Jun 14, 2017

Lontong Ramadhan


Alhamdulillah ..
Kita sudah semakin hapir ke penghujung Ramadhan. Semakin sibuk menyiapkan persiapan untuk menyambut kedatangan Syawal pula. Pasti ada yang dah mula membuat biskut raya, ada yang dah mula nak siapakan langsir baru nak siapkan baju raya.. ada juga yang sibuk mengecat rumah. maklumlah raya setahun sekali dan pada hari raya inilah kita nak meraikan tetamu. Tetamu pun masa raya lah baru datang rumah.. kalau tak masing-masing semua sibuk dengan urusan masing-masing..

Hari Rayalah yang merapatkan hubungan kekeluargaan dan silatulrahim.. yang jauh pulang ke kampung berhari raya.. pasti banyak persiapan di sediakan untuk di bawa pulang ke kampung. Tapi ingat janganlah pulang berlenggang aje.. bawaklah buah tangan untuk ibu dan ayah tersayang.. setahun sekali kan....

Ita macam ni lah.. masih belum berkesempatan nak buat biskut raya sendiri.. masih lagi menyiapkan tempahan dari rakan-rakan.. Insyaallah minggu depan baru lah mula nak buat biskut dan kek sikit untuk rumah sendiri..

Dah berapa hari tak kongsi menu buka puasa. Hari ini ita kongsikan lontong pulak. Tak ingat buka puasa hari yang ke berapa ita siapakan lontong ni.. sibuk punya pasal.. sampai tak berkesempatan nak update blog.

Jom lah ita kongsikan resepi lontong ni..


LONTONG 

Bahan Kisar

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
1 inc kunyit hidup
2 camca besar udang kering, rendam lembut dan toskan
 
8 tangkai kacang panjang ~ potong 1 inc
2 keping tauhu ~ di potong dadu dan di goreng
2 keping tempe ~ di potong dadu dan di goreng
1 keping fucuk atau tauhu kering ~ potong kecil dan rendam hingga lembut
1 batang lobak merah saiz sederhana ~ dipotong  mancis
1 biji sengkuang saiz kecil ~ dipotong mancis
1/4 kobis ~ dihiris kecil
sedikit soon ~ di rendam
 
Air secukupnya
200 ml santan pekat
2 batang serai ~ dititik
Garam dan gula secukup rasa
 
Bahan di makan bersama
 
Nasi himpit
Telur rebus atau telur pindang
Sambal tumis, udang, ikan bilis, sotong, atau kerang
Sambal kacang jika suka
Serunding daging atau kelapa
 
Panaskan minyak dalam periuk, Tumiskan bahan kisar dan serai titik hingga harum dan terbit minyak.
Masukkan air dan biarkan kuah mendidih
Bila kuah dah mendidih masukkan dahulu sayur yang keras seperti, kacang panjang, lobak, sengkuang , fucuk dan masak hingga lembut
Masukkan tauhu dan tempe
Biarkan ia merenih sebentar.
Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan soon dan kobis
Didihkan sekali lagi dan terus matikan api
 
Lontong di makan bersama telur rebus, sambal tumis, serunding atau sambal kacang.


SAMBAL TUMIS UDANG TOK YAH

1/2 kg udang - dibuang kepala dan ekor, dibasuh gaul dgn garam dan goreng sebentar agak2 merah aje...jgn sampai garing tau! angkat dan ketepikan

1/2 cwn air asam 
1 sudu teh garam
secubit pak aji
5 sudu makan gula boleh tambah boleh kurang tapi kalau sambal ni manis sikit sedap!
1/2 cawan minyak masak

Bahan Kisar
RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen 

Tumiskan bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau. Tumis biar lama sikit tapi jaga jangan sampai hangus.
Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa. Biarkan merenih.
Akhir sekali masukkan Udang biarkan sebentar siap utk di hidangkan.




No comments:

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.