Kuih Koleh Kacang yang lembut dan sedap - masam manis f

Breaking

Aug 12, 2015

Kuih Koleh Kacang yang lembut dan sedap




Kuih yang menjadi kegemaran emak ita. Emak memang suka sangat makan kuih ni.. Kata mak kuih ni sedap dengan rasa harum kacangnya.. wangi tahi minyaknya dan lemak manis gula merahnya. Tapi mak ita macam biasa cukup cerewet bab kuih tradisional. Hanya yang berkenan pada tekaknya sahaja yang dia akan makan dengan begitu berselera sekali, tapi kalau tak cukup syaratnya.. kurang manis dan lemaknya.. awal-awal lagi dia dah reject.

Walaupun emak suka sangat dengan kuih yang satu ini.. namun ita tak pernah nampak emak membuatnya. Biasa emak akan beli atau pun atuk yang buatkan.
Ita pula.. alamak.. ita memang tak berapa gemar kuih ni.. tak tahulah kenapa dalam banyak-banyak kuih talam, kuih ini bukanlah kuih yang ita gemari.. nak menjamah pun ita tak minat apalagi nak merasainya dengan sepenuh hati.






Baru-baru ini ita ada terpandang beberapa rakan kogsikan dan tayang kuih koleh kacang yang mereka sediakan  di FB. Terdetik di hati nak mencuba. Sebab keinginan nak mencuba kerana kuih ni kegemaran mak.. ita harap ita dapat buatkan untuk mak satu hari nanti.. Nampak macam mudah bahan pun tak lah susah sangat nak dapat. Yang paling ita teruja sebab kuih talam ni tak payah nak kukus bagai... masak atas dapur aje.. mudah dan ringkas.

Walaupn stepnya agak banyak, tapi semuanya yang mudah dan ringkas. Masaknya pun tak lama, sesuai untuk buat minum petang keluarga.
Tak sangka kuih yang ita tak gemari ini rupanya sedap sangat. Resepi yang ita kongsikan ini cukup enak rasanya, semuanya secukup rasa.. dengan lemak manisnya dan harum bau tahi minyaknya.. Kuihnya pun cukup lembut dan memang tak rugi mencuba. Tak sangka ita boleh tergoda dengan kuih yang satu ini.. Benarlah bagai di kata.. tak cuba tak tahu.. bila dah cuba boleh jatuh cinta di buatnya.

Hari ini ita kongsikan resepi ini disini pula. Untuk rujukkan rakan-rakan. Ikut step yang ita terangkan, pasti menjadi kuih ni nanti. Adunan asal oleh tuan rumah agak banyak. Ita buat hanya 1/2 daripanya sahaja.. cukuplah untuk ita buat minum petang kami sekeluarga. Dapat juga berikan sepiring dua pada jiran tetangga.

Terima kasih pada tuan empunya resepi. Terima kasih kongsikan resepi kuih koleh kacang yang enak dan lembut ni...


KOLEH KACANG
Resepi Oleh : Suhaila Ishak
Resepi di kongsikan Oleh : EnaZamri Rashid

Resepi yang ita sediakan ini adalah 1/2 adunan daripada resepi asal dan ita menggunakan loyang 8 inc. Sedang elok aje ketinggiannya.

Sebelum menyediakan adunan koleh kacang kita kena sediakan dahulu tahi minyak untuk di taburkan atas kuih ini .

TAHI MINYAK ( bahan A )

500 gm santan kelapa segar ~ guna santan pekat, beli santan kelapa segar jangan guna santan kotak ya sebab santan kotak tak berapa cantik kejadiannya nanti.
Secubit garam




Satukan santan dan secubit garam dalam kuali non stick.
Masak dengan api yang sederhana hingga adunan kental
Kecilkan api dan terus memasak hingga terbit minyak dan terhasilnya tahi minyak yang kuning keemasan
Angkat dan toskan minyaknya
Minyaknya di simpan untuk di letakkan dalam adunan koleh kacang nanti
Tahi minyak pula untuk di taburkan atas kuih

Sekarang kita sediakan pula air gula

AIR GULA ( bahan B )

200 gm gula merah atau gula timbang ~ pilih yang warnanya agak kehitaman
50 gm gula pasir
150 ml air
2 helai daun pandan di simpul


Satukan semua bahan dan masak atas dapur hingga gula melarut
Tutup api dan tapis

Bahan C

150 gm tepung kacang hijau ~ yang telah di sangai ( tepung kacang hijau ya bukan kacang peas)
secubit garam
200 ml santan kelapa segar
650 ml air
1 helai daun pandan ~ di simpul
1 sudu makan minyak kelapa ~ baki dari tahi minyak yang diasingkan


Satukan semua bahan C kecuali daun pandan dan minyak kelapa
Masukkan dalam blender dan kisar
Satukan bahan kisar ( bahan C ) dan air gula ( bahan B) kedalam kuali
Masukkan daun pandan
Masak atas dapur dengan api yang sederhana sambil senantiasa di kacau
Masak hingga ia meletup-letup kecil
Kecilkan api dan tambahkan minyak kelapa
Kacau lagi hingga adunan pekat dan kental
Anggaran masa memasak adalah 25 minit. Dalam masa 25 minit tu adunan dah pun masak
Keluarkan daun pandan.

