Aktiviti sepanjang minggu - masam manis f

Breaking

Jun 20, 2013

Aktiviti sepanjang minggu

Assalamualaikum..

Hari-hari ita semakin sibuk sekarang. Tu lah kata orang tak ada kerja cari kerja.. dah dapat kerja tak terkerja-kerja lah pulak.. " tak baik mengeluh.. " pesan mak setiap kali ita luahkan rasa penat.. " nanti rezeki lari.. " tambah mak lagi

Tapi ita seronok sebenarnya melakukan apa yang ita suka lakukan. Walaupun sesekali terasa jugak lah sengal-sengal di pinggang.. bila lihat hasilnya ita tersenyum puas.. Biarlah tak ada orang yang memuji.. tapi ita cukup puas hati dengan apa yang ita lakukan.. Sebenarnya bukan pujian yang ita inginkan.. tapi rasa penuh kesyukuran kerana dapat merialisasikan setiap apa yang ita impikan..

Anak-anak dah masak dengan perangai ibunya. Tau apa yang ibunya suka lakukan. Kadang-kala mereka juga turut memberikan buah fikiran.. Seronok bila kami sama-sama menzahirkan ilham dan berkongsi idea. Ialah idea akak-anak malar segar.. seiring dengan perkembangan terkini dan peredaran masa. Mungkin idea kita sedikit lapuk.. maklumlah orang lama.. tapi gabungan lama dan baru pasti lebih menarik lagi kan..

Jom intai apa aktiviti yang ita lakukan sepanjang minggu lalu..


Pesanan dari Yatie Lemon Cheese Cake, Yatie tak mau sebiji kek dia minta letak dalam cup, senang nak makan tak payah nak potong-potong. Nak bagi kawan-kawan rasa pun senang dan ringkas.. katanya lagi.

Lepas memesan Lemon Cheese Cake in Cup ni Yatie pesan lagi Red Velvet pula.. tapi masa tu ita terpaksa menolak kerana tak cukup masa memandangkan ita ada beberapa kek lagi yang perlu ita siapkan. Maaf ya Yatie.. insyaallah jika ada rezeki di lain kesempatan.. Walau bagaimanapun ita merakamkan ucapan terima kasih pada Yatie.

LEMON CHEESE CAKE

Dasar
150 gm biskut Marie + biskut Oreo
30 gm Almond Flakes ~ panggang dan kisar
90 gm mentega ~ cairkan

Satukan Biskut dan almond flakes, tuangkan mentega panas dan sebatikan. Berhati-hati dengan mentega yang panas. masukkan dalam cup kecil, rata dan padatkan. Ketepikan

Lemond Cheese

400 gm krim keju
3 gm jus lemon
180 gm coklat masakan putih
300 gm krim bukan tenusu ~ di putar hingga kental
12 gm halal gelatin
60 ml air
1 sudu teh parutan kulit lemon
1 sudu teh pes lemon

Cairkan gelatin ~ rujukkan
Cairkan coklat masakan putih ~ kaedah kukusan
Dalam bekas pemutar, pukul krim keju , kulit lemon, pes lemon dan jus lemon lembut
Tambahkan gelatin cair dan terus putar
Tambahkan coklat cair dan terus putar
Kaup balik krim putar dalam keju, rata
Tuangkan dalam bekas dan ratakan, ketepikan

Lemon Jely
2 sudu teh gelatin
200 ml air
2 sudu teh gula kastor
2 sudu teh jus lemon
1 titik pewarna kuning lemon

Satukan semua bahan dan masak dengan api sederhana
Tuang dalam bekas dan dinginkan
Sedia dinikmati dingin


Ini pula Rusian Black and White, pesanan dari Dini, melalui adik ita Aluya. Terima kasih Dini harap berpuashati dengan hasilnya dan halalkan segala kekurangan.


Ini pula Turkish Indulgence, pesanan dari adik Nabillah khas untuk kakak-kakak dan abang-abang di SKBB yang bakal menjadi seniors.

