SELAMAT HARI GURU - masam manis f

Breaking

May 16, 2012

SELAMAT HARI GURU

Assalamualaikum


Rasa-rasanya belum terlewat untuk ita mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua warga pendidik anak bangsa, yang sentiasa mencurahkan ilmu dengan penuh tulus dan ikhlas bagi melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan penuh ilmu di dada. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan seorang yang bergelar guru itu cukup besar dan tak ternilai harganya.. Semoga guruku terus menabur bakti, dengan gigih tanpa rasa jemu.. sesungguhnya tempatmu cukup mulia disisiNya

Lama ita tak bersiaran.. Asyik singgah kena masuk kelas Chef Amer je kan.. hehe
Oh ye sebelum terlupa ita juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru dan sifu yang telah banyak membantu, mengajar dan mencurahkan ilmu. Terutama kepada Chef Amer, kak Hanieliza, Chef Asma, CMG, kak Ummi, Yatie, Ct, dan sesiapa sahaja yang banyak membantu ita.. mereka semua ibarat guru dan sifu di hati ita.. terima kasih sekali lagi..


Semalam adalah hari yang amat meletihkan..
Dah berapa hari ni ita tak de mood sebenarnya nak membaking.. nak ke dapur pun macam malas aje.. Entah angin apalah yang telah singgah ke benak fikiran dan buatkan ita terasa longlai melangkah ke dapur..

Macam-macam yang difikirkan dan pelbagai persoalan berlegar dalam kotak ingatan.. Bila situasi ini terjadi.. ita jarang nak membaking sebenarnya.. dah pasti hasilnya tidak seperti yang ita harapkan..

Semalam...
Memang hari yang sangat malang.. aduyaiiii..
Macam mana ita boleh terlupa...
Pembaziran demi pembaziran berlaku.. ya Allah ampunkan dosaku atas kealpaan diri sendiri...


Hari Guru, macam-macam di minta anak-anak.. untuk disumbangkan pada guru tersayang..
Ita pula dapat tempahan kek daripada Cikgu Dalili sempena sambutan Hari Guru di sekolah..
Bila dapat tempahan ita payah pula nak menolak lebih-lebih lagi untuk sambutan yang cukup bermakna bagi guru-guru.

Awal pagi ita terpaksa pula bergegas ke bank menguruskan hal-hal yang berkaitan. Balik singah di kedai bahan kek untuk mencari beberapa keperluan yang kekurangan.
Dengan lafaz Bismillah ita mulakan projek untuk membuat kek..
Untuk kek ni, ita terpaksa buat 3 adunan dan 3 kali bakar. Ita nak dapatkan lapisan yang sama aje kan.. kata orang walaupun renyah tapi mudah kan kerja.. Ala bisa tegal biasa..
3 lapisan kek telah terhidang di atas meja, tinggal tunggu di layer dengan cream cheese dan di deko.
Ingat ita nak buat malam lah.. sebab dah terlalu kepenatan.


Lepas magrib ita pun, nak memulakan proses melayer. Seperti biasa lapisan atas yang berkerak akan ita buang dahulu. Sambil memotong sambil mulut pun turut mengunyah..
Aik.. apasal lain macam pula rasa kek ni.. macam tawar aje.. ke.. ita baru lepas minum air yang manis?..
Di cuba lagi menyuap ke mulut.. aii.. semacam aje ni.. lantas memangil Dalili untuk merasa.. hehe tak percaya dengan diri sendiri.. itulah ita..

"tak de rasa pun mak!" bila Dalili pula merasa.
Belari semula dapatkan komputer.. astragfurlah nal azimmmmm.... macam mana ita boleh terlupa masukan brown sugar.. aduyaiiiii... terdudukkkk!!

Peluh-peluh dingin sudah mula memercik.. alahaiii.. kenapa ni...
Sempat ke ni.. nak siapkan semula..
Buttercream pula dah kehabisan.. mujur suami ita pulang..
"Minta tolang belikan buttercream boleh tak ayah..?"

