Hari ini ita kongsikan satu menu orang bujang yang mudah dan ringkas di sediakan dan pasti menambat selera semua.
Semua suka nasi lemak kan? tapi tak ramai yang suka membuatnya kerana bahan yang banyak dan agak renyah juga penyediaannya..
Tapi dengan adanya makanan tin Yeo's kerja memasak kita menjadi lebih mudah dan ringkas. Mana taknya.. bukak tin aje dah terus boleh di makan..
Yeo's Malaysia ada mengeluarkan beberapa produk makanan dalam tin yang menjadi kesukaan ramai. Macam-macam produk yang di keluarkan dan apa pasti ianya menjadi pilihan rakyat Malaysia. Harganya juga sangat berbaloi-baloi..
Hari ini ita kongsikan 3 produk dalam tin keluaran Yeo's yang menjadi kesukaan ita sekeluarga. Biasanya ita akan bekalkan pada anak-anak bila mereka pulang ke asrama. Mudah sangat.. bukak aje tin dah terus boleh makan. Tak perlu nak bersusah payah di dapur.. jimat masa jimat tenaga..
Chicken Curry Extra Hot , ini merupakan kesukaan ita dan suami. Sedap sangat Chicken Curry Extra Hot ni tau! bukan sahaja boleh di makan bersama nasi, roti , lempeng .. malahan sungguh enak bila di makan bersama nasi lemak tau!
Ayamnya lembut bersama kuah curry yang extra pedas dan di tambah kentang lagi.. yumm! yumm! sedapnya..
Sambal ikan bilisnya dengan ikan bilis yang banyak dan kuah sambal yang pekat. Bukak tin, perhangatkan dan dah boleh di cicah dengan roti .. mudah aje kan.. nak lagi sedap di gandingkan dengan nasi lemak.. memang terangkat habis..
Sambal udangnya pula terasa udangnya.. tapi untuk resepi kali ini ita tambahkan lagi udang untuk rasa yang lebih kaw! makan pula dengan nasi lemak memang mengancam jiwa..
Pasti dah tak sabar nak digandingkan dengan nasi lemak bujang kan..
NASI LEMAK BERLAUK ORANG BUJANG
NASI LEMAK
2 cawan beras ~ cuci bersih dan toskan
2 cawan santan cair
3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 inc halia ~ di ketuk
1 batang serai ~ di ketuk
1 sudu teh halba
1 helai daun pandan ~ di simpul
garam secukup rasa
Dalam resepi ini, ita menggunakan beras basmathi. Jika menggunakan beras basmathi, beras hendaklah di rendam terlebih dahulu selama 1 jam untuk mendapatkan nasi yang lembut dan berderai. Sukatan santan cair pula perlu di lebihkan, jika menggunakan 2 cawan beras basmathi, sukatan santan cair adalah 3 cawan 1/2
Cara menyediakan nasi lemak bujang
Satukan semua bahan dalam periuk nasi
Tekan set untuk menanak dan tanak nasi seperti biasa
Bila nasi dah masak boleh lah di hidangkan bersama Sambal Ikan Bilis Yeo's, Sambal Udang Yeo's dan Chicken Curry Extra Hot Yeo's
Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebagai seorang muslim pastinya kita tidak mahu ketinggalan untuk merebut segala fadilat sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Berkat adalah rasa syukur kita di atas segala nikmat yang di kurniakan. Nikmat ini dapat kita lahirkan dari menjaga hubunga silaturahim sesama insan dan yang paling penting hubungan kekeluargaan.
Yeo's Malaysia ingin menggambarkan Ramadan sebagai bulan yang penuh berkat dan cara terbaik untuk menikmatinya adalah dengan dirasai bersama. Apa kata buat lebih sikit dan berikan pada jiran tetangga atau hantar sedikit ke masjid untuk juadah berbuka puasa. Bersesuaian lah dengan tema Yeo's yang enak dan lazat kita kongsi bersama , pahala pun berganda-ganda.. tak gitu...
1 comment:
mmg bestlaaa..
Post a Comment