CARROT APPLE JADE CUP CAKE - masam manis f

Breaking

Apr 27, 2012

CARROT APPLE JADE CUP CAKE

Assalamualaikum


Selamat pagi Malaysia..
Selamat pagi semua..
Bertemu sekali lagi kita dipagi Jumaat yang cerah dan ceria.
Esok sekali lagi kita bertemu hujung minggu. Mungkin inilah peluang untuk bersama keluarga. Melakukan aktiviti bersama keluarga memang amat menyeronokkan. Macam-macam aktiviti yang boleh kita lakukan. Selain daripada aktiviti lasak yang amat diminati sekarang ini, aktiviti memasak juga tak kurang hebatnya dan semakin mendapat tempat dihati keluarga.


Jom kita buat kek cawan yang comel..
Sebenarnya buat kek cawan ni amat mudah berbanding kek biasa. Satu kita tak akan bimbang kek bantat atau tidak masak. Biasa kek cawan tak akan timbul pekara yang seumpama itu.
Kek cawan juga amat mudah cara penyediannya, mudah juga untuk dinikmati, tak payah nak potong-potong. 

Anak-anak lah yang paling teruja bila disediakan kek cawan yang comel. Selain kreativiti atas hiasan kek yang menarik minat mereka, ianya juga mudah untuk dibawa oleh anak-anak mungkin sebagai bekalan ke sekolah untuk dijamu bersama kawan-kawan.

Kek cawan ni ita sediakan sebenarnya untuk suami ita. Beliau amat meminati carrot cake. Kerana masa b'day beliau hari tu ita tak berpeluang untuk buat kan kek, jadi cuti hujung minggu hari tu ita buatkan kek ni sebagai hadiah ulang tahunnya.. 

Resepi kek ni sebenarnya adalah dari Naz Rin Can yang dikongsikan di Fotopages. Ita pula ambil resepi ni hasil perkongsian rakan ita, Yatie. Melihatkan adunannya yang menggunakan apple, ita terpanggil untuk mencuba. 

Resepi asal satu adunan telah ita ubah kepada 1/2 adunan, memandangkan ita membuatnya dalam cawan kertas. Itupun masih dapat banyak juga,  bagi keluarga yang kecil macam ita ni.. puaslah suami ita makan. Sedap! katanya.. lembut dan gebu. Gabungan dengan cream cheese tu mmg serasi. Lepas sebijik sebijik di makanya.. seronok ita lihat bila kek licin tak berbaki..

 

Bersama-sama ini ita kongsikan resepi satu adunan daripada Naz Rin Can dan 1/2 adunan yang telah ita olah. Kepada yang nak buat makan ita cadangkan untuk buat 1/2 adunan sahaja. Kalau nak buat jamuan bolehlah buat untuk 1 adunan.

Sebelum ita menghari dengan ucapan selamat berhujung minggu. Ita nak ucapkan terima kasih pada Naz Rin Can kerana berkongsi resepi yang sedap dan juga pada rakan ita Yatie yang juga telah mencuba!
Kepada peminat-peminat carrot cake diluar sana boleh lah mencuba! ita pasti anda juga akan sukakan rasanya yang enak!


CARROT APPLE JADE CUP CAKE
Dari Koleksi resepi : CARROT APPLE CAKE
By: Naz Rin Can
Rujukan : Yatie


200 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bicarbonate
Secubit serbuk kayu manis
Secubit garam halus
1/2 cwn gula perang halus
1/4 cwn  gula castor
2 biji telur
1/2 cwn minyak jagung
50 gm mentega ~ dicairkan
100 gm lobak mera ~  diparut
75 gm apple hijau ~  diparut kasar dengan kulitnya sekali anggaran 1 biji apple kecil
30gm pistachio ~ boleh juga guna kacang lain

Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang muffin dan susunkan cawan kertas didalamnya ~ ketepikan

Ayak  tepung bersama  baking powder, soda bicarbonate dan garam halus.
Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
Masukkan kesemua bahan lain kecuali apple, carrot dan kekacang
Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
Masukkan apple, carrot dan kekacang
Gaul rata menggunakan spatula sahaja
Scopkan adunan kedalam cawan kertas
Bakar pada suhu 170C selama 20 ~ 25 minit atau sehingga kek cawan masak dengan sempurna
Tunggu kek benar-benat sejuk sebelum dihias dengan cream cheese
 

CREAM CHEESE TOPPING
125 gm cream cheese
2 sudu besar butter
2 sudu besar gula icing ~ diayak
1 sudu kecil jus lemon atau pes lemon

Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu.
Masukkan adunan dalam piping bag
Simpan sebentar dalam peti ais anggaran 15 ~ 20 minit
Pipingkan atas kek yg telah sejuk tadi.
Taburkan sedikit dengan parutan carrot
Hias ikut kreativiti masing2.
Masukkan dlm peti ais semula supaya adunan cream cheese mengeras sedikit.

APPLE JADE
Sedikit fondant putih
Sedikit fondant hijau
Sedikit bunga cengkih

Campurkan fondant hijau dan putih
Uli hingga ia terbentuk marble sahaja
Bentukkan bulat apple
Letakkan bunga cengkih sebagai tangkai
Hiaskan atas cream cheese


CARROT APPLE CAKE
By: Naz Rin Can
Rujukan : Yatie

2 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
Secubit garam halus
3 /4 cwn gula perang halus- Yatie guna 1 cwn
3/4 cwn (atau kurang) gula castor- Yatie guna 1/2 cwn je
4 biji telur
1 cwn minyak jagung/masak
100gm mentega, dicairkan
200gm lobak merah, diparut
150gm apple hijau, diparut
30gm hazelnut

Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
Masukkan kesemua bahan lain.
Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.
 
CREAM CHEESE TOPPING
250gm cream cheese
4 sudu besar butter
1/3 cwn gula icing, diayak
1 sudu kecil jus lemon

Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2. Dah siap masukkan dlm petiais semula supaya adunan cream cheese mengeras sedikit.

31 comments:

senseiisya11 said...

salam...
singgah jap cni coz nk tgk cupcake yg sdap n indah:)

wardahkamaruzzaman said...

Assalam kak Azlita,slalu tgk blog akak ni..naik juling tgk mknan sedap2 dan cantek huhu..

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita...alahai comelnye cc tu...geram tgk tang epal yang comeiii tu...mesti sedap ni...QH nk 3 ketuiii bleh x...hehehe

Kak Lia said...

suami sy pun suka carrot cake...tp biasanya sy letak walnut la...mmg peberet dia

Nikee Me said...

salam..kak ita cute mute kek tu..nikee pasti cuber lepas sbb nikee peveret kita......

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita.. sesuai betul CAJC ni utk acara santapan rasmi, nmpk begitu ekslusif, namanya pun dah terasa mahal.

Saya penggemar carrot cake, tambah lagi dgn cream cheese tu... aiiii.. makin bam2lah saya.. huhu

Watierman said...

Assalam Dik Ita....oh bestnya kalau dapat sebiji...Akak suka!!!

faa.rosli said...

comel je hiasan ijau tu.. cam sedap je mkn cupcake kan. da lama x mkn. hihihi

Gee® said...

wow! cantik...

Yatie said...

mmng sedapkan carrot apple cake ni, Ita buat CC lagilah teruja anak2 nak makan..lebih2 lagi ada apple jade kat atas CC tu..ingatkan ceri hijau..ghupernyaaaaa Ita guna fondant ya...mmng rajin yg teramat sangatlah Ita ni....kagum..kagum..

Kek Kawin said...

Salam kak ita....sedap nampak kek tu....x pernah rasa lagi,mesti cuba ni...

Ribbon and Circus said...

Comel nyer apple tu.. Ingatkan cherry he he

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam Kak Azilita... sha cuba nak masukkan komen... tapi tiap kali nak masukkan komen.. tak tahu kenapa.. macam tak lepas... apa pun sha nak komen... GAMBAR TERBAIK... RUPA PARAS CUP CAKES TU USAH CERITA MEMANG CANTIK DAN JELITA.. RASA AJe.. nak semua hehehe...

Anonymous said...

cantik sangat, berseri² dan menguja mak makan. carrot cake mmg sedap dan nanti nak try buat cupcakes pulak...TQ sis...

Everything4sweets said...

Very Nice Cupcakes, I have some questions, what is lobak merah?,gula perang , and cwn in English?, thank you for your help :)

mashitah said...

kak ita, saya dah beli majalah saji, kebetulan majalah tu tinggal satu je kat kedai tu....saya suka tgk apple hijau yg kak ita deco tu....

nadbaptist said...

salam kak ita,

terbaek!

MamaFaMi said...

Sedapnya.....

Zara said...

Salam, kak tengok resipi Ita. Suka tengok blog Ita.

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak ita...
apa kbar? dah lama diana x tinggalkan komen kat cnie.. agak sibuk ckit skg nie...

ermm... comelnya cc tu akak... cantik dengan warna hijau tu... nampak sgt menarik..

noorhayati harun said...

akak...waahhh..berselera tgk cup cake tu...yummyy...congrates!Yatee dah baca article akak dlm Saji tu..mmg terbaek la...semoga akak teruskan usaha murni akak nie...

Ummi said...

Itaaaaaaaaaaaa...caaaakkkkkk!!! Baru blk outstation Tioman, then pi Shah Alam pulak smlm..tghmlam baru sampai rumah...hadeeii, hari minggu yg cukup meletisssskan... Namun tgk carrot apple jade cake ni...alahaaiii mcm terapi mata je tuk akak...suka tgk, bila nak dpt makan ni Ita.... ^____*

CT Delima said...

As'salam Ita

ct ni setiap kali beli carrot teringin juga nak buat kek atau cucake, tapi bila dah beli semua tu tak menjadi. bimbang anak2 tak mengemari atau bila dah buat nanti tak habis dimakan, rasa macam sayang gitu. Tapi insya'Allah ct akan cuba buat 1/2 adunan juga macam Ita ni, mudah2an anak sukalah kan :)

Terima kasih Ita, ct sebenarnya banyak merujuk dari blog Ita untuk lebih maju kehadapan, terima kasih sekali Ita untuk segalanya.

Rahel said...

Selamat petang Kak Azlita...comel2 semua kek kecik tu...geram nengok..macam nak ambik semua..hehe.
Kak,nanti singgah dapur Rahel ambik kalender bulan May ye..tq.

Unknown said...

cantiknya tgk cupcake akak ni..pernah juga buat carrot cake campur apple..memang sedap tapi guna resepi lain sikit dr yg ni.

Cik Teppy said...

assalam akak..very nice blog..arap akak sudi singgah blog sy..http://wwwsharinglife-chinta.blogspot.com

Unknown said...

salam Ita cantik nye cupcake tu,sbb ada apple kecik tu,saja nak gtau akak dah beli majalah saji tu dh baca semua nya syok akak baca cerita Ita..

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,

Susah banget tinggalkan pesan kak Ita, error terus. Ini kali ketiga kucoba lagi, semoga masuk. Saya suka sekali dengan penampakan cupcake Kak Ita, sungguh kreatif...cupcake carrot saja sudah enak apalagi bila ditambahkan apel...hmmmmm terbayang kelezatannya. Terima kasih sudah sudi berbagi resepnya. Saya sudah coba pau rosenya, hasilnya sungguh memuaskan...semua memujinya. Terima kasih banyak ya kak...

~ziey~ said...

hye kak! Blog Walking n jumpa blog akak yg sgt besh neh....suka sgt resepi2 kat sini and gambar2 yg akak upload tersangat cantekkk....keep it up! :) *nk try cup cake carrot neh..

glo said...

nak tnya apa bahan fondant tu ye..yg di buat sbgi apple jade tu..ingat nak buat kek untuk anak buah untuk birthday dia nanti..;)

Ida said...

Bestnya kak Ita, blh cuba resepi ni, thanks.

Post Top Ad

test