Korea Day 3 - masam manis f

Breaking

Apr 18, 2018

Korea Day 3


Yeayyyy!!!
Shopping time!
Orang perempuan dan shopping memang tak dapat di pisahkan. Hari ke 3 adalah hari yang di nanti-nantikan oleh kami semua. Kami akan di bawa shopping di kedai yang murah di Namdemun Market.



"Esok kita akan pergi shopping.. jangan lupa bawa duit banyak-banyak.." usik Jordan sebelum kami meninggalkan bus semalam


Pagi ini masing-masing sangat teruja dan bersemangat nak bershopping. Namdemun Market adalah pasar yang menjanjikan harga barangan yang murah dan berpatutan tak kira untuk penduduk tempatan maupun para pelancung luar negara yang berkunjung ke Korea. Di sini terdapat pelbagai barangan yang di jual dengan  harga murah terutamanya cenderahati, keronsang atau brooch, gelang tangan, cincin dan perhiasan wanita , kain sutera, pinggan mangkuk, kasut T. shirt boleh kata apa sahaja cenderahati yang ingin di bawa sebagai oleh-oleh terdapat di sini. Kira kalau melawat Korea kalau tak singgah di Namdemun ni memang tak sah lah.. Macam-macam ada..



















Apa yang menyeronokkan dengan Arba, kami di bawa ke kedai yang menjual barangan yang murah dan berpatutan. Tiada paksaan membeli dan Arba menjanjikan tiada Tourist Trap bila kita bersama Arba. Memang terbaik Arba, pakej yang pada ita sangat fleksibel kerana kita juga tidak mengikut Tourist guide, kita di beri kebebasan untuk membeli hanya mereka tunjukkan kedai yang harganya berpatutan , sesuai dengan buget  dan halal , yang penting semuanya ohsem!



Di sini juga kami berpeluang untuk merasa beberapa makanan tradisi Korea yang halal. Tak banyak kedai yang menjual makanan halal di sini, tapi bila dah ada yang halal kami tak melepaskan peluang untuk merasa dan menikmatinya.





Kami di bawa singgah di gerai menjual Honey candy yang kata orang must try! comel aunty yang jual honey candy ni.. siap tunjukkan cara bagaimana dia membuat beribu helaian benang halus untuk membentuk satu honey candy yang sedap dengan pelbagai perisa ada almond, ada nuts ada coklat , ia merupakan Korean tradisional dessert. Sempat juga borong sekotak dua untuk di bawa pulang. Sempat jugalah Dalili beli buah tangan untuk kawan-kawannya..



Kami juga di perkenalkan dengan makanan Korea Odeng yang juga menjadi tumpuan pelancung untuk merasa dan yang penting hanya mak cik ni aje yang jual halal. So ramailah yang nak mencuba. Sedap juga macam steamboat kat sini, rasa macam tauhu + fish cake sikit , Dalili sukalah lebih-lebih lagi makan panas-panas di saat kita masih lagi kesejukkan memang sedap!



Ita pula mencuba Hotteok , makanan korea juga  rasa lebih kurang macam apam balik intinya kacang  tapi kulitnya lebih macam roti nan sikit susah nak di gambarkan, nanti bila ke Korea jangan lupa mencuba, sedap!


Kami juga di bawa ke pasar Korea yang juga berada di sini, dapatlah lihat pasar orang Korea, bersih tau! tak sama macam pasar kita di Malaysia. Ikat kering pun di peket cantik, macam nak fremkan aje ikan-ikan tu.. Macam-macam buah tangan boleh di borong kat sini, kimci ada.. ikan kering ada.. segala macam makanan ringan Korea, kuih muih tradisi, kira jajan-janan dan kudapan ringan semua ada di sini. Tapi tourist kami memastikan semua makanan yang kami beli adalah halal.. bestkan Arba Travel membeli tanpa ada rasa was-was!















































Selepas penat membeli belah kami di bawa menikmati makan tengahari di restoran Kampungku.
Kampungku restoran adalah sebuah restoran yang menyajikan makanan asli dari Malaysia yang terletak di Myeongdong Seoul Korea. Di miliki oleh anak tempatan Farid dan Ashraf bersama usahawan dari Korea Shim Eun Gyu . Ia menyajikan makanan halal dan sudah semestinya restoran ini menjadi tumpuan pelancung Islam dari Malaysia dan lainnya .














Di sini kami dihidangkan dengan menu nasi ayam bersama ayam goreng dan pencuci mulutnya coktail buah-buahan yang sedap.
Sementara menunggu yang lain menjamu selera, sempat juga ita dan Dalili tinjau-tinjau permandangan di sekitar sambil cuci mata.






Selepas menjamu selera, rombongan kami menaiki bas untuk ke Namsan Seoul Tower.
Untuk ke bas kami melewati sebatang anak sungai yang masyaallah cantik dan bersihnya.... macam tak percaya di tengah-tengah kota metropolitan yang sesak dan padat dengan penduduk boleh mengalirnya anak sungai yang indah dan jernih pulak airnya... siap ada tempat orang jalan dan lepak-lepak lagi.. kagum sunguh dengan pemerintahaan dan pentadbiran di Korea ni..


Namsan Tower adalah merupakan menara tertinggi di tengah kota Seoul. Tinggi menara ini adalah sekitar 480 meter di atas permukaan laut dan merupakan menara yang tertinggi di miliki oleh Korea Selatan. Dari atas menara anda dapat menyasikan panorama indah bandar Seoul yang pesat membangun.




Menara ini di dirikan di atas gunung Namsan pada tahun 1969 dan di buka sepenuhnya kepada umum pada tahun 1980. Pada tahun 2012 ia merupakan destinasi utama untuk dikunjungi oleh para pelancung.













Di bawah menara ini anda dapat saksikan berjuta-juta padal lock yang di gantung sepanjang pagar. Lock of Love di Namsan Tower ini dapat mengambarkan betapa Korea sememangnya terkenal dengan tempat-tempat yang romantik.




Tradisi memasang manga-manga cinta ini bermula pada tahun 1990 an. Ramai yang mula memangga cinta-cinta mereka di pagar yang terdapat di bawah menara sebagai tanda kekukuhan cinta mereka dan berharap ianya akan kekal abadi selamanya.. macam-macam yang mereka tulis dan ada juga yang lucu... hihi

Pemandangan di sini sangat indah betambah lagi dengan pohon-pohon chery blossom yang sedang berkembangan.. dan pohon-pohon yang masih tidak berdaun akibat  winter.. memang sangat cantik panoramanya.  Ramai yang mengambil peluang untuk merakamkan kenangan di sini. Anda juga harus datang ke sini kerana banyak pot yang menarik untuk di rakam sebagai kenangan..
































Selepas puas menikmati panorama indah di atas gunung Namsan, kami bergerak turun untuk ke Myeongdong .. wah!!!!! shopping lagi.. tak puas-puas shopping nampaknya..

Myeondong merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan warga tempatan maupun para pelancung kerana ia merupakan syurga fesyen dan kosmetik yang utama di Korea. Yang menariknya setiap jenama kosmetik Korea mempunyai cawangan disini. Sepanjang jalan anda dapat lihat kedai kosmetik dan penjagaan badan dengan masing-masing berebut-rebut membuat promosi untuk mendapatkan customer.



















Di tengah-tengah jalan nya pula terdapat banyak gerai memjual segala macam, makanan dan barangan Korea , kalau kita kat Malaysia ni macam pasar malam lah.. macam-macam ada , makanan Korea yang kita selalu tengok dalam drama Korea.. buah-buah dia yang segar-segar ