Roti Sarang Lebah.. lembut, gebu dan sedapnyaaa... - masam manis f

Breaking

Jan 10, 2015

Roti Sarang Lebah.. lembut, gebu dan sedapnyaaa...




Alhamdulillah... tertunailah hutang kak ita dengan adik-adik akak yang dok kerap kali bertanya bilalah kak ita nak buat Roti Sarang Lebah yang popular dan meletup-letup tu kan..



Hihi... belum sampai seru lagilah dik nak buat.. Mood meroti tak mari-mari..
Tapi hari ini semua penantian dah pun berakhir kan.. maka selesailah satu hutang akak pada adik-adik akak ya..

Emm... tak sangka sedap rupanya roti ni.. padanlah semua kemaruk nak buat roti ni.. sampai ada yang dah jadi pendapatan sampingan lagi.. Alhamdulillah rezeki kan.. kalau kita rajin macam-macam boleh kita jadikan duit ya tak..




Resepi Roti Sarang Lebah ini ita ambil dari dapur Ros Jintanmanis. 
Ros yang ita kenali memang cukup hebat dalam menyediakan roti. Resepi roti yang Ros kongsikan yang ita pernah cuba tidak pernah mengecewakan. Seperti roti sarang lebah ini juga.. cukup lembut.. gebu dan yummynya.. hanya Allah sahaja yang tahu..




Suami ita memang suka sangat sos karamel. Apa-apa kalau makan dengan sos karamel.. dialah yang tukang penghabisnya...
Roti ini katanya terbaik...
Anak-anak pun suka.. semua kata sedap dan terbaik!
Terima kasih Ros atas perkongsian resepi yang hebat dan terbaik ini.
Adik-adik akak sekalian apa tunggu lagi.. jom kita cuba pula..



ROTI SARANG LEBAH
Resepi Oleh : Rosmarlina



Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan


300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
200 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung atau skim milk 
2 sudu besar madu
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gram yis
40 gram gula
40 gram butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt

Semua bahan dah tersedia jom kita mulakan.
Ada 2 kaedah untuk membuat roti.
1. Jika anda menggunakan bread maker
2. Menguli menggunakan kudrat tangan

1. Kalau menggunakan bread maker kerja membuat roti menjadi lebih mudah. Rotinya pun lembut dan sangat gebu.
Caranya senang sangat, mula-mula anda kenalah dapatkan sebuah bread maker, kalau tak ada bread maker anda kenalah pilih kaedah yang ke 2.


Jika menggunakan bread maker, masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Ikut arahan menguli pada Bread Maker masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli , kebiasannya memakan masa 1 jam 1/2 . Bila dah siap uli dan boleh terus ke langkah no 4


2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.


3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam. Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.


4. Selepas 1 jam 1/2 menguli dengan Bread Maker atau selepas 40 minit di perap doh tersebut,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis. Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.
Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.


5. Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar.



6. Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya.  Sapukan sekali lagi atas nye dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh, 


7. Akhir sekali  bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.


8. Beginilah rupanya bun kita selepas di bakar. Gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun nampak berkilat, segar dan menyelerakan untuk dinikmati.


Letakkan bun atas pinggan hidang sebelum di curahkan sos karamel
Untuk resepi sos karamel. anda boleh sediakan awal, atau sementara menunggu doh di perap anada sudah boleh sediakan sos karamel


SOS KARAMEL

1/2 cawam gula perang
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter


Cairkan butter
Masukkan gula dan masak hingga gula mencair
Tuangkan krim, garam dan vanilla
Kacau rata
Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin ok.



Tuangkan sos karamel atas roti kita tadi..


Ya Allah.. yummynya....


73 comments:

Unknown said...

Meleleh air liur tengok karamel tu... kena cuba ni! Hehehe...

Cik_Shiqah said...

sedapnya.. suka sgt makan roti ni. hehe :)

miss deed said...

salam k.ita.. dah lama tunggu k.ita.buat roti ni.. antara 1.sebabnya nak lihat kemenjadian hasil yg akk buat.. saya pun dah try.. mmg meletops!tahniah atas pics yg sangat cantik!

Gee® said...

Menggodanyaaa...

Unknown said...

Fuh..cantiknyaaaa roti..terliur tgh3 mlm gini...mmg kena buat nih..err kak ita..butterscotch tu sos karamel ek..sama tak?haha sorry mmg saya xtau..aduyai..hihi

Azlita Aziz said...

Sama nurul, hihi akak aje suka panggil sos karamel ^_^

Unknown said...

Oo sma..slama ni klu da resepi yg da butterscotch mmg xbrani nk cuba..tp k.ita sbb sos karamel..itu mmg sya yakin sedap..hihihi rupanya sama..trima ksih k.ita atas pncerahan..syg k.ita...:)

feedazdelishcakes (SA0224490-T) said...

