Donut Kentang Lembut dan Gebu - masam manis f

Breaking

Feb 14, 2015

Donut Kentang Lembut dan Gebu



Anak-anak ita memang cukup mengemari donut. Kerana itu ita seringkali sediakan donut untuk minum petang keluarga. Ita sukakan donut yang lembut dan gebu tapi tidak berminyak dan terlalu lembut sangat..

Setiap kali ita menyediakan donut, ita pasti memilih donut Rima yang ita pernah kongsikan di SINI. Entahlah.. sejak menggunakan resepi dari Rima ita jarang nak bertukar kepada resepi yang lain. Resepi dari Rima tu sangat gebu donutnya dan bahan untuk menyediakannya juga cukup simple dan mudah.


Ita juga pernah mencuba beberapa resepi donut lagi sebelum ini dan donut kentang dari Fatmah yang pernah popular satu masa dahulu dan menjadi viral di kalangan para bloger juga antara donut yang pernah ita kongsikan di SINI


Hari ini sekali lagi ita menyediakan donut. Donut kentang resepi dari Tahrunnisah dan di kongsikan oleh Sepanjang Jalan Kehidupan.
Seperti biasa jika donut kentang pastinya kentang adalah bahan asas yang perlu ada dalam resepi. Resepi Tahrunnisah ini tak banyak bezanya dengan resepi Fatmah. Jika resepi Fatmah menggunakan 500 gm tepung, Tahrunnissah pula menggunakan 1/2 daripada adunan itu. Resepi masih lagi menggunakan air ais. Apa yang menbezakannya adalah tambahan pada baking powder yang di gunakan. 

Rasanya tak banyak beza dengan donut kentang Fatmah, lembut dan gebu. Kepada anda yang tak pernah lagi mencuba donut kentang di sini ita tunjukkan kaedah menyediakan donut kentang yang mudah. Biasanya ita kalau buat donut ita masukkan dalam Bread Maker aje.. cepat mudah, bersih dan menjimatkan masa. Tapi kali ini ita tunjukkan kaedah menyediakan dengan tangan bagi mereka yang tiada bread maker.



DONUT KENTANG 
Resepi Oleh : Tahrunnisah
Rujukkan : Sepanjang Jalan Kenangan

Mula-mula kita lihat dahulu bahan-bahan yang kita perlukan


1 biji kentang ~ di kukus atau di rebus, kemudian kupas kulit dan lenyek halus. ( kentang jangan kupas kulit masa rebus nanti dia serap air banyak )
250 gm tepung gandum / tepung protin tinggi / tepung roti
1 biji telur ayam
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
70 ml air ais
1 1/2 sudu besar shortening / margerin / butter
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh baking powder
1 3/4 sudu teh yis segera


250 gram tepung gandum sebiji kentang yang telah direbus dan dilenyek 1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu) 2 sudu besar susu tepung apa2 jenama 70-100 ml air ais (dulu guna air suam) tp sbb nak cuba teknik baru 1 1/2 sudu besar shortening/marjerin 2 sudu besar gula 1 sudu kecil baking powder 1 3/4 sudu kecil yis mauripan

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwi
250 gram tepung gandum sebiji kentang yang telah direbus dan dilenyek 1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu) 2 sudu besar susu tepung apa2 jenama 70-100 ml air ais (dulu guna air suam) tp sbb nak cuba teknik baru 1 1/2 sudu besar shortening/marjerin 2 sudu besar gula 1 sudu kecil baking powder 1 3/4 sudu kecil yis mauripan

Copy and WIN : http://bit.ly/cop

Satukan tepung yang di ayak ke dalam bekas.
Masukkan gula, susu tepung, baking powder dan yis. Kemudian gaul rata
Masukkan pula kentang yang telah di leyek halus, ratakan


Dalam bekas lain, satukan garam dan telur, kocok sebentar.
Masukkan telur dalam adunan tepung, kacau rata
Tuangkan air ais sedikit demi sedikit hingga adunan sebati dan kental
Akhir sekali masukkan shortening dan uli hingga adunan lembut dan elastik
Anda boleh masukkan doh dalam plastik bag dan ramas-ramas doh selama 10 - 20 minit hingga doh menjadi elastik dan tak melekat di tangan
Tutup doh dengan kain towel, atau plastik wrap dan simpan di tempat yang hangat hingga adunan doh naik 2 kali ganda. Anggaran masa 30 minit. Anda boleh letak dalam almari atau letak dalam oven untuk memberikan rasa hangat pada doh. Pastikan oven tidak di on.
Selepas doh naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin.