Suami start kereta dan meluncur dalam kepekatan malam...
Ita mula godek-godek di dapur sambil mata tak henti-henti menjeling kearah jam..
Ya Allah berikanlah aku ketenangan.. Mudahkan urusan ku untuk menyiapkan kek buat cikgu Dalili


Suami ita pulang dengan sekotak buttercream di tangan.. lega..
"Cuba bawa bertenang.. jangan panik.. I temankan you.."
Alhamdulillah..
Akhirnya ita dapat siapkan kek pukul 2:30 pagi..
Kesian melihat suami ita yang terbaring di ceruk dapur menemankan ita memasak..
Ita kejutkan suami untuk masuk tidur di bilik..
"Dah siap ke? "
"tak lagi... esok sambung untuk curah ganache dan deco.. sebab cream cheese tu tak keras lagi.."

Ita kunci jam awal dengan harapan dapat siapkan kek seberapa segera
Pagi ita terjaga bila jam loceng menjerit.. jerit..
Bingkas ita bangun.. selepas solat dan siapkan keperluan Dalili, ita terus keluarkan kek untuk di deco..

Alhamdulillah siap juga kek untuk hari guru.. Terima kasih ya Allah..

Pada guru, walaupun payah akan cuba ita tunaikan.. sesungguhnya jasa mu mendidik lebih payah dan banyak ranjau serta durinya..
Semoga guru tetap dimuliakan.. atas setiap ilmu yang dicurahkan..


SELAMAT HARI GURU












Terima kasih kepada rakan baik ita Nadzariah Musa kerana masih lagi menyimpan memori indah kita di alam persekolahan.. kepada semua guru yang telah mendidik ita dan kawan-kawan Selamat Hari Guru daripada anak muridmu.. Sekalung Al Fateha kepada guru-guru yang telah kembali kepada Nya.. AMIN

25 comments:

Hanis Zulaikha said...

Ya Allah...canteknya kek 2 kak ita..terliur la plak mlm2 nie..

KuNanGKuNanG said...

cantek kek tu...:)

Mat Gebu said...

Nice cake..dan selamat hari guru pada Puan juga...banyak berjasa dengan berkongsi ilmu. Walaupun ilmu teori tapi puan jadikan dia amali dan berkongsi bersama kami semua...Terima kasih sekali lagi...

Love2cook Malaysia said...

Happy Teachers Day too kak...lovely cake! And those pics are so nostalgic!!!! :)

Delicious Food said...

Gambar seko tu nampak mcm Sek Men (P) Jln Ampang, btul ke?

Gee® said...

Cantek kek.... dan gmbar2 retro tu... hehehe

Qasey Honey said...

selamat hari guru utk akak juga...sbb akak cikgu masak2 utk teman2 yg lain...hihi..dgn serba sedikit ilmu yg akak kongsikan tu...

cantiknye kek yg akak buat tu...QH pon penah mgalami jugak peristiwa mcm akak tu...mmg cabarankan..pstu yg sygnye bab membazir tu la...

Unknown said...

selamat hari guru buat semua dan juga kak Ita selaku guru masak-masak..:)

cantik kek tu simple jer deconya tapi sgt menarik:)

rahel said...

Selamat malam Kak Ita..
Selamat hari guru buat semua guru..
Cantikna kek coklat tu..

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
Cantiknya kek yg Ita buat tu, dpt yatie bayangkan betapa cemasnya Ita masa wat kek, dah siap..tawarlah pulak..adoyaiiii..yatie pernah gak, tapi setakat buat puding, masa nak letak dlm bekas, tergerak hati nak rasa..nasib baiklah rasa dulu, padahal sebelum ni tak pernah rasa...so masukkan gulalah..he3..

btw, yatie pun nak ucap slmt hari guru juga buat Ita yg banyak berkongsi ilmu masakan pada kami semua...dari menu yg biasa, ianya jadi sangat istimewa...terima kasih kerana berkongsi petua dan info..kami semua amat2 menghargainya...sayang Ita...muaahhh, Ita yg ku kenal dari dulu, kini dan selamanya..mmng sangat pemurah orangnya..moga hidupmu sekeluarga sentiasa di berkati dan dirahmati Allah SWT. Aminn..

shasha said...