Salam kak ita..tq for the recipe. Mmg nampak sedapp.

Fatimah Nabila said...

mmg teringin lama ni..asik tgk org jual mcm sedap..

kak long said...

Azlita susu segar atau susu cair pun boleh , ya?

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

thank u o much..very informative

Azlita Aziz said...

Salam Kak Long, sebaiknya guna susu segar :)

Eyna Aryna said...

Terbaeq kaq.. Sy Dh pnh wt.. Ekot resepi linapg.. Mmg terbaeq.. Mkn ppanas.. X sdor.. Men cekut Jr.. Alih2..dh tgl 2 ketul drp asal 8 ketul.. Hehehe..

Eyna Aryna said...

Terbaeq kaq.. Sy Dh pnh wt.. Ekot resepi linapg.. Mmg terbaeq.. Mkn ppanas.. X sdor.. Men cekut Jr.. Alih2..dh tgl 2 ketul drp asal 8 ketul.. Hehehe..

fazianbatrisyia said...

Sedapnya...bila nak rajin buat ni. terliur sungguh la..

azie said...

Kak ita, bakar tu guna api bwh atau atas bawah? Tq

azie said...

Kak ita, bakar guna bwh je / atas bawah?.. tq :)

azie said...

Kak ita, bakar guna bwh je / atas bawah?.. tq :)

katharina^S^ said...

Rotinya cantik ka Ita...kapan-kapan saya ingin mencoba buatnya....

Mrs Singh said...

What a lovely, yummy recipe, cant wait to attempt it. Thanks so much for sharing,esp the step-by-step process.
Have a lovely day, regards,
Mrs Singh, Ipoh

Unknown said...

Berapa hari boleh tahan ye Kak roti ni...

sya said...

terliurnya tgk kak....

Atiqah said...

Kak utk kembangkan doh kena ltk tmpt panas or tempat biasa pn leh

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Kak thank you for sharing the recipe sedap sangat... Sos caramel tu saya campurkan gula perang dan gula merah mmg terbaik 😊

Hanya Aku said...

Salam.
Nak tanya, kalau uli dengan tangan, yis tu tak perlu larutkan dalam air suam dan biarkan berbuih dulu ke kak?

Unknown said...

sdpnya kak...kena buat ni

Siti said...

kalau doh guna mixer boleh x? rosak x mesin?

aaiy said...

Alhamdulillah
Resipi yang in Syaa Allah menjadi . Terima kasih di atas perkongsian ...

Unknown said...

ASSALAMUALAIKUM....SAYA DAH CUBA RESEPI NI..ALHAMDULILLAH MENJADI..DAH BUAT 2 KALI..ANAK2 PUN SUKA MAKAN. TERIMA KASIH UNTUK RESEPI NI

Anonymous said...

Akak, kalau uli dengan tangan kira sekejap je la ye? Atau kena 40minit juga?

Momstoreretail said...

Jom dapatkan supplemen kesihatan tiada bahan kimia dan selamat, mesra alam.
www.momstoreretail.blogspot.com

Fazarudin A Kadir said...

Terima kasih banyak2....ni la first time cuba buat roti...dan akhirnya berjaya...Sekarang dah mcm ketagih plak...2, 3 hari mesti nak buat roti ni

Unknown said...

Mmg sdap. Byk so bg jiran rasa, smua kata sdap sgt. Alhamdulillah ☺

Unknown said...

waaaa..terliur tengok..huhu tak sabar nak cuba :)

Fadzlina Rahman said...

Ayo.... nampak begitu lazat... nak cuba..nak cuba

Unknown said...

as'salam.. kalau gune flavoured yugort bole x..?

Unknown said...

Sedapnya..mkn sebiji tak cukup.. Buat sendiri rasa puas makan

Mime MF said...

salah satu favorite roti ni..selalu beli je..tp bila tgk sini rasa mcm nk try buat sendiri pulak..;p

Unknown said...

Alhamdulliah. Mmg sedap..jiran pun pun puji sedap.tq ita utk resepi ita yg mmg senang fham ni..terbaekk

Unknown said...

Assalamualaikum. Kak saya amik resepi. Mohon share ye kak. Time kasih..

puan shida@mummy zahra said...

try buat... thu jd ke x.. doh mcm lmbt nk mengembng...

Unknown said...

sis boleh tak kallau xpayah letak yogurt?

zai aziz said...

nak cuba ,memang sedap makan dengan caramel..tq

mohd yusof said...

T.q..sedap sangat..

Unknown said...

ya ALLAH.....sedap nye..jap lg nk cube buat

whoamethyst said...

