Salam di hari Khamis.. aii.. kejap aje dah masuk hari Khamis.. masa seakan-akan terlalu pantas sangat berlalu.. Tak terkejar rasanya..
Hari ni.. emm... kek lagi.. tak serik-serik ita ni kan.. macam dalam proses nak menambahkan berat badan aje.. hihi
Kali ni ita tampil dengan Si Baldu Merah pula.. haha tapi baldu merah ita dah jadi tembok batu bata.. hihi sebenarnya dia buat perisai supaya wolf tak dapat makan dia.. hihi
Ada yang berminat dengan Si Baldu Merah ni.. aiii... ramai yang menganguk-anguk kepala tu.. suka ke?? Nak ke?? sikit aje tau tak boleh banyak-banyak nanti mok-mok tak tau habis tercabut semua skru-skru mesen timbang tu.. sapa nak jawab!!
Sebenarnya kek ni ita buat atas request rakan kat Fb. Ita sebenarnya dapat kiriman tepung Red Velvet dari seorang kenalan merangkap adik lah kot.. sebab ita rasa dia ni muda lagi lah kan! tapi hebat sebab muda-muda dah menjadi seorang usahawan.. akak doakan semoga tercapai segala cita-cita, dipermudahkan oleh Allah segala urusan dan semoga satu hari adik akan menjadi seorang usahawan wanita yang bejaya..
Sebenarnya malu ita nak cakap.. hihi adik Aziana ni kirimkan ita dah 2 kali tau tepung kek segera ni. Tapi ita memang tak pernah buat kek guna tepung segera. Masa first time buat, kek ita tak jadi.. sedih sangat.. Ita pon tak pasti apa masalah kek ita tu.. Tapi rasanya sedap! cuma dia bantat selepas dibakar..
Bila ita beritahu kat Aziana tak sangka Aziana kirimkan lagi kek tu.. adoii... baik sungguh hati adik akak ni.. tak putus asa mahu akak cuba juga keknya..
Kali ni Aziana kirimkan sampai 3 bungkus untuk ita cuba.. adoiiii... terharunya..
Terima kasih Aziana.. akak tak tahu nak cakap apa lagi dah,.. hanya Allah jua yang dapat membalas segalanya..
Bila dapat kiriman kedua ita seakan-akan fobia untuk mencuba. Ita bimbang jika kek tu tak jadi lagi. Pulak masa tu ita terlalu sibuk dengan anak-anak yg nak exam. Ita tak mahu keadaan ita yg tak tenteram sekali lagi akan mencacatkan kejadian kek ita tu..
Bila Aziana telefon tanya ita dah cuba ke belum?? sebenarnya serba salah nak cakap.. berat rasa hati nak melangkah ke dapur untuk buat kek tu.. bukan apa ita takut Aziana kecewa lagi bila kek tu tak jadi.. Akhirnya berbekalkan lafaz Bismillah ita mulakan projek ita.. Tapi sekali lagi ita kecewa kerana kek ita masih lagi tak jadi walaupun Aziana telah terangkan dan meminta ita buat kaedah kukus pula..
Sebenarnya tak sampai hati nak beritahu kat Aziana yang kek tu tak jadi.. dan ita rasa sangat sedih dan kecewa sangat..
Memandangkan bungkusan kek segera tu hanya tinggal 2 bungkus.. ita seakan takut nak buat lagi kerana bimbang akan mengalami masalah yang sama. Akhirnya suami ita cadangkan supaya ita cuba beli kek ready mix dari pasaraya dulu.. cuba dan dapatkan feel dia dulu..
Ita akur dan ita pun belilah beberapa kotak kek segera di pasaran nak bandingkan cara membuatnya.. Tu yang terhasilnya kek Black Forest semalam.. Bila kek tu jadi semangat ita datang semula untuk mencuba kembali kek dari adik Aziana ni.. Berbekalkan doa yang tak putus2 dan kumat-kamit mulut membaca kalimah Bismilah ita mulakan operasai.. di tengah malam yang sunyi..
Alhamdulillah kali ni ia berhasil dengan cantik sekali.. !! Ya Allah hanya ucapan syukur yang dapat ita ucapkan bila kek keluar dari oven. Tak sabar ita nak potong kek Si Baldu Merah ni.. Dalam kepala ita mula merangka-rangka bagaimanakah caranya ita nak corakkan kek ni.. untuk di nilai oleh adik Aziana sendiri..
Akhirnya ita memilih untuk membuat corak brick untuk di persembahkan pada juri kita..
Sebagai tanda hadiah dari akak untuk adik Aziana dan juga ucapan terima kasih yang tak terhingga..
Kek ni sangat sedap! pulak tu bila di gabungkan dengan cream cheese topping yang walllllaaaa... sedapnya!! ita sukakan topingnya dan rasa kek yang sangat gebu..
Kek ni sebenarnya sangat mudah penyediaannya.. ita sahaja yang kalut dan buat ikut cara buat kek biasa. Tak perlukan mesen pemutar hanya guna wisk aje kita boleh dapat kek yang sangat gebu!
Ita dah tahu apa kesilapan yang ita lakukan.. Pastikan semua bahan berada pada suhu bilik. Letakkan kek pada rak bawah dan bakar pada api atas dan bawah pada suhu 170C selama 1 jam
Pada yang berhajat untuk mendapatkan kek ni bolehlah hubungi adik Aziana
Sebenarnya ada banyak lagi kek yang Aziana pasarkan.. boleh lah hubungi adik Aziana sendiri untuk dapatkan lebih banyak lagi info berkenaan kek keluarannya..
