C) ita panaskan anggaran suhu badan 36-38C kalau tak de jangka suhu agak2 aje bila gula dah larut. Jangan sampai telur tu masak pulak ye!
Alihkan dari periuk panas tadi dan terus pukul adunan putih telur dengan mixer berkelajuan maxima sehingga adunan jadi berkilat dan kental.


Kalau ikut resepi,  masukkan buter satu persatu dalam adunan.
Cara ita pula, ita pukul butter sampai lembut , tambahkan mocha paste dan coffee oil dan putar hingga ia bergaul rata.
Kemudian masukkan adunan telur ke dalam adunan mocha dan kacau rata dengan kaedah kaup balik sehingga ia bergaul sempurna.
Ketepikan

Sekarang kita sediakan pula Chocolate Ganache.

Chocolate Ganache
200 gm coklat gelap kompaun - di didadu kecil
200 gm coklat susu kompaun - di dadu
75 gm butter tanpa garam
250 gm fresh cream


Coklat di potong kecil atau di hiris.
Panaskan fresh cream hingga hangat atau suam-suam. Tutup api
Masukkan coklat dan kacau biar coklat melarut.
Masukkan butter dan kacau hingga adunan bergaul sempurna dan berkilat.
Biarkan ia sejuk dan sedikit likat
Ketepikan

Sekarang kita sediakan coffee syrup.
Coffie syrup yang di cadangkan dalam resepi adalah espresso. Kalau tak de boleh gunakan coffee segera atau nescafe segera pun ok!

Coffee Syrup
100 ml espresso panas - nescafe segera pun ok
100 gm gula - kalau guna nescafe segera tak payah letak gula.


Sekarang kita mulakan proses untuk membuat kek Opera


Bila kek dah masak keluarkan dari loyang.
Letakkan atas redai dan biarkan kek sejuk.

Kek yang telah masak tadi kita biarkan betul-betul sejuk sebelum di potong.
Bila kek dah sejuk, potong kek kepada 2 bahagian setiap satu kek. 
Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek yang nipis.
Hati-hati semasa memotong kerana kek ni nipis, mungkin proses memotong agak sukar bagi mereka yang kurang mahir.
Ita gunakan pisau seperti dalam gambar untuk memotong dan ianya  sangat mudah.

Ambil sekeping kek.
Bahagian atas atau bawah kek tadi kita letak di sebelah bawah.
Bahagian yang di potong letak di sebelah atas.
Sapukan permukaan kek dengan coffee syrup tadi.
Sapu sikit-sikit aje jangan sampai basah lencun pulak kek tu ye! nanti kek tu lembik pulak!
Proses ini untuk melembabkan kek di samping memberian aroma dan rasa coffee pada kek.

Kemudian kita letakkan Mocha buttercream di atas kek yang telah kita sapukan coffee tadi.
Ratakan.
Ita masukkan butter cream tadi dalam piping bag dan paipkan atas kek.


Selepas itu kita lapikkan lagi sekeping kek atasnya.
Tekan-tekan sikit bagi rata dan padat.
Kemudia kita sapukan lagi coffee syrup atas kek.

Selepas tu kita tuangkan  1/2 daripada Chocolate Ganache.
Ratakan.
Kemudian letakkan selapis lagi kek.
Sapukan coffee syrup
Tuangkan Mocha Buttercream atasnya dan ratakan.
Kemudia letak lapisan kek yang terakhir.
Sapukan juga coffee syrup

Ita masukkan dahulu kek ni dalam peti ais supaya  Mocha Buttercream dan Chocolate Ganache keras.
Anggaran 1 jam.
Keluarka dari peti ais.
Letak kek atas redai dan alas bawahnya dgn tray.
Baki Chocolate Ganache tadi kita panaskan sekejap bagi Chocolate Ganache tu cair.
Tuang atas kek
Kalau ada ring 4 segi yang ukuran 20 x 20 cm lagi bagus.
Masukkan kek dalam ring tu dan tuang chocolate ganache atasnya. 
Jadi lapisan ganache yang terakhir tu akan sama tebal dengan lapisan tengah.
Kemudian simpan kek dalam peti ais dalam 2 atau 3 jam atau sehingga Chocolate Canache keras.
Bila kek dah keras potong dan kemaskan tepi kek.



46 comments:

iedaoshin said...

mak aiiii sedap nye nk masak xreti tp bbt bk cube gak heheh.trus lapo walau baru mkn lunch

Unknown said...

mcm rumit je akak cara nak buat... tp seriously mmg nmpk sangat sedap.

nurul huda said...

salam kak ita,

memang sedap kan kek nie.. tak pernah buat tapi rasa lah jugak.. beli dekat kedai kek je..memang rasa nikmat lah kan makan kek nie.. dengan coklat die lagi.. fuhhh.. dah kecur dah nie..rajin akak buat.. :)

Ribbon and Circus said...

Salam K Ita,


A very neat work indeed.. congrats on your first annniversary!!

Kita pun dah try opera cake ni, tp tak delah secantik hasil tgn both kak ita and k rima.. he he sedap kek ni, bebaloi try..

