Assalamualaikum
Hari pertama berbuka puasa , ita menyediakan air jagung untuk membasahkan tekak setelah seharian berlapar dahaga. Air jagung merupakan air minuman kesukaan ita dan keluarga. Amirul adalah anak ita yang cukup mengemari air jagung sejak dia dalam kandungan ibunya lagi..
Napa tak percaya?
Betul.. sewaktu ita mengandungkan Amirul, ita cukup suka makan jagung. Hari-hari ita makan jagung. Pulak waktu ita mengandung ita mengalami alahan yang teruk selama 9 bulan. Semua tak boleh tertelan oleh anak tekak ita. Badan dah mula letih dan tak bermaya.. naik lembik kerana semua tak boleh di makan.
Entah macam mana kuasa Allah S.W.T sewaktu ita berkunjung buat pertama kalinya ke negeri Cik Siti Wan Kembang, masa itu adalah musim jagung. Terlalu banyak gerai menjual jagung sepanjang jalan menuju ke kampung suami. Ita minta suami belikan ita jagung. Bila makan aje jagung ita terus macam ketagihan hingga hari-hari ita minta beliau belikan ita jagung.
Ita sangkakan tabiat ita suka makan jagung hanya sewaktru ita mengandungkan Amirul sahaja. Rupanya setelah Amiru lahir dia memang mengemari jagung hingga lah ke hari ini.
Mudah sahaja cara ita menyediakan air jagung kesukaan keluarga. Oleh kerana ita dah terbiasa buat air ni, ita tiada sukatan yang tepat.. semua main agak-agak sahaja mengikut kesesuaian citarasa kami sekeluarga.
Jika ada yang meminati air jagung bolehlah sediakan senbagai menu minuman untuk berbuka puasa nanti
AIR JAGUNG
Kordial Jagung Red Man secukupnya
Air
Gula secukup rasa
1/2 tin Jagung manis dalam tin
1 tin susu cair
2 sudu besar Susu pekat manis
Masak air bersama gula. Ita masak air dalam 1 kole bersama 6 sudu besar gula.
Masak hingga air didih dan gula melarut
Masukkan Kordial jagung Red Man atau apa-apa brand yang terdapat di pasaran. Yang ni agak-agaklah kan ikut kepekatan dan aromanya.
Masak lagi hingga mendidih
Masukkan susu cair dan jagung dalam tin
Tutup api dan masukkan susu pekat manis. Rasa ikut kesesuaian citarasa.
Biarkan sejuk
Hidangkan bersama ketulan ais.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
19 comments:
favorite saya ni! yum yum!
wah... meriahnya air berbuka akak.. kami minum sirap je..
sedapnya air jagung kak ita.hmm sebenarnya kak ita kan..apa yang kita kerap makan @ peberet kita masa kita pregnant,akan menjadi kesukaan anak dlm kandungan juga.. fahz pun pernah baca info ni dlm 1 blog kesihatan. :)
terliurnya.....bazar dekat rumah saya ade jual..dia tulis.. "manisnya jagung madu ini"..hehhee
Saya patut cuba ni kak... selalu beli jer. Boleh buat aiskrim malaysia sekali. Thks kak.
glup!
Seriusss menggoda sangat nihh...hehe...
haaaaaaaa.. memang nak kena buat ni sebab ada satu tin jagung dalam kabinet dah tataw nak buat apa, hehehe
kegemaran sy jugak...sedap...suka kuning yang menggoda tu...sib baik hujan la...takde haus sgt
akak tak pernah minum air jagung sebelum ni.. hatta air jagung di pasar mlm pun tak pernah beli.. tp sejak minum sekali yg kazen buat waktu kami buat family gathering dulu.. sampai skrg terasa2 kesedapannya.. nnt bolehlah akak cuba. t.kasih..
tergoda...!
Kegemaran saya ni.. Tq Kak Ita sebab kongsi resepi.
salah satu air kegemaran saya juga, kalau bulan puasa camni tak sah kalau tak beli air jagung
Iss..walaupun dah buka..menten terliur la kak Ita....yr pic sgt gojesss!
Saya suka makan jagung rebus atau bubur jagung tapi bab air ni memang jarang sangat la minum.. Lagipun kat rumah ni tak minum air sejuk masa berbuka kecuali bila dah ramai yang balik, dah dekat nak raya, baru beli ais..
Saya lebih suka berbuka dengan air panas.. Dulu neskepi panas, sekarang ni milo panas pulak..
Terima kasih berkongsi resepi.. nk buat utk berbuka nnti..
mak aii sodapnyoo
Akak...salam aidilfitrI...baru la tqhu mcm ni buat air jagung..mlm ni ada saudara norzi nk dtg rumah..boleh la hidngnkan terima kasih akak
Hmmm...super yummy. Madam believe air jagung gonna be the coolest one di musim panas tatkala ini. Gracias akak for the great recipe.
http://www.jomaffiliate247.com/2017/03/bersedia-untuk-bisnes-air-jagung-2017.html
Post a Comment