CLASSIQUEBONDA BAKERY
No 6, Jln Kesuma 5/12 D
Bandar Tasik Kesuma
43700
Selangor
atau di FB : http://www.facebook.com/pages/Premix-flour-Classiquebonda/179808592083169?sk=info
atau email : amoilynn@yahoo.com
atau boleh telefon Aziana di : 012-3045742
Kek ni sanagt sesuai jika kita nak buat kek velvet tapi masih tak berapa mahir menseimbangkan warna merah dalam adunan kek. Jika guna kek ni semua dah cukup lengkap dan serasi dari segi warna , kegebuan dan keenakannya..
Sesuai untuk kek b'day atau weading kek juga..
Cuba lah anda pasti sukakannya.. tak rugi mencuba..
Kepada adik Aziana terima kasih yang tak terhingga dari akak dan keluarga.. Semoga adik dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dalam rahmatNya..
37 comments:
Kak Ita, corak bricks tu yg mahal.. urmmm, nanti blehlah beli tepung ni ngan Aziana, nak juga rasa kegebuan kek ni..
canteeknya cake tu...terpaku mata memandang ...berseni sungguh akak ni...
salam kak ita....mmg cantekkkk sgt kek tu...nak sikit boleh...hihihihi
fuh!! tabek...!! sangat jelita.....
waa.. memang cun corak brick tu.. hanya org2 yg rajin aje yg mampu buatnya.. hehe.. tahniah akhirnya berjaya juga hasilkan kek yg cantik & sedap.. walaupun beberapa kali gagal.. akak memang x pernah guna tepong ready mix utk buat kek.. tak berani nak hadapi kegagalan.. sayang membazir kan.. hehe..
p/s: ada typing error ler ita pada tajuk tu.. suppose to 'when i see red' bukan 'read' kan? hehe.. nnt tukar ye..
terbaik la!!
Kak ita,
Nanti boleh tak tunjukkan cara nak buat brick tu. Saya tak dapat nak bayangkan le. hehehe boleh kan???
Selamat tengah hari Kak Azlita..
walllaaaa sedapnye...Rahel macam nak baring kat tepi kek baldu merah tu sambil cedok sikit2 kek tu sampai habis...hihihi..
kak ita tunjuk la cr nak bt brick tu camne..hehehhe
salam ita - Ya ALLAH terima kasih berkongsi...lina pun sgt teruja nak buat...dan lina telah mencuba dua kali hasilnya tak memuaskan sgt...tp hati masih teringin nak memcuba lagi. Tip drp ita sgt berguna....Benar kena ambil mood dulu tuk memcuba kali ketiga :) Subanallah sgt cantik kejadian cake nya..
AS'salam Ita
baik2 tau celah2 brick tu ada tersembunyi dracula yang lari dari gangguan wolf macam cerita Twilight saga tu..hahaha.
cunnnya...makan banyak kali si Baldu Merah ni tak pernah jemu pun :)
haiyyoo...cantiknya...
nampak sangat sedap.. ayu tak dapat lagi nak rasa RV ni. dari peknen dulu lagi. mane nak dapat te[ung tu ek kak?
Itaaaaaaaaaa...tumpang fengsaaannn sini...eh atas sofa cantik yeaaa...no no atas lantai...hehehe. Weeei berpeluh tengok kek tu sbb cantikkk sesangat... ^__^
cantik dan semestinya sedap...suka kek si baldu merah ni:)
just one word.. CANTIK!
adehhhh fengsan....nak skit kak ita..hehehehe
rajinnye!
cantiknya kek kak ita...teringin nak beli loyang tuk buat kek batu bata nih..hehehe...kena carik jugak ni...geram tengok...kekeke
cantik sgt2. terliur dan tergoda!! Beruntung Ita ni. Berbakat sungguh dalam masakan.
sob..sob...terharunya Sal. Terbaik!
cantik tak terkata, pandai pulak tu Ita susun brick tu, tunjuk la sikit camne nak susun brick tu.
Cantik....kasih 2 jempol....
wallah hebat la u kak ita
slurrppp...wahhhhh...sedapnyer!!!
Salam Kak Ita..cantik sgt..sayang rsnya nk mkn..mmg terbaekkk :=)
Tergamam...kagum...adoiai! rajin bebeno adik akak sorang ni....:)
bila dah cantik dihias tu, nak makan pun terasa sayang..cam ne tu?
Itaaaaaaaaaaa...tahniaaaahhh atas video You Tube World of Cooking plg cantik yg pernah akak tengok....adeeeeiii...kelaassss!! terbaiiiiikkkk!!!! Congrats dear..usaha berbaloiiii...
sy memang minat kalau kak ita tayang kek kat blog ni....geram jek tengok...kak ita ni mmg rajin sungguh la...bila la boleh ikut rajin kak ita ni...
kak ita punya food presentation susah nak komen. mmg lekat di hati .....
bestnya kalau dapat kek sebiji mcm tu.
he... he... he....
salam...
amboi-amboi header...da tempek video "masam-manis"..
isk..isk..kita nak cakap..kite tergoda la tengok kek akak tuhhh..isk..isk...nampak gebu je...saya pernah buat 2 kali...tapi buat main2...takde deco2 la..heheheh
best..best..
SUKEEEEEEEEEEE sangat...
kak ita . tolong ajar mcm mne nk buat corak brick tu .
lawaaaa ehehe .
mmm...sodap tu...semangat berapi tgk hasil tgn kak ita tapi x cukup berani nak buat.....
sedapnyer
tak tertahan tengok... terliur2 dh nie.. :)
tumpang tanyer kak ita, kek RV yang akak buat guna tepung ready mix tu akak bakar dlm baking tin size brape inci & boleh dpt brape kg keknyer tu???
Post a Comment