MEE UDANG SUNGAI DUA - masam manis f

Breaking

Jan 4, 2012

MEE UDANG SUNGAI DUA

Assalamualaikum...

Hari ni pasti ramai ibu bapa yang sibuk menguruskan persekolahan anak-anak. Bagi mereka yang mungkin ini kali pertama anak-anak melangkah ke alam persekolahan pastinya lebih teruja untuk melihat gelagat anak-anak di bangku sekolah. Melihat keletah anak-anak dengan pelbagai gelagat adakalanya melucukan hati.. Dan pastinya kenangan menemani anak-anak ke sekolah buat kali pertama akan menjadi satu kenangan yang terindah untuk di kenang.


Semalam menghantar Azrul kembali ke asrama. Hari ni menguruskan persekolahn Dalili pula. Tahun ni masa ita lebih terbatas dan mungkin semakin sibuk, kerana tahun ni Dalili bersekolah di sebelah pagi dan akan sekolah agama di sebelah petang. Ita akan cuba bahagikan masa sebaiknya..


Berbalik pada resepi kita hari ni. Menu ni ita sediakan masa anak-anak masih berkumpul di rumah. Masing-masing minta buatkan mee yang ala-ala berkuah sebab memang semua anak-anak ita suka makan mee yang berkuah. Dalam mencari resepi yang terbaik ita tertariklah dengan resepi  Mee Udang Sungai Dua. Resepi ni ita ambil dari buku masakan Planta Resepiku Warisanku. Resepi dari Puan Zaiton atau lebih suka dikenali sebagai 'Mak Ngah' 56 tahun anak jati Sitiawan.


Mee rebus Sungai Dua di Sri Tambang Permatang Pasir Pulau Pinang ini cukup terkenal dikalangan pengemar udang galah. Lokasi kedai yang terletak di tepi jalan Sungai Dua ini tidak pernah lengang dengan pengunjung. Tapi resepi ita kali ni tak menggunakan udang galah kerana memang agak sukar mendapatkan udang galah di sekitar Johor Bahru sekarang ni. Oleh itu ita gantikan dengan udang biasa yang agak besar sedikit saiznya. Tapi udang ni ita buang kulit untuk memudahkan anak-anak menikmati juadah ini. Jom kita intai resepi yang telah memikat selera ita sekeluarga.


MEE UDANG SUNGAI DUA
By : Puan Zaiton
Rujukan : Buku Planta Resepiku Warisanku

1 kg mee kuning ~ dicelur
2 tangkai daun bawang ~ di hiris halus
1 biji cili merah ~ dihiris halus
3 keping tauhu ~ digoreng dan dihiris
3 biji telur rebus ~ di belah
3 biji limau nipis ~ di belah
sedikit bawang goreng


Bahan Kuah
3 ulas bawang merah ~ dikisar
8 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
3 batang serai ` dikisar
2 sudu besar cili kisar atau cili boh
230 gm udang kering ~ kisar
2 kg keledek ~ direbus dan di lenyek halus
1/2 kg kentang ~ direbus dan dilenyek halus
2 biji telur ayam
sedikit paste tomyam ~ ita guna 1 kiub tomyam
Perencah sup tulang
3 ekor udang galah ~ ita guna udang biasa
Garam dan gula secukup selera


Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bawang hingga naik bau
Masukkan semua bahan yang di kisar dan masak hingga garing
Bila terbit minyak masukkan cili dan tumis lagi hingga garing
Masukkan udang kering masak lagi selama 2 minit
Kemudian masukkan keledek damn kentang lenyek tadi
Tambahkan sedikit air jikalau kuah agak pekat
Masukkan telur ayam, paste tomyam, perencah sup tulang dan kacau hingga sebati
Masukkan garam dan gula mengikut selera
Bila kuah telah mendidih barulah masukkan udang
Masak lagi hingga udang di masak dengan sempurna
Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan yang di makan bersama.

30 comments:

lina said...

salam kak ita yg dikasihi ALLAH,

Allah hu Allah sgt lazat nikmat Allah utk keluarga ita hari mee udang semestinya kegemaran kami sekeluarga jua....Insya Allah nak mencuba nya jika di izinkan OlehNYA.

KuNanGKuNanG said...

sedapnye..perahkan asam limau mesti teranggkat..1 mangkuk xcukup ni..:)

Kak Sam said...

Baru terfikir2 nak makan mee berkuah, akak dah bagi idea. Seteangan bahan ada kat dlm esbok so kena cari setengah lagi.

ANR said...

wah sdap nya mee udang. saya pernah makan die Sg. Dua. mmg sdap.. terasa manis udang die. yumsss

http://anggerikberduri.blogspot.com/2010/12/journey-to-north-part-1.html

KG said...

waah! tak payah pi sg dua dah! tqs for this recipe!

Azlita Aziz said...

waalaikumusalam lina :-)

AMIN
terima kasih lina
betul tu nikmat Allah cukup besar dan haruslah kita sentiasa mensyukurinya..

Mmg sedap mee ni nanti lina boleh cuba! harap-harap dapat memikat selera lina dan keluarga juga..