Unknown said...

aduyaii...sedapnyer lah nengok kek nie..hurm..sabor jek lah..nanti dah kawin boleh lah buat cengini kat suami elly..heheheh...

Unknown said...

aduyaiii....aduyaiii...yaiii...nak pengsan jap kak tgk kek ni....cantik sgt2..nak makan pun sayang ni....

lia copy dulu resepinya yer kak..insya'allah ada kelapangan nnti lia cuba...

terima kasih bagi kek ni...w'pun cuma menjamu pada mata...tgk pun tau kek ni mmg sedap... :)

CA said...

Ammpunzzzz....ma-be-les aa kak ita. Memang dah sama taraf dgn Rima ni..

Saya pun sokmo terkesima bila jengok dapur Rima tu.

Tahniahh kak Ita berjaya seiringang dgn Rima..muah2

huhu..tak termampu rasanya nak buat kek camni...meh la sepoton' kak...bleh? hehe

anymz said...

salam ita.oopppsss..minta maaf byk2 ya ita.akak tak BW sejak dua tiga hari ni.tercicir blog ita dari pandangan mata kejap..akak nak ucap tahniah di atas ulangtahun usia blog ita ni..harap akak belum terlambat lagi ya.

nak buat kek opera ni rasanya masih dalam mimpi lagi ni ita.belum ada kemahiran dan kesabaran macam ita lagi.meh nak rasa sefutun...:)))

Zeyta said...

cntiknya kek...sedap pun pasti sodap...:) teringin nak mnjadi pmbuat kek mahir mcm u...:) i'll follow u...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kita betul2 tergoda, tapi mcm takde kemampuan nak buat, sbb kita jenis yg kurang sabar & kurang teliti... karang bukan jadi opera cake tapi wayang kek.. hehe

deena said...

slm k.ita, nnti nk try la resepi ni ye...tq..cantek sgt kek akk

icaland pelangi indah said...

byknye step...
tp kek cantik! menawan. tertawan.

Ida,Japan said...

tak tahan tgk mata ni bila masuk sini....seni dan halus betul la tgk hasil tgn k'ita ni

lina said...

salam ita - Subanallah buat lina nak cuba...Ya ALLAH berikan aku kelapangan masa...yes totally agree with ita...rima one of the best blogger her recipe really inspired me in baking. I know, know mine not good as both of you guys. Keep up good work...love it.
Note : Lina really ...really do hope ita will respond my message into ur FB inbox please.

Thank You.

Family Pastry Bakery said...

kek ni memang sedap...tengok gambar kak ita ambil buat terasa teringin lak nak makan...

Salina Salehan a.k.a iena chomey said...

aduhhhh demam rasenye nak wat kek ni..ape pun ina nak cube jugak kak..tak kisah la demam ke ape ke..pasti ku cuba jua..gigih ni nak g beli brg jap lagi..berkoba2 semangat nak mencuba...hrp2 berjaya

haslinachehat said...

Masyaallah... cantiknya foto, penuh sisi seninya..tahniah..U're really gifted..

Unknown said...

Kak Ita.... aduyaiiii... Kak Ita.... Sedapnyer... Apa kata Kak Ita bwat kelas... KAlo akak bwat kompom sy org pertama tercongok depan umah kak ita niii... sedapnyerrrr...

fatten said...

sedapnye... nak kene try jgk 1 hari nnt.. kene beli oven dulu la br ley wat.. oven yg ade dah rosak..

NORHIDAYAH AZMAN said...

sedapnye!!!! geram tgk gamba kek tu. pandai puan amek gambar.. cantik sangat!! huhu..

zura aini said...

saya pun dah sangkut dengan blog ni, memang hasil ita sangat cantik. tak dapat buat layan tengok pun jadilah.

WendyinKK said...

I've only eaten this once before made by another blogger friend.
Sedap gila!!!
Sekarang dah tengah malam dah... perut mengaum nak makan ler... terpaksa jilat skrin kot.

KOALAJEPONG said...

waaaa sedapnya opera cake...dah lama jgk tingin nk buat..tp step dia cam rumit je kak ita...nk mtk ngam akak je la..yum2

Unknown said...

salam k.ita...wah mmg satu kerja yg cukup tekun dan sabar untuk menghasilkan satu seni yg sekemas ini.tahniah kak!

kek perasa coffee ni mmg sy suka dan akan cuba nanti.sy mohon izin salin resepi2 akk ye.tq

Wanieyra said...

Sedapnya kak.....tak terkata ira dibuatnya

DG said...

Ala lagi tak? Mau donk! :)

fazian.batrisyia said...

Tq kak ita singgah ke blog sy yg daif ni. Sy dah lama geram dgn kek opera ni...dlm majalah Sedap pun ada resipi ni...Kelas2 baking pun ada offer ajar kek ni...cuma belum terbuat lagi...nak buat yg biasa2 pun tak ke mana....Anak2 ada request buat...tapi ibu dia tak reti...Sy kagun, Kak ita ni ada ke kelas baking @ ini semua hasil bakat semula jadi...buat apa pun....ting3 magic...jadi punyalah...cantik mata memandang pulak tu...betul la tu kalau akak kata suka kerja seni...tak semestinya kulinari kot...nape akak tak masuk Master Chef?

