ROSSET VELVET CAKE - masam manis f

Breaking

Jun 27, 2012

ROSSET VELVET CAKE

Assalamualaikum

Alahaiii... rindu betul ita dengan dapur Masam Manis ni.. Lamanya tak berasap. Terharu rasanya bila dapat masuk dapur.. Terima kasih kepada rakan-rakan dan teman-teman yang masih sudi menjenguk dapur ita ni.. maaf ye kerana  tiada juadah istimewa yang dapat ita sajikan.

Kadang kala rasa bersalah pun ada bila teman-teman selak bawah tudung saji kosong aje kan..? Nak buat macam mana mood memasak tak datang lagi. Ita masih lagi mencari mood yang dah hilang entah ke mana..

Walau bagaimanapun, dikesempatan yang ada ini ita ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua teman-teman yang masih lagi tak putus-putus mengucapkan Selamat Ulang Tahun walaupun sebenarnya dah berapa hari tarikh keramat itu berlalu.. Terima kasih ye!


Tidak lupa juga ita ingin merakamkan ucapan tahniah buat rakan-rakan masak ita yang semakin hari semakin bersinar..
Ucapan tahniah yang pertama buat kak Ummi dari blog Home Sweet Home yang telah dilamar oleh Majalah SAJI untuk menghiasi sisipan bulan Julai. Tahniah ye kak!
Kak Ummi merupakan bloger masakan kesukaan ita selain dari beberapa rakan bloger yang lain. Ita sentiasa menanti resepi terbaru dari kak Ummi. Bila terdengar khabar angin yang kak Ummi ingin menghadkan masa berblog, ita rasa sangat sedih.. maklumlah dapur kak Ummi banyak membimbing ita bila di dapur. Ita berharap dengan kemunculan kak Ummi di kolum Bloger Saji, membuatkan kak Ummi semakin bersemangat untuk terus berblog dan berkongsi ilmu masakan untuk kita semua.


Ucapan tahniah yang kedua, ita tujukan buat rakan blog yang mempunyai talian 'bau-bau bacang' dengan ita. Beliau yang ita maksudkan tidak lain tidak bukan, pemilik Dapur CT. Rasanya belum terlewat untuk ita mengucapkan tahniah buat CT yang semakin hari semakin bersinar bakat dan kebolehannya. Sebenarnya itulah yang kita mahu lihat kan... Seronok bila dapat berita CT dilamar beberapa majalah untuk mengetengahkan resepi dan foto-foto menarik beliau untuk dimuatkan dalam majalah. Yang paling ita teruja bila CT turut dilamar oleh sebuah majalah Itali. Tak sabar ita nak dapatkan senaskah majalah tu.. tahniah sekali lagi ye CT!

Rasa-rasanya belum terlewat lagi untuk ita kalungkan ucapan tahniah buat si cantik manis pemilik Sky Blue's Kitchen kerana telah tampil istimewa di dalam majalah Foto Grafika bersama foto-foto menarik hasil karya beliau. Sebenarnya dah lama ita lihat bakat yang ada pada Diana ni, bukan sahaja orangnya cantik manis, malahan sangat berbakat dalam memasak dan merakam gambar. Semoga dengan penghargaan yang Diana terima ni, memberikan satu semangat buat Diana mencabar diri untuk lakukan yang lebih baik lagi di masa hadapan. Tahniah sekali lagi dari akak!


Satu lagi ucapan ita tujukan khas buat kak Illah JY yang baru sahaja menyambut ulang tahun perkhawinan. Tahniah ye kak, semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Semoga bertambah rezeki dan sentiasa ceria bersama puteri-puteri kesayangan.

Sebenarnya ulang tahun perkhawinan ita pun jatuh pada bulan Jun jugak, tapi tahun ni ita sambut bersendirian kerana pada tarikh tu ita berada di Jabal Rahmah,  huhu sedih.. tapi nak buat macam mana tak de rezeki nak meraikannya bersama suami.

Ok lah jangan sedih-sedih sebab ita dah sediakan kek bersempena dengan ulang tahun ita. uhuhu.. sedih lagi sebab kena buat kek sendiri... uwaaa....
Sebenarnya mula-mula suami ita kata nak buatkan ita kek, entah macam mana keknya tak menjadi.. terpaksalah  ita buat sendiri..
Ita buat kek ni pada hari ulang tahun ita, tapi tak dapat nak masukkan dalam blog sebab line internet kat rumah ita masih lagi bermasalah. Macam biskut Chipsmore, kejap ada kejap tak de..
Ada masa ia buatkan ita mengurut dada menahan sabar.. ialah bila kita dah penat menaip tiba-tiba hilang pulak.. aduyaiii.. sabar je le..

Ok lah mesti ramai yang dah tak sabar nak buat kek kan? Jom lah kita mulakan..


Kek yang ita buat ni adalah kek Red Velvet. Tapi kali ni ita buat 3 layer. Jadi ita taklah namakan kek Red Velvet, sebaliknya ita tukar pada Rosset Velvet Cake haha memandai aje tukar-tukar nama kan..

Untuk resepi ni ita masih lagi menggunakan resepi dari Rima yang ita pernah kongsikan di SINI Tapi kali ni ita ada ubah sedikit resepi dan ita olah ikut kesesuaian selera ita dan keluarga. Harap Rima tak marahlah kan ita ubah suai resepi ni sikit.. tak banyak sikit aje.. dan ianya sedikit pun tidak menjejaskan rasa kek yang sedap ni.

Untuk membuat kek ni ita buat 2 adunan. Satu adunan ita bahagikan pada 2 bahagian. Satu ita letak pewarna pink dan satu bahagian lagi ita tak letak pewarna, ita biarkan ia plain sahaja. Jika tak mau  warna yang plain tu boleh lah buat warna pink sahaja. Jadi kek tu nanti hanya ada 2 warna sahaja iaitu merah dan pink.
Untuk satu adunan lagi ita letak pewarna merah. Jadi adunan merah ni lebih tebal. Ita bahagi pada 2 keping dan ita hanya gunakan 1 keping sahaja. Selebihnya ita buat mousse nanti ita tunjukkan ye!


ROSSET VELVET CAKE

PINK AND WHITE CAKE 

1 1/4 cawan tepung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar susu tepung
57 gm butter tanpa garam ~ jika guna butter bergaram jangan letak garam halus
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan buttermilk
1/2 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Sedikit pewarna pink

Panaskan oven pada suhu 170 C ~ bergantung pada kepanasan oven
Sediakan 2 loyang berukuran 8 inc.
Sapukan butter pada loyang dan alas dasar loyang dengan baking paper
Ayakkan, tepung, baking powder, garam dan susu tepung. Ketepikan
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga sebati dan bertukar warna keputihan
Tambahkan telur dan pukul hingga lembut .
Tambahkan esen vanila dan pukul hingga sekata.
Kemudian, menggunakan kaedah kaup baik dengan spatula sahaja,  kita masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga ( tepung, buttermilk, tepung, buttermilk dan tepung)
(* kalau buat satu warna sahaja, masa ni kita dah boleh letakkan pewarna pink. Kemudian gaul rata.
Bila dah sekata ketepikan)
Dalam bekas kecil, kita satukan cuka masakan dengan soda bikarbonat. ~ masa buat kena cepat. Dengan kadar segera kita terus tuangkan dalam adunan tepung kita tadi dan gaul rata.
Kemudian kita bahagi 2, satu letak pewarna pink satu kita biarkan plain
Dengan kadar segera terus tuang dalam loyang dan terus bakar.
Bakar kedua-dua adunan kek dalam satu masa. ( maknanya kita bakar 2 loyang sekali)
Suhu membakar 170C bergantung pada kepanasan oven masing-masing. Ita hanya guna api bawah sahaja. Supaya permukaan atas kek tidak keras. Masa membakar 45 minit atau sehingga kek dibakar sempurna.
Bila kek dah masak, biarkan 10 minit kemudian baru terbalikkan atas redai



RED VELVET CAKE
By :  Rima

1 1/4 tepung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah
57 gm butter tanpa garam
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan buttermilk
1/2 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Panaskan oven pada suhu 170 C ~ bergantung pada kepanasan oven
Sediakan loyang berukuran 8 inc
sapukan butter pada loyang dan lapik dasar loyang dengan baking paper
Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas kecil, satukan serbuk koko dengan pewarna merah kacau rata.
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga sebati dan bertukar warna keputihan
Tambahkan telur dan pukul hingga lembut .
Tambahkan esen vanila dan serbuk koko dan pukul hingga sekata.
Kemudian, menggunakan kaedah kaup baik dengan spatula sahaja,  kita masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga ( tepung, buttermilk, tepung, buttermilk dan tepung)
Dalam bekas kecil, kita satukan cuka masakan dengan soda bikarbonat. ~ masa buat kena cepat. Dengan kadar segera kita terus tuangkan dalam adunan tepung kita tadi dan gaul rata.
Dengan kadar segera terus tuang dalam loyang dan terus bakar.
Bakar kek pada suhu 170C bergantung pada kepanasan oven masing-masing. Ita hanya guna api bawah sahaja. Supaya permukaan atas kek tidak keras. Masa membakar 45 minit atau sehingga kek dibakar sempurna.
Bila kek dah masak, biarkan 10 minit kemudian baru terbalikkan atas redai
Tunggu kek benar-benar sejuk barulah kita potong kepada 2 kepingan
Ita hanya guna 1 keping sahaja kek velvet merah.

Bila kek dah siap dipotong, kita sediakan pula strawberry filling


STRAWBERRY FILLING
2 sudu besar jam strawberry
1/4 cawan air
10 biji strawberry ~ dibelah potong

Panaskan jam strawberry bersama sedikit air
Bila dah didih tutup api,  masukkan hirisan strawberri dan biarkan hingga ia lembut
Kemudian sejukkan

CREAM CHEESE FROSTING

250 gm cream cheese ~ biarkan  ia lembut dahulu
100 gm butter tanpa garam
180 gm gula icing
2 cawan Non Dairy Whipping Cream
1 sudu teh pes lemon

Pukul cream cheese dan butter sehingga lembut dan bertukar warna keputihan
Perlahan mixer dan tambahkan gula sedikit demi sedikit dan terus memukul hingga adunan sebati
Kemudian tambahkan lemon paste
Dalam bekas berasingan, pukul Non Dairy Whipping Cream hingga gebu dan bertanduk
Satukan Whipping Cream ke dalam cream cheese dan gaul menggunakan kaedah kaup balik
Bila dah siap boleh lah kita layerkan pada kek.


CARA MELAPIS KEK

Potong kek Red Velvet kepada 2 kepingan ~ buangkan bahagian atas yang keras terlebih dahulu
Bungkan lapisan keras pada kek pink dan kek putih

Letakkan sekeping kek red velvet pada lapik kek
Sapukan atau spraykan permukaan kek dsengan sedikit jus lemon ( jus lemon + sedikit air)
Kemudian layerkan satu lapisan cream cheese
Susunkan buah strawberry yang telah sejuk sepenuhnya tadi ( hanya buahnya sahaja)
Letakkan pula kepingan kek bewarna pink
Buatlah kaedah yang sama hingga habis semua lapisan
Kemudian sapukan pula keseluruhan kek dengan cheese frosting
Simpan kek dalam peti ais hingga ia mengeras

Lebihan cream cheese kita letakkan dalam piping bag.
Ita guna nozel ukuran 1M
Kemudian hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing. 
























48 comments:

Mat Gebu said...

Selamat kembali menceria kan dunia blog masakan....tak boleh nak kata apa, lawaaaa sangat!! .^____*

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Kak Azlita cayangg... sha sekarang ni memang sibuk sangat.. banyak N3 Akak di Mekah sha tak dapat follow.. tak pe sok lusa bila free sha akan geledah.. jangan marah tau..:))

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan buat akak dan suami.. Tahniah ya kak.. moga ikatan yang terjalin itu akan kekal bahagia selamanya... Aminn..

Dan selamat Ulang Tahun buat Kak Azlita.. moga panjang umur, murah rezeki, awet sentiasa, bahagia bersama keluarga dan teman tersayang... Aminn....

Assalammualaikum..

CiK Nik @ keNek :) said...

sgt chanteeekkkk.... kak, tunjuk kan lah cara nk wat rosset tue..

rahel said...

Salam Kak Ita...
selamat harijadi yer..semoga sentias sihat dan bahagia bersama keluarga tercinta..

Cantek sangat kek tu..tak berkedip mata memandang...

Unknown said...

wah kak.. tak tahan sy tgk bunga2 tu heheh

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Selamat kembali, Kak Ita... ialah.. kesian kita selak tudung saji kosong.. tuari siap ada cicak melompat lagi... hihi..

Sy pun buat rossete RV sbgi hadiah hari jadi mak, tapi takde layer.. tak kreatif mcm Kak Ita, lah.. hehe

FnF Simple Life said...

Cantek sgt kek nya kak...hubby kak Ita buat kek utk kak Ita ye... tak menjadi pun takpe... sgt tinggi nilainya kak sbb leh makan kek air tgn suami pulak... hehehe... Kek kak Ita mmmg terbaek lah...

mama ju said...

Salam Cik Puan Azlita,

Kak memang sentiasa menunggu buah tn dr ita. Cantik sesangat. Tak mampu kakak nak membuatnya...

ummiaisyah said...

akhirnya terubat juga rindu nk tgk sentuhan emas kak Ita....slmt harijadi dn slmt ulangtahun..smg berbahagia dunia akhirat..

faa.rosli said...

xsia2 tunggu entry dari kak ita....terubat rindu dpt tgk kek yg gojess ni..hihi

sabar dubai said...

salam kak ita..kite dah terlalu rindu dgn sentuhan kak ita...ari2 selak tudung saji..masih kosong....tp syukur dpt tgk kek arini kite sgt2 tersenyum lebar...slmt ulangtahun kak ita...i lap u lahhh

ilahjy said...

SALAM dek ita...
akhirnya dpt jug kak ilah tatapi kek ini dgn puasnya di dapo maya kita... syahdunya kak ilah baca n3 ini terselit juga ucapa keramat dari ita utk kak ilah dan suami.. masih kak ilah ingat dulu N3 ucapan pasal birthday anak2 kita yg hampir sama 4 dan 5 mei... wah kali ini pasal anvsry pula , maceh ya dek ita . kak ilah mohon kopi dan pasta ucapan dari ita ke dalam dapo maya kak ilah..sebagai kenangan ... muah muah..maceh lagi sekali ya...
lagi sekali ucapan selamat hari lahir dan selamt hari ulang thn perkahwinan 2 tarikh yg kita sama2 tak boleh lupai...

quinnie said...

cantiknya kek...sayang nak makan..hehehhe..lama tak singgah sini...selamat hari lahir kak ita...lambat wish tak pe ek...selamat ulang tahun perkahwinan juga buat kak ita dan suami...

saya pun macam kak sha tak sempat nak baca kisah akak buat umrah tu...nanti ada masa terluang nak baca juga pengalaman akak disana...:)

Nur-nba said...

Itu dia sentuhan Kak Ita dah kembali.. cantik sangat kek ni..

Nak ambil peluang ni untuk ucapkan "Happy Belated Birthday" dan "Happy Anniversary" buat Kak Ita dan suami.. Semoga kalian berdua beroleh kebahagiaan hingga ke syurga.. Amin. Tak sangka yang suami Kak Ita pun pandai memasak juga..

Teringat kenangan di Jabal Rahmah, ada seorang makcik mengingatkan dan berpesan bahawa kita bukan sahaja digalakkan untuk berdoa untuk mendapatkan jodoh, malah boleh juga berdoa agar ikatan perkahwinan yang sedia terbina mendapat keberkatan Allah dan berdoalah agar hubungan antara kita suami isteri sentiasa erat dan saling kasih mengasihi serta sayang menyayangi hingga ke akhir hayat.

Tahniah buat semua blogger masakan yang sedang mengukir nama dan kejayaan. Bangga dengan kesungguhan kalian.

Happy blogging!

Chik Na said...

happy belated besday... lawa sangat kek ni....chik na pun nak tau can ne cara buat rosset tu, pernah buat tapi tak secantik ni...

Hesti HH. said...

Selamat Ulang Tahun Kak Ita...sehat selalu, semoga selalu dilimpahi umur dan rezeki yang barokah, amin.

Selamat ulang Tahun Perkawinan juga tuk Kak Ita, semoga awet dan langgeng perkawinannya dan tambah disayang suami dan anak anak...kuenya cantik sangat. Apalagi foto fotonya, aduhaiiii semuanya. Ngiler lihat potongan kue Kak Ita...

ibundo said...

Assalam..
welcome back.
Speechless tengok kek yang lawa tu. Selamat ulang tahun pada ita dan suami. semuga kasih sayang yang terbena akan berkekalan sehingga keakhir hayat.

Unknown said...

happy belated birthday Ita semoga segala impian akan tercapai bahagia selalu disamping family tersayang..

kek tu sangat cantik tak dapat nak kata apa dah kalah kan kedai kek lagi ni...

✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™ said...

chantek kek ni... sayang nak makan... akak buat kat nieza satu..pastu pos kat trg...ngeeee ;)

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita cayanggg ....

yea kak... memang rasa terharu sangat nampak dapur akak dah berasap kembali ;)

Cantik sungguh kejadian kek rosset velvet sentuhan kak Ita. Bunga2 roses nya mekar kelilingi kek B'day kak Ita. Kelasss gitu~~

Nina tak sabar menanti entry seterusnya dari kak Ita ........

asyifamustaffa said...

