Dah lama teringin nak mencuba buat kek ni. Pertama kali terpandang masa Dayang posting dulu.. melihatkan kek Dayang yang gebu, mulus dan warna hijau yang menarik hati terus terdetik pasti satu hari akan ku cuba juga..
Mengenangkan kek yg menggunakan Horlicks dan seri kaya, tu lah faktor yg membuatkan projek untuk membuat kek ni selalu aje tergendala.. Rumah ita ni mmg jarang minum Horlicks dan seri kaya juga jarang2 beli.
Bila nampak Yatie dah mencuba hati ni bagai meronta-ronta minta untuk mencuba. Bila dah terbisik macam tu pasti sedap kek ni berbisik lagi dalam hati.. Akhirnya kuatkan semangat gi jugak lah mengangkut sebotol horlicks dan secawan seri kaya..
Wah! lega rasanya bila tercapai hasrat di hati untuk merasa kek ni. Benar bagai di kata kek ni sangat halus, lembut, lembab dan gebu . Rasanya juga sangat sedap lemak manis seakan2 rasa kek asam lapis tapi yang tak letak asam.
Tak rugi mencuba dan menunggu hingga lewat malam. Puas hati sangat kerana tekstur kek sangat cantik!
Kepada yang tak pernah mencuba dan merasa boleh lah mencuba resepi ni. Tapi pastikan gas penuh sebelum buat kek ni kerana masa untuk mengukus kek ni sangat lama. Takut tak sempat masak kek, gas dah habis..
Seperti Yatie ita juga buat 1/2 dari pada adunan asal. Dapat satu loyang pon banyak. Dapat juga bagi kat jiran merasa.
Terima kasih pada Dayang yang sememangnya pakar dalam membuat kek. Pada sesiapa yang suka buat kek silalah singah ke dapur Dayang, macam-macam kek ada cantik2 pulak tu..
Pada Dayang ita minta kebenaran untuk simpan resepi ni di sini pulak lah ye untuk ita buat rujukan kalau nak buat lagi..
By : Dayang
Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla
Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)
* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik
37 comments:
Selamat tgh hari kak ita.sedapnya...nie yg rasa nak buat nie.mmg horlicks dgn seri kaya ada stok kat umah.resepi pon mudah kukus jer.
wah..mengancam..lama gak x wat eksperimen kek2 ni..sbb risau nengok mata timbang..huhuhu
Mak aii kak Ita...tengahari ada tayangan kek..cantik pulak tu...terliur dah...
As'salam kaka= Ita hemmm mmg sangat menarik kek lumut akk ni
warna yg cun hijau lumut..apatah lagi bentuk nya betingkat2..
suka negok kek yg telah di potong...sdp tu ada rasa kaya dan holick.....bilalah nak rajin cam akk ni.............
Gebunya kek ni...teruja lak akak tgk...cam nak cuba buat je...mesti sedap ni kan...:)
Salam kak..
Tergoda tengok corak loyang tu...menarik..kek pun nampak gebus...
Waaa... Suker kek ni...dulu siap tempah lg dgn budak sarawak....lama tu nk kukus ek...mau kena pinjam tong gas jiran...keke
nak gugur jantung tengok cantiknya kek Kak Ita. Kan best kalau sy jadik jiran Kak Ita... ;)))
cantiknye kek ni..terliur..huuu :p
waa kak ita.selalu letak resepi menggoda.kak ita macam mana nak gulung kek chocolate blueberry roulade torte tu?dah dua kali cuba.dua2 gagal.kalau ada petua kan..hehe
http://kipaskoyak.blogspot.com/2012/01/apabila-padang-pasir-turun-salji.html
dah amik resepi kt dapur yatie tp x buat2 lg sbb masih byk lg dlm senarai menunggu....(*_*)......
kek ni sangat halus, lembut, lembab dan gebu....mmmmm...nak ode satu bole..:))
salam perkenalan k.ita..ada rumah kososng x sebelah umah k.ita..hehehe...
wah wah wahhhh sangt suker...
tgk pun dah tau sedap!
owhh lama ya nak masak kek ni...
uwaaaa..menariknya kek lumut Ita ni, geram je tngk...mmng sedapkan kek ni..
wah..tgk pun dh nmpk sedap ni.. :)
Assalamualaikum kak ita...selamat ptg...rindu rasanya nak membaking jg tp tak berkesempatan...waaa...lamanya proses mengukus....kena tggu gas tukar br dulu la br blh cuba ni....
sedapnya... nk sepotong lehhhh..
wahhh... kak ita..
ijau.. my peberet kaler..
nak jgk.. nak jgk... try buat..
sedapnya... bilalah boleh cuba ni..
Wah, Kek Lumut.... my favourite... Kalau kat Sarawak, kek ni mmg popular.... Biasanya kita org guna telur dalam 10/8 biji....
Bila tengok Kak Ita guna 4 biji telur je... wah menjadi juga.... nak juga la nanti guna resepi Kak Ita... hehe
salam kak ita. sy budak baru dlm dunia blogger nie. xde post entry pon lg.. tp sy mmg suke melawat sini, dgn blog kengkwn masak kak ita yg laen.. suka tgk n kutip resepi. sbb tue nk mntk izin la ye, mntk halalkn mana2 yg sy kutip tue.. mane tau lpas nie cuba2 jual ke, pkai resepi2 tue at least tuan punya dh taw, lapang dada kn.. :)
Hasil kerja tangan Ita memang nampak menarik sangat.. nama kek ni Lumut pun selera juga nak rasa or cuba..hehe
akak, fav lea dihari raya.kalau balik kuching pun selallu mintak mak buatklan.
akak, fav lea dihari raya.kalau balik kuching pun selallu mintak mak buatklan.
akak, fav lea dihari raya.kalau balik kuching pun selallu mintak mak buatklan.
Hey, my 1st time here. Your photos are gorgeous and all your recipes look so good. Follow you..
As'salam Ita
Alahai...dulu2 lagi dah teringin nak cuba resipi ni. Tapi bila kenangkan lama nak mengukus terbantut nak buat..hehehe. Yang takutnya bila kukus tak sedar air kering mahu rentung periuk kukus tu Ita..hahaha. Kiranya kek ni macam kek kukus buah jugalah nak kukus lama amik masa 4 jam erk.
cantik gambar, acuan pun cantik. kek dah sedap..mintaklah sepotong dua :)
mcm menarik jer warna kek ni
teringin juga nak mencuba
copyright resepi yer kak ita
salam kak ita. nak tanya.kebanyakan resepi kak ita guna sukatan cawan. cawan yang mcm mana ek?
Akak, kek ni memang sangat sedap. Nak-nak bila makan masa sejuk. masuk dalam peti sebijik rasa macam kek lapis. Terbaik! ^.^
kek ni xletak baking powder ke? klu mcmu cane nk nek kek ni?
kak, dlm resipi xperlu guna baking powder ke or sgla bagai utk panaik ke ni?
Sedapnyaaa..nak try buat jgk laaa.. :)
terima kasih kak untuk resipi kek yg sedap ni... puas hati, 1st try terus mjadi..
terima kasih kak utk resipi kek yg sedap ni..
salam, kak, nak tanya, acuan silikon akak beli kat midvalley, apa nama kedai ye...TQ in advance...
Post a Comment