Assalamualaikum. Sy dh try buat last week. Sy gantikan yogurt dgn buttermilk (fresh milk+lemon) sbb xde. Roti masih lembut & sedap. Tq share resepi.

Fatma said...
This comment has been removed by the author.
ANTELAS JINGGA said...

Dijamin sedap ni. Saya share resipinya ya. Tqvm.

mama farhan said...

kak ita, gula perang tu seperti apa, trima kasih...

Unknown said...

Klau guna cooking cream dlm sos tu bole x ?

Unknown said...

Klau guna cooking cream dlm sos tu bole x ?

Mujahidah said...

Saya baru buat roti ni dengan nenek tadi. Alhamdulillah jadi.Terima kasih atas perkongsian 😊

Unknown said...

Terima kasih sudi berkongsi, sy nak bertanya, sy ade buat sos butterscotch dengan sukatan yg akak bagi nie tp sy xmenggunakan fresh cream sy pakai fresh milk, sos sy jadi keras & sedikit kasar dan tak berapa licin. Adakah sebab sy mengunakan fresh milk? Minta pendapat

Unknown said...

salam... terima kasih dgn perkongsian ilmu... sya dah buat dan menjadi... mmg gebu & lazat!!

deandets said...

Kalau kat Bakeri, berapa harga org jual satu set mcm dlm gambar ni ?...

Unknown said...

As salam kak ita, susu tepung tu jenama apa? kalau guna susu skim pun jenama apa ya? thanks kak

Azlita Aziz said...

wasalam, apa2 pun blh. Susu baby pun boleh

Asma M. said...

Kak Ita.. sy try buat karamel tu tp x jadi😭 jd warna hitam, pahit gile😂 masak gula tu xyah kacau ke camne? gula perang yg warna pekat tu ke yg kasar? :(

Unknown said...

kalau x guna tepung gandum boleh tak? guna high protein flour dengan superfine je .... ke memang kene guna tepung gandum?

Unknown said...

Assalamualaikum. Tqvm kak ita . Resepi menjadikkk! Lembut gebu. Uli pakai tgn je. Alhamdulillah

Athirah said...

Salam semua. Memang sangat sedappp kegemaran saya dan keluarga. Meroti lebih senang dengan adanya bread maker. Hubungi saya 017-5318409 (Athirah) jika berminat untuk memilikinya. Memang berbaloi dan mudah!

Noor Hidayah Mohamed Yunan said...

Saya dah berkali kali buat resepi ni. Ikut je betul2 resepinya. Memang menjadi. Anak2 siap bawak jual kat sekolah diorang lagi . Terima kasih share resepi.

Ann @ DN said...

Alhamdulillah...lpas 2 thn jeling2 je...bru arini dpt buat...mmg sedap sgt...TK Pn Azlita for sharing...slalunya resepi2 ape pn yg Pn share...mmg mnjadi dn sedap bila akk cuba...moga ilmu yg d sedekah d blog Pn mnjadi himpunan pahala utk Pn disana nnt...

Kak Niza said...

DAH CUBA 2X. MMG SEDAP.. TERIMA KASIH DAN HALALKAN RESEPI NI YER....

Fiza Aizzawa said...

pandainya buat roti nie.. terpegun ngk gambar..

aaron said...

Thank you

NORMILA MUHAMAD said...

Saya dah buat kak azlita. Alhamdulillah menjadi. Sedap sangat

mlsheerahh said...

1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
maaf bertanya , krim ini krim apa?

mlsheerahh said...

1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
maaf bertanya , krim ini krim apa?

Azlita Aziz said...

mlsheerah dairy wipp cream

Unknown said...

Resepi ni blh x buat pelbgai jnis roti,mcm chicken floss..

Alexa said...

Jadilah jutawan mendadak sekarang juga hanya bermain di sentapoker,com. Hanya deposit 15ribu kamu sudah bisa mendapatkan bonus 10ribu dan berkesempatan memenangkan hadiah ratusan juta hingga milliaran Rupiah! Jangan sampai ketinggalan dengan bonus yang akan datang nantinya hanya di sentapoker,com

WHATSAPP : +6285921063064
BBM : SENTA88
LIVE CHAT : SENTAPOKER,COM

AGEN POKER DAN DOMINO TERPERCAYA
AGEN JUDI ONLINE BERKUALITAS
AGEN POKER SANGAT AMAN TERPERCAYA
AGEN IDN PALING DIMINATI
BANDAR CEME TERPERCAYA TERBAIK
SENTA POKER
AGEN DOMINO TERAMAN DAN TERPERCAYA
BANDAR CAPSA YANG PALING AMAN
AGEN JUDI ONLINE PALING RAMAI
AGEN JUDI TERLARIS DAN DIMINATI

Post Top Ad

test