Daging Masak Hitam Chef Ismail - masam manis f

Breaking

Apr 28, 2014

Daging Masak Hitam Chef Ismail



Assalamualaikum
Selamat pagi buat teman-teman ita di luar sana.

Ada yang kurang sihat hari ni?
Jangan lupa makan ubat, minum air banyak-banyak..
Cuaca yang tidak beberapa memuaskan sejak akhir-akhir ni banyak mempengaruhi kesihatan kita.
Ita pun tak berapa sihat, demam batuk dan selsema dah menyerang kami sekeluarga. Ialah di JB ni kalau pagi panas terik yang amat.. bila petang pula hujan selebat-lebat tidak dengan guruh dan petir yang berdentum dentam..
Bila dah hujan lebat.. jalan mula naik air.. sana sini banjir kilat.. bagi pemandu-pemandu kenderaan kena hati-hati ya.. cuba elakkan melalui kawasan yang rendah dan mudah di naiki air..

Bila dah demam , batuk dan selsema nak kena jaga makan.. tak boleh makan makanan yang berminyak.. pedas-pedas maupun yang terlalu sejuk..
wahh... ada tak macam Dr cakap kat pesakit.. hihi

Dah plan nak masak apa hari ni..?
Ramai yang semakin bersunggut, bila perberlanjaan semakin hari semakin meningkat.
Nilai perberlanjaan dah melebihi jumlah pendapatan keluarga.
Sekarang note RM 50 dah semakin kecil, kalau pergi pasar tak tau apa yang dapat di beli dengan jumlah sebanyak itu..
Harga bahan basah dan bahan kering naik terlalu drastik, ya Allah.. kadang tergaru.. garu.. apalah nak masak untuk keluarga yang dapat memenuhi baget..
Bagi keluarga yang besar, sudah semestinya ianya sangat-sangat membebankan.
Usahkan nak menabung... nak menampung kos keperluan pun  tak mencukupi..
Sebagai ketua keluarga, kita terpaksa merancang dengan sebaik-baiknya.. supaya tidak berlaku ketirisan dalam perbelanjaan kita seharian.. ingat, hidup bersederhana penuh barakah..


Hari ni ita nak kongsikan resepi yang pada ita cukup mudah penyediaannya dan bahan yang di perlukan pun tak lah sukar di cari. Semua ada di dapur kita. Terpulang pada kita bagaimana nak mengayakannya aje..

Resepi dari chef tersohor yang di sukai ramai kerana sikap ramah tamahnya ini, dititipkan beliau dalam buku hasil karya beliau Kuisin Warisan Melayu. Siapa tak kenal Chef Ismail, pelopor masakan dari Negeri Sembilan... orang nogori lah katakan..

Dalam buku ni banyak resepi warisan yang sedap-sedap, kebanyakkan ita dah cuba dan menepati selera. Cuma seperti biasa ada juga ita terderhaka, ialah ita ikut bajet apa bahan yang ita mudah dapati.. mana yang boleh kita tukar pakai kita olah lah ikut citarasa kita dan keluarga..

Apa kita tunggu lagi jom ikut ita masuk dapur kita masak lauk Daging Masak Hitam hari ni.. yok!


DAGING MASAK HITAM
Resepi oleh : Chef Ismail Ahmad
Rujukan : Kuisin Warisan Melayu
Terbitan : Marshall Cavendish

100 ml minyak masak
3 labu bawang besar ~ dikupas dan di hiris
500 gm daging batang pinang ~ di potong dadu atau ikut citarasa
* jika tak ada daging batang pinang guna daging biasa pun boleh. Tapi daging perlu di rebus terlebih dahulu hingga empuk.
* jika tak nak guna daging boleh juga guna ayam, kambing, itik atau lain2 yang dirasakan sesuai

2 batang cili merah ~ di belah 2
2 batang cili hijau ~ di belah 2
* jika suka pedas boleh letak cili padi

Bahan Kisar Halus
2 tangkai daun kari
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia
2 sudu besar pes cili kering * Boleh juga ambil 10 - 15 tangkai cili kering, potong, rendam lembut dan kisar sekali dalam bahan kisar
2 sudu besar rempah kari daging
8 cm kulit kayu manis * yang ni ketuk sikit kalau tak nanti blender rosak

Sos
4 sudu besar kicap pekat 
* yang ni kalau tak ada kicap pekat boleh campurkan kicap manis dan kicap masin, tapi lebihkan kicap manis berbanding kicap masin. Lepas tu kena hati-hati di dalam penggunaan gula dan garam. Jika rasanya dah ok tak payah letak gula dan garam lagi
125 ml pati santan ~ di perah daripada 1/2 biji kelapa parut * kalau nak guna santan kotak pun boleh 
1 sudu teh asam jawa ~ diramas dalam 50 ml air , ambil air asamnya sahaja
Gula dan garam secukup rasa
1 kiub daging

Cara Penyediannya
Pijarkan minyak dalam kuali
Goreng hirisan bawang besar hingga garing dan kuning keemasan. 
Angkat, toskan minyaknya dan ketepikan
Dengan lebihan minyak yang sama, tumiskan bahan-bahan yang di kisar halus tadi, sehingga harum 
Masukkan daging dan balik-balikkan atas api sederhana hingga daging empuk
Tambahkan bahan-bahan sos dan kiub daging
Kacau rata sehingga kuahnya pekat
Perasakan dengan garam dan gula
Masukkan cili merah , hijau dan bawang besar goreng tadi
Kacau hingga cili layur
Sedia di hidangkan
Apa lagi.. jom kita makan!


 

Selamat mencuba dan memjamu selera



14 comments:

adda syuhada said...

adda pun dah lama x masak cmni.. selalu lauk biasa2 jer.. hehehe..

Unknown said...

Kak ita boleh bagi resep kue kering

Unknown said...

Kak ita....
Boleh bagi resep cake creamcheese sama cup cake yg comel

fazianbatrisyia said...

sedap ni...

Gee® said...

Bestnya lauk cam ni kan Ita... boleh makan dgn nasi, roti atau pulut... nyum2x...!!

Marina said...

Nak tanya. Daun kari tu kena blend jugak ke?

Azlita Aziz said...

ya blend sekali

Nor Aini said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

saya rasa pati santan dan air asam di kategorikn sbg bhn sos....mkin di masukkan selepas daging empok.maaf jika tersalah

Unknown said...

Salam kak azlita..sy dh try buat..ikut resepi n step yg d sarankn...mmg jd n sedap sekali..tq sudi share resepi yg sedap ni

Unknown said...

Sedapnyeee... mengugat jiwe.. ehehhe

Unknown said...

Baru nak cuba esok..tp dgg bukan btg pinangla..boring asyik mkn aym je..

Jom jln2 blog saya jom...

Unknown said...

Mmm cm sdp jerr

Unknown said...

Alhamdulillah...sy dh try resepi nie..sedap...

Post Top Ad

test