Terima kasih ya Nabillah.. harap berpuas hati dengan hasilnya. Masa Nabillah up load pic dekat FB dah hilang dah cherry tu 2 biji hehe...


Rusian Black And White Bridal Collection, tema pink dan putih adalah pesanan dari Rose untuk hiasan meja makan beradap pada hari bahagia sepupunya.

Bukan ini aje Rose juga memesan kek Ombre Pink Flowers untuk hantaran perkhawinan sepupunya itu.


Tapi tu lah.. kata Rose tak dapat rasa sebab di bagi kepada pihak lelaki kot kalau tak silap ita.. lupa pulak nak tanya dengan Rose semasa kita berjumpa di rumah adik ita Aluya hari tu.. Pertama sekali akak nak mohon maaf ya Rose sebab terlewat, hari yang sama pulak Dalili tusyen, selalu tusyen pagi tak tau pulak hari tu dia tusyen petang. Dalili keluar pun lewat bertambah lagi kesesakan lalu lintas.. maklumlah time orang balik kerja. Ita pula terpaksa bergegas untuk hantar kek Nabillah pada hari dan waktu yang sama.. tu yang ada sedikit kelang kabut.. Maaf sekali lagi dari akak ya Rose..

Harap sangat Rose berpuas hati. Akak juga memohon maaf andai ada kekurangan dan kelemahan. Minta halalkan semuanya ya..


Salam buat kedua mempelai. Semoga mahligai yang di bina berkekalan hingga ke hujung nyawa. Di murahkan rezeki dan di kurniakan cahaya mata yang comel-comel.. ^__^


Ini pula Berries Madness Cheese Tart yang di pesan oleh adik ita untuk suaminya sempena hari bapa. Sebenarnya resepi ini baru sahaja ita pelajari di kelas Chef Amer sebelum ini. Bila adik ipar minta buatkan kek cheese ita terus teringatkan kek ini. Suaminya amat gemarkan kek cheese. Ita rasa kek ni sesuai.. rasanya yang tak terlalu manis dan potongannya yang nipis buatkan tak terasa muak untuk di nikamti.


Sebenarnya resepi asal kek ni adalah Manggo Madness Cheese Tart resepi oleh Chef Amer, tapi ita olah semula dari manggo kepada campuran berries, biar ada rasa masam-masam sikit. Siapa yang nak resepi ni kenalah join kelas Chef Amer..


Ini pula adalah kek terakhir untuk minggu lalu. Sebenarnya kek ini buatkan ita berdebar-debar nak membuatnya. Maklumlah bila ita dapat tau bahawa adik Danny amat gemarkan mainan Lego. Walaupun menurut mamanya, Danny anak yang tidak cerewet, mudah dan ringkas tapi ita berharap sangat agar kek ini dapat menceriakan hari ulang tahunnya.


Pada mulanya mama Danny ingin ita buatkan 1 bijik Lego bewarna hijau. Menurutnya lagi warna hijau adalah warna kesukaan Danny. Tapi mungkin agak sukar kerana mama Danny tidak mahukan kek fondant dan juga kek buttercream. Beliau lebih sukakan kek coklat, kerana anak-anaknya juga sukakan kek coklat.

Atas perbincangan ita bersama  dengan mama Danny, akhirnya kata putus diambil untuk membuatkan sebijik kek coklat dan meletakkan toys Lego sebagai hiasan yang ita buat daripada gum paste. Mama Danny juga inginkan kek yang simple yang penting nama Danny mestilah menggunakan warna hijau selaras impian Danny.


Dalamnya adalah kek Very Berry Chocolate Mosse Cake oleh Chef Amer juga dan luarnya ita salutkan dengan Ganache Cream.

Harap sangat Danny suka dengan keknya ini. Auntie mengucapkan selamat ulang tahun buat Danny dan adiknya.. semoga panjang umur.. di murahkan rezeki.. membesar menjadi anak yang cerdik dan pintar serta dapat membanggakan mama dan papa.


Kepada semua, ita merakankan setinggi-tinggi ucapan terima kasih yang tak terhingga. Semoga berpuas hati dengan apa yang ita sediakan. Sekiranya ada sebarang kelemahan, ita menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf dan halalkan segala-galanya..