Maria Che Wan said...

sedapnyaaa.....kek....

Wan Ros said...

Nak buat lambat tp nk makan kejap je abis... sbb kek ni kelihatan menggiurkan... mmg terror la kak ita ni... terliur plak tgk....

Unknown said...

asalamualaikum... wah teringat kek masterchef australia season 2. tgk kek ni mmg menyelerakan. dah banyak resepi akak saya try.. Ni baru nak post komen.. selalunyer menjengah dan mengcopy jer.. tp koleksi akak memang TERBAIEKKK... ada setengah tue saya jd kan koleksi rujukan dlm buku. wat wasiat tok anak. alhamdulillah dr rujukan resepi akak jugak saya kuih2 tok jualan saya menjadi.. (sebelum ni buta tuli bab kuih muih) bila saya jual jer kuih2 hasil resepi dr MASAM MANIS... org mesti puji... hahah.. pepepon TERIMA KASIH CIKGU.

daela said...

Assalammualaikum kak ita...

1st sekali dila nak bg tahu terima kasih sebab sudi mengajar blogger memasak...heee...dila dah try 2 resepi akk..macaroon & agar2 oreo...sedap sgt & sangat mudah...

Semoga Allah membalas budi baik akk..:) & teruskan perjuangan akk..

~Sya~ said...

wow...halusnya nampak hasil kerja akak...sy rs mcm tgh bc majalah...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mmg sedap kek opera nih.. dah dua kali akak merasa.. hmmm... mmg best!
tp bukan akak buat sendirilah.. hehe.. 1st time dulu mkn masa ikut kelas dgn chef anuar deraman.. (belajar aje.. tp tak buat2 jugak.. ahakks!) & 2nd time mkn masa sambut besday member ofis kat sini..

Shabby said...

sedapnye kak... gambar2 dalam blog akak sume cantik2.. suka baca blog akak.. sbb sy pn minat dengan resepi.. :)

eima said...

terkedu...tak tau nak cakap sebab cantik sgt kek kak ita buat....huhuhu....nak cuba buat sekali tgk baca bnyk nyer step.....hehehehe....nanti ada masa nak cuba jugak la....tapi tak tau la bila..hehhehe

zawani yusoff said...

salam k.ita...xterkate wani tgk kek ni...hihiih...sodapnye laaa....nk try buat lah...nk tanye k.ita,utk ganache,knp k.ita gn coklat kompaun?bkn ke coklat kompaun tu utk wat coklat homemade tu?

Mrs Hakim said...

Salam Kak Ita..first sekali saya nk ucp tahniah seb resepi2 kak ita ni memang best2 dan sgt berterima kasih seb sudi shared resepi.. Resepi Kek Opera akak ni memang best..tapi tgh google2 tadi ternampak satu blog yg resepi dn gambar sebijik sama dgn ape yg Kak Ita upload kan ni..ni link blog tu http://putriwaja.blogspot.com/2011/11/resepi-opera-kek.html

Nurul said...

salam.. cantiknya kak.. aduiii bilalah nak dpt courage mcm akak ni..

Unknown said...

sedapnya....nak try buat,harap2 menjadi...

amyayumi creatives cake n designer said...

slm kak ita...slmt bkenalan...da lama aya intai blog k.ita...semua yg akk buat kreatif giler...buat sya teringin nk cuba...

Cik Siti Abu Sujak said...

Always impressed dgn hasil kerja Ita.. Tapi malam ni tertangkap seseorang yg bulat2 CNP hasil kerja di sini.. waktu cari resipi kek opera. Saya yg geram!

muhammad safarin said...

Ni tgh try buat...harap2 menjadi...

muhammad safarin said...

Ni kek kedua sy try lepas red velvet... harap2 menjadi

Unknown said...

salam kak itaa..minta izin ye nak meng'try' semua resepi kak ita..terima kasih terlebih dahulu

Unknown said...

Assalam kak azlita...tq 4 resepi akak ...sy dh cuba...mmg besttt...terbaeekk la kak.. sy ni silent reader akak...sjk sy pindah bangi ni membaking jadi hobi sy hingga jadi sumber pendapatan sampingan sy... sy nk ucapkan terima kasih pd akak sbb sudi share resepi dan ilmu , tunjuk ajar akak amat sy hargai...byk resepi akak yg sy dh cuba...dn maafkan sy kdg2 sy derhaka kit dlm mengolah resepi ni mengikut citarasa sy...jgn marah ye kak.. apa pun tunjukajar akak amat sy hargai.. halalkan semua resepi dn ilmu yg sy ambil dari blog akak ye..u r my fav teacher..mmuaahhh3

Unknown said...

T kasih....insyaallah sy akan Cuba.....t kasih

Post Top Ad

test