Sediakan loyang 8 inc yang di lapis plastik dan di oleskan dengan baki minyak kelapa
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan
Hentak-hentak loyang sedikit untuk menghilangkan gelembung udara
Taburkan tahi minyak di atasnya dan biarkan ia sejuk dan mengeras
Bila dah keras bolehlah di potong dengan pisau plastik yang di oles sedikit minyak kelapa.



















35 comments:

mamawana said...

Sedapnyer...feveret saya.

Gee® said...

Mmmmm...harum baunya smpai ke Kuantan... sedapnyaaa

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

antara kuih talam yg sy suka sgt ni Kak Ita.. boleh join makan dgn mak Kak Ita.. hihihi

Malinda said...

cik boss saya pon suka sangat kuih ni tapi tak pernah lagi nak cuba buat...rumit jugak nak buat ek...selalunye beli ja yg dah siap lagi pon dia sorang ja yg suka beli rm2 pon dah cukup...

Unknown said...

assalamualaikum....kak.ita...mohon share ye resepi nih....nk cuba...nmpk sedap sgttttt....tq

fazianbatrisyia said...

kuih kegemaran sy jugak ni...tapi lama beno dah tak buat. Rindu kak ita...kak ita sihat? rajin nanti nak try buat ikut resepi ni pulak.

Azlita Aziz said...

hihi.. dulu tak suka.. sekarang terlebih suka pulak! sedap boleh buat lagi..

Unknown said...

ternanti-nanti blog kak ita ni.. hari2 bukak tak juga ada entry baru.. hari ni bukak ya Allah sukanya! terasa mcm baru dot surat cinta pulak. ehehe..
kuih ni cik abang sayang suka sangat.. nak try buat..
mohon share ya kak ita.. :)

intandayani said...

Favourite sgt ni Kak Ita..dulu pernah buat tapi tepung tu mcm tak masak

Rosilawati Wahid said...

Tak pernah buat sendiri lagi kuih ni, nampak senang. Terima kasih ya sis. Minta izn share juga.

Unknown said...

lamanyer puan azlita tak bersiaran....

Unknown said...

thank you kak for sharing this recipe ;-)

Unknown said...

:))..tq 4 sharing

Unknown said...

:))..tq 4 sharing

Unknown said...

:))..tq 4 sharing

Adawiyah A.Halim said...

Akk..sy buat npe dia jd bergentel2 ye..dkt mane silap kak..harap akk dpt tlg..tq

manjeman said...

Saya baru buat..rasa mmg sedap..sayangnya lembikk!!! Tak bleh nak potong langsung!

Azlita Aziz said...

Adawiyah, kuih ni kena senantiasa kacau dgn api yg sederhana, kalau tak kacau dia akan berbentel, kita kena faham bahawa tpg kalau kena panas dia akan keras, tu yg di berbentel-bentel

Azlita Aziz said...

Manjeman, lembik kerana tak cukup lama masa mengacau. kuih ni kena kacau sampai likat. kalau kacau atas api kejap aje mmg lembik lah dia.

laila ismail said...

Kuih kegemaran saya juga...kat mana nak dpt tepung kacang hijau yg best?
Pernah jmp keluaran dr melaka..lps tu tak jmpa lg

Try alagapas...tak brp kacang hijaunya.. :(

Unknown said...

Tq azlita aziz kerana kongsikan resepi saya ini..sedap n senang kn nk buat kuih ni....tpung kcang hijau yg terbaik ialah babas...

Unknown said...

Tq azlita aziz kerana kongsikan resepi saya ini..sedap n senang kn nk buat kuih ni....tpung kcang hijau yg terbaik ialah babas...

neerahim5 said...

Tq..krn sudi share resepi kuih ni..sy nk share yer

norsadira said...

SEDAP2. boleh cuba resepi ni.terima kasih ye.
jemput singgah blog saya :http://dirawanhartawan.blogspot.my/

Unknown said...

Knp eak akk bile nk tunggu pejal kat talam tu kuihnye retak2

Unknown said...

Tq 4 sharing..nmpk sdp..InshaAllah nk try buat

Unknown said...

Terima kasih ita atas resipi nya...selalu jgk akak buat utk suami n anak2 dan diberi pd kwn2...semuga murah rezeki ita😊

Ana said...

Tepung kacang apa kak ita guna? Saya guna Babas..x sedap..teksrurnya halus sgt...

cililadacatering said...

Satu dari kuih kesukaan saya. Nanti saya cuba guna resipe awak. Harap-harap menjadi.

cililadacatering said...

Nak tanya macam mana nak dapatkan supaya warna kuih tu menjadi gelap mcm gambar tu? Ada gunakan perwarna ke nak dptkan warna gelap tu?

cililadacatering said...

Nak tanya macam mana nak dapatkan supaya warna kuih tu menjadi gelap mcm gambar tu? Ada gunakan perwarna ke nak dptkan warna gelap tu?

Unknown said...

terima kasih resepinya..mohon syer.

mardeq said...

Salam, terima kasih puan, sedap sangat resepi ni. sy buat sekali je trus jadi semoga dimurahkan rezeki.. ♥ ❤

Unknown said...

sdap dn lembut

lisanorhamad said...

Salam kak. Mcm mana kole kacang ni dpt warna gelap mcm ni ye? Sbb sy buat tak dpt warna gelap mcm ni. 😅

Post Top Ad

test