26 comments:

daridapurjaja said...

Fuuhhh...berbaris2 hasilnya..salute pada akak..

A.B.M said...

wahh. hebatt n cantikkk!
btw, sy mmg dh ade idea nk buat jualan hujung minggu depan dgn cheesecake dlm cup tu. Sbb ade sport day.tup2 tgk akak dh buat da. lg bertmbh idea nk buat. :)

Unknown said...

alahai..kagumnya tgk...mmg cumil2 kek tu

Zara said...

suka tengok akak punya hasil tangan...menarik sangat...boleh order online kerr??

Izwa Kamaruddin said...

sedap nyer!!!!

Nurul Shuhada said...

bestnye tgk hasil tgn kak ita..kalau duk dekat bleh gak order..duk jauh2 ni jamu mata ae la jwbnya..hehe

Nurul Shuhada said...

bestnya tgk hasil air tgn kak ita..kalau duk dekat2 blh gak order..duk jauh ni jamu mata je la jwbnya..hehehe..tp hrp nt k.ita ambik order online lak..hehe..good luck sis!!

nZaOdonut said...

Salam,

hasil keja Kak Azlita memang SUPERBBBB..!
tengok aje x mampu nk mkn (sebab lawa sgtt)
tabikkk kak...! he he he

fazianbatrisyia said...

cantik2 semuanya...suka hasil kerja kak ita. Semoga terus sihat & maju ye kak ita.

mimie said...

kak ita kalau buat ros tu guna tip no berapa ???

Sweet red cherry said...

salam kak..

sukanya tengok hasil sentuhan kak ita..semuanya cantik2 dan menarik dekonya..

Chah said...

Siyes terkesima!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aduhh.. tak berkelip mata tengok air tangan ita ni.. kalau dkt teringin juga nak rasa kek2 ita yg sedap tu..

Nur Islam said...

Kak ita nk resipi mini lemon cheese cake tu bleh x... Pls...pls..pls...

AhliaSaleh said...

Salam kak ita..gigih betul usha kak ita u mnyiapkn kek2 ni semua..tahniah..

Han Hanni said...

Baru nk mula bljr wat kek

Unknown said...

assalamualaikum....seronok tgk kak ita dah mula ambil tempahan....smua kek akak nampak.cantik2 sangat. tetus maju jaya ye kak.

Qaulan Sadeeda said...

Assalammua'laika kak ita, sy selalu melihat entry dlm blog akak nie, sgt menarik bg yg gemar memasak..sy harap kak ita menyertai pertandingan blog of the year di link : http://wwwow.my/Default.aspx

Ummi said...

Fuuuhh, berpeluh2 akak explore satu2 gambar tempahan kek yg Ita terima...mmg semuanya berseni dan cantik...plg teruja kek very berries choc mousse cake tuh...mesti terbaik rasanya...ala2 dessert eh Ita... ^__^

Love2cook Malaysia said...

No words to type la kak. Memang terbaik kesemuanya. Cantik dan berseni hasil kek akak ni. Cepat buka bakeri kak...I know you'll go places!!! ;)

Live For The Best Life said...

salam kak ita.. cantiknyaaa kek2 yg akak buat semua tuu.. bila akak start ambil tempahan? cz b4 ni sya xtahu pulak akak ambil tmpahan, kalau tahu dah lama saya tempah kek kahwin dgn akak..

Anonymous said...

http://blogyanapunya.blogspot.com/

sila lah kunjungi blog saya

hazreen said...

salam kak.. camana akak buat choc ganache kat kek lego tu ada effect macam kasar & kesat ye?

kagumnya saya ngn akak ni. saya suka semua kek akak!

Puan Eka said...

cantiknyaaa.. semua pun cantik...

Bila Hati Berbicara said...

salam sis..nk tanye kalu cam kek lego tu berapa harga..n ada design lain x?

Unknown said...

Sgt admire dgn kak ita... dh lme stalk blog kak ita....trbaik

Post Top Ad

test