Azlita Aziz said...

kunangkunang

~ memang tak cukup semangkuk.. anak-anak makan bertambah-tambah dan asyik berulang ke dapor aje..

Azlita Aziz said...

emm... boleh cuba sam dah dapat idea kan..
mee ni sedap! mungkin kalau guna udang galah lagi lah bertambah sedap..

Azlita Aziz said...

Akak tak sampai sana lagi anggerik.. hihi tapi bila selak-selak buku resepi Planta ni memang berkenan sangat dengan resepi ni.. dan terasa-rasa nak mencuba!

Insyaallah kalau ada kelapangan dan sampai ke sana harus juga akak singah dan mencuba hasil air tangan tuan empunya resepi ni sendiri lagi lah bertambah sedap agaknya.. >o<

Azlita Aziz said...

Sama-sama KG

hihi tulah kan tak payah nak ke Sungai Dua.. sekarang kita guna jari aje semua ada dah terhidang depan mata.. :-)

ibh_sue said...

Aslmkm kak.
Iskhhhh. . Sedapnya. . Terliur dibuatnya tau. .

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
mmng thn ni juga thn yg paling busy bagi Yatie..Hamka dah darjah 1, balik sklh terus sambung sklh agama..mau penat abesss...meh semangkuk mee udang utk yatie...alaaaa dah abes ke..rugilahhh..

bachelors diary said...

Salam kak ita..
Menu meanrik untuk dicuba..
Tq.
(cantik gambar,i like)

B.E.B.E.L 4 F.U.N said...

salam kakita,

dalam bahan buat kuah tu, ada 2 biji telur ayam,...means telur tu dipecahkan ke dalam kuah tu yer?

nk try!!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Assalam Ita...
mee udang sememangnya sedap! anak2 akak pun sukakan menu mee berkuah.. tak kisah apa jenis kuah semua dorang sapu.. gitulah jugak ngan ibunya.. hehe.. selain mee udang Sg. Dua... mee udang Kuala Sepetang pun femes juga.. heehe..

Hanis Zulaikha said...

ya Allah....mabelous betul recipe nie..ta kak ita..

kuKu said...

akak, dah boleh buat buku resepi sendiri la..nadia suka tengok gambar2 akak..hidup semuanya..:)

Norasikin said...

alah.. saya elergik udang le. tapi hidangan tu nampak sedap. hehe

dalila said...

menarik... tq kongsi resepi

Unknown said...

assalamualaikum, selamat malam k.ita..
aduhhhhhhhhhhhhhh
betul2 mengoda mee udangmu itu
teringat pulak kenangan masa ayu study kat penang, pilih udang kat sungai dua..
hehehe

selamat bersekolah buat anak kak ita..
hari ini ayu kelam kabut layan anak dara ayu.. tahun nie ayu masukkan dia ke PASTI

Trying To Be Muslim.. said...

Assalamualaikumwbh Kak Ita..
mmmm kali kedua drop comments ni..:)
Anyway the mee udang nampak sodaaaap..mmm. Ayu ada wat coookies smlam n plan nak entrykannya by today, tgoklah internet kat Doha ni ok ke tak. So nak minta izin akak, Ayu nak share ye. Thanks...

Papa-NtiQ said...

cantik gambar2 yang azlita ambil dalam blog nih. bolih tumpang tanya apa MODEL kamera ni? saya tengah survey nak beli SLR camera untuk pics dalam blog saya. by the way saya baru jer buat blog 2 bulan lepas jadi kalu ita sempat tu jenguk la yer blog saya tentang tempat makan2 best di johor....in fact saya baru jer masukkan post nasi beriani kukus yg saya makan tadi masak lunch TQ bebanyak...jangan lupa register sebagai follower yer maklum la blog baru nih sunyi jer hehe. tolong kasik nama dan model camera yer TQ

nabila azmi said...

bru follow blog awesome ni...nk bljr msk dri sini la=)

Batman said...

Salam sejahtera semua. Jika mau membuat dikit perbezaan tentang resepi ini ialah udang di rebus terlebih dahulu dengan kulit dan kepala nya.

Kemudian kupas kulit udang serta kepala udang itu di blender bersama air rebusan udang tadi dan di tapis.

Air tapisan ini diambil sebagai bahan asas kuah mee udang ini.

Tak perlu menggunakan pes tomyam tetapi menggunakan pes kari sahaja.

Itu saja utk kelainan rasa dan lebih mirip kepada mee udang sungai dua yang asli.

suhaina laui. said...

salam kenalan..google resepi mee udang jumpe blog akak..insyaAllah akn cube :)

Unknown said...

salam,,tengah cari resepi mee udang ..nak try resepi sis :) thanks for share

Unknown said...

Dah wat...perhhh..anak kata x yah p sg dua lg,,, lg sdp resepi nie

Unknown said...

Tq sis..nak cuba 6t..nak tanya..resepi ni untuk bp orang mkn ye??

Unknown said...

Salam kak.. Confirm eh keledek sekilo dgn kentang 1/2 kg . ni mkn tok brp org ni kak..

Azlita Aziz said...

wasalam, keledek dan kentang tu klu sekilo tak berapa biji sangat, rasanya dalam 2, 3 biji yg sedang aje

Post Top Ad

test