Bulat-bulatkan doh anggaran 20 gm setiap satu.
Susun dalam loyang yang di tabur sedikit tepung supaya doh tidak melekat
Tekankan doh supaya leper
Bulatkan tengah doh dengan acuan bentuk bulat
Biarkan 5 minit sebelum di goreng.

Jangan biarkan doh naik sangat ya sebab nanti lubangnya tertutup pula, dan bila ia naik ia jadi lembut sangat dan sukar nak mengoreng nanti.

Sementara itu kita panaskan minyak, jangan terlalu panas dan jangan pula minyak tak panas. Jika minyak panas sangat donut cepat hangus di luar tapi dalammya masih belum masak dan gebu. Jika minyak tak panas pula donut akan menyerap minyak semasa proses mengoreng.

Balik-balikan donut supaya dapat bentuknya yang cantik.
Angkat setelah ia kuning keemasam.
Jika anda nak taburkan gula, letakkan gula ketika ia masih panas jika dah sejuk gula sukar melekat pada donut.
Kaedah meletakkan gula, masukkan gula dalam bag plastik, kemudian masukkan donut dalam plastik tersebut. Kembungkan plastik dan goncang-goncang supaya gula melekat pada donut. Kaedah ini mengelakan dapur anda berselerak dengan gula. Ia juga kaedah yang bersih dan baki gula dalam plastik boleh di guna semula.




22 comments:

Rahsia Hati Huda said...

Sedapnya..nak try la.Nice sharing.

Qaseh Abadi said...

nampak mudah.. harap2 kalau buat menjadi lah

fazianbatrisyia said...

Idea yg bagus....cara sadur donut dgn gula tu. dah berkecah gula kat dapur kena kemas cpt pulak kan....semut cpt aje kejar nanti

SK said...

i like your photos and the edits. nice!

Afie Superb said...

salam kak ita,
saya peminat tegar blog kak ita ni heheh
boleh x saya nak request kak ita buat cronut.. pliss.. heheh

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Percaya tak.. donut sy selalu tak menjadi.. sudahnya sy buat muchkin donut jer.. nak cuba rsepi ini nt

Fatimah Nabila said...

emm, dap2..gebu sungguh!

Rohah said...

Montel comel...sedapnye klu dpt sebiji pun...

Unknown said...

Potato russet ok ke utk resipi ni?

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Ita..
selama ini saya hanyalah silent reader..
terima kasih atas resepi dan segala penerangan yang diberikan..
Saya doakan agar Kak Ita sekeluarga dimurahkan rezki yang berkat dan kesihatan yang baik...

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Ita..
Terima kasih di atas perkongsian resepi dan penerangan yang diberikan..
Saya mendoakan agar Kak Ita dan keluarga diberikan kesihatan yang baik dan rezki yang berkat.. Ameen..

My Umaira said...

Alhamdulillah. I've tried this recipe twice. The first time I used the russet potato. It was so huge. I made two dough. The second time I used the ordinary potato. Both attempts worked wonderfully! I guess using different types of potatoes doesn't make any much difference. Thanks Sister Ita for sharing the recipe, I am recommending this recipe to others too!

Unknown said...

salam kak ita...nyum..nampak sedap dan memang fav anak2 ni...nak kena try la

Unknown said...

I 'll try it . One day :) tQ kak ita.

The wife said...

Dah 2kali buat resepi ni. Alhamdulillah my dough is getting better. Husband ckp dh makin improve. Thank you for the details kak.

Luqman said...

Sdh try wat.mmg sedp.... tq sgt2 kongsi resepi... moga Allah luaskan rezeki akak sekeluarga

Copeter said...

Hai..bole tanya, resepnya untuk berapa buah donut ya? Trimakasih..

Ruby said...

Assalammualaikum, saya dah cuba resepi ni. memang menjadi dan fav kami sekeluarga. terima kasih ya!

Regards,
Ruby.MY

Unknown said...

Assalamualaikum puan..mohon digunakan resepi dinat gebu puan ye..mtk halal dunia akhirat

Unknown said...

Sdap resipi ni.. Byk kali da try.. 👏😊

Unknown said...

Dh cbe..mmg lmbut n sdp..luv it

Suharti M.A said...

Saya dah buat guna resipi ni..memang sedap,lembut dan gebu je.

Post Top Ad

test