As salam k.ita,

waaaa....dah kembali bersinar nmpaknya dapur akak...

Teruja btul tgk kek rvc akak nie....sy buat x menjadi pulak.....oooo...dia kene cpt2 bakar ye kak?

Salmi Khairil said...

cantikkkk...kalau saya mau tepek2 ajer..tak jadi rose tu...

mashitah said...

happy belated day kak ita...

ogyep yummy mellow said...

salam KAk ItHappy Anniversary ya.. cantik kek tu... standard ;ah kan, KAk Ita version.....

ada lagi tak sambungan kisah di Tanah Suci Mekah...??

AdanyaKauUntukku said...

terliur tengok kek kak ita....
waaaaaaaaaaa..sangat jeles ok menjadi
ila ari tu buat RV..habis short satu rumah
terus adunan tu kena buang.sbb letrik tak de....huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

wawo said...

Akak...slamat kembali... nak tau la mcm mane cara nak buat bunga kek byk2 mcm tu :) TQ

Ummi said...

Assalam rindu Ita cayang...terima kasih atas kata2 ucapan dan semangat yang ditiupkan Ita buat HSH, insyaAllah jika masa menyebelahi, akak update la semampu boleh, jika x, Ita tolong cuci sawang datang sesekali tu yea...hehe..

Dah rindu nak tengok entry Ita, muncul jua akhirnya...tp malam2 punya entry mmg akak x jenguk la..dah lama x on9 malam2...rindu nak update jgk, tp mcm terpaksa akak ketepikan bila masa x mengizinkan....huhu..

Kek mu ini sangat manis dipandang, cantik dekonya, pasti sesedap rasa jgk....alahaaaii... terasa2 keenakan kek ni.. ^__^

Muaaahhh...lebiiuuuu dik..

Gee® said...

waaa... dapor masam manis ceria kembali...selamat kembali yer... cantek sungguh keknya...

UmmiAbi said...

Ya Allah kak...Canteknya... Sy dahla ske Red Velvet ni..huhu,Teliur plak.. Syabas kak..:)

fazian.batrisyia said...

Kak Ita....cantiknya kek...nak nangis dpt tengok jek...kalau dpt sepotong alangkah bahagianya...Selamat hari ulangtahun perkahwinan...sy punya bln depan...tak tau la apa yg boleh sy buat utk tarikh keramat tu ye agaknya...

Rozie said...

sedapnya sis...best

Puan Eka said...

selamat kembali akak...

cantiknya kek..memang anggun dan menawan

Nor Zilla Sensei said...

wah..terliur nya kek akak itu.. nak satu?

Unknown said...

salam, lawanya kek tu..rasa sayang nak makan buat hiasan dalam lemari je :)

zuwaidah said...

bila dah ready nanti, boleh besiaran sperti dulu. memang dinanti2kan kemunculan dan kreativiti photoshoot blog ita.

Lelord said...

aduhhhh cantiknya...mmg berseni tgn kak ita. seriuosly terpesona

Azie said...

Aduhaai cantiknyet. Warna yang mmg unik, jarang dilihat krk berwarna manja gini. Jemputlah melawat Axie Kitchen yg tak seberapa tu ya.

Yatie said...

cantiknya kek birthday Ita ni, sayang nak makan tawwww...

KG said...

awesome!!

Kongkang Malaya said...

Salam Kak Ita,
Walopon saya tertinggal keretapi, tapi still nak wish jugak (better late then never kan? :D).. Selamat hari ulang tahun! Semoga sentiasa gumbira di samping keluarga tersayang dan terus mewarnai dunia masakan dengan sajian2 akak yang sungguh tip top itu!

(wah.. ayat baku tu :D)

Kak Nita said...

Salam kak ita,

Ayu sungguh kek ni...seayu tuannya!

Unknown said...

assalamualaikum,
Tie baru je join bloggers ni, cuma nak tanya nozel no berapa yang boleh jadi ros cantiktu?

Unknown said...

akak mmg ader baut tempahan ker? mmg temptingsangat

Pink Lavender said...

adeii kak..
nampak sedap sgt..
kak ita hantar putrajaya blh x?

Emma Villa said...

Salam kak ita, nozzle mata apa yg kak ita guna? Bintang 5 ke or yg leper?

Emma Villa said...

Salam kak ita, nozzle mata apa yg kak ita guna? Bintang 5 ke or yg leper?

ismi nisa said...

cantik sangat hiasan kek ni...

Unknown said...

Assalam kak ita nk tanya..utk resepi ni keknya moist x?

Post Top Ad

test