Salam , ni sekolah saya , Sek Ren Keb Nong Chik , ada gambar Puan Fadlon , gmbr tusyen rumah Puan Chee n gambar2 kat Sek SETA . Ehhh , Kak Ita yg mana satu yee . Terharu n gembira tgk gambar2 sek esp Sek Nong Chik ....

smell delicious! a.k.a inachomel said...

Salam Kak Ita,

Suka tengok deco kek yang cantik dan mengiurkan ...
Tapi paling excited dan suka sesangat bila tengok gambo zaman sekolah dulu ..... sek. ren. keb. nong chik yang banyak tinggalkan kenangan bila banjir waktu hujan lebat, cikgu fadzlon, sukan kat padang sebelah kantin dan bilik guru, dewan yang akan 'korbankan' kelas bila setiap pintu lipat yang pisahkan kelas dibuka. And, sekolah SETA for sure ada kenangan yang tersendiri .... bila tengok gambo Pn. Chee ... saya pun tusyen kat situ gak! Pn. Jenny Pereira yg ajar kimia ... satu ungkapan dia yang kita orang tak pernah lupa ...'i'll wallop you girls', dan banyak lagi .... ada masa nanti saya share pulak ye gambo2 zaman sekolah dulu yang saya masih ada dalam simpanan .... so sweet those fine days ... i won't forget! Happy Teacher's Day!

mashitah said...

selamat hari guru utk cikgu satu malaysia...jasa mu ku kenang...sedapnya kek coklat tu....

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam cayang kak Azlita... :))

Akak memang tekun orangnya... sabar dan tabah.. kalau sha yang terkena pun kalut jugak tu...

Apa pun Syukur Alhamdulillah selesai juga akhirnya.. cantik pulak tu!! cantik sangat!!!

Happy Mother's Day Kak Azlita dan Happy Teacher's Day... :)))

Mimie Buzz said...

Sis, sekolah SETA and Nong Chik ke dulu? Batch tahun bile ek...

Sayidah Nafisah Ruslan said...

sedapnya tengok kek tu :)
gambar2 kenangan yang tak boleh dilupakan..

Anonymous said...

nampak sedap kek tu...smooth jer ganachenya...

sis...form 6 kat SIGS ke...? saya sekolah kat sana dulu...heehe

Aku Along25 said...

as-salam,

kak ita. nak tanya skit...maafla soklan amatur ni. huhu. camner cara nak sprinkle coklat rice yg sebetulnye ek? saya buat tak kemas la kak ita. harap dapat membantu. makacih banyak2 :)

Art'tien said...

Kak ita...cantik2 betul kek yang kak ita selalu buat...nti tulis yea resepinya..ngan cara nak tabur coklat rice tu...

roziahojijie said...

Tak faham lah kak .. Hehe ..
akak buang ke kek yang tawar tu dan akak buat baru ? ke akak still guna kek tu jugak ?

Ummi said...

Assalam Ita, amboiii cantiknya kek tuuu...walaupun bersusah payah dgn dugaan nak menyiapkan sebiji kek yg cantik gitu...tentu rasa berbaloi2 kan... Begitulah kita, di saat kita terdesak, disaat itu jualah kita diuji...Namun tenang dan sabar membuahkan hasil juga..

Terima kasih juga atas ingatan Ita, tp akak bukan guru, bukan sifu pun Ita, sekadar memeriahkan dunia masak2 ni..Tp lagi teruja bila Ita berkongsi segala tips dan cara2 yang bersungguh untuk kami di sini...Ita juga dah menjadi salah seorang guru secara tak langsung yang mahu melihat sesiapa yang mencuba menjadi hasilnya...x gitu?

Satu lagi, tabik spring tengok gambar2 lama tu haaa...ada lg dalam simpanan...kalau akak punya semuanya "missing in action" dah pun...hahaha

Akak Kembang said...

Kak Ita..sweet sangat kek tu..nak resepi please..

FnF Simple Life said...

lovely cake kak...gorgeous as usual...

Sufaini Bidin said...

kak cake yg cumil...saya nak tiru boleyy

dhiaDIAN said...

kak ita..boleh x tunjuk kan cara-cara nak buat figurine upin-ipin.. sebelum 2 sy nak ucap tq krna blog akak bnyak mbantu sy dlm mbuat kek..:) saying kak ita.

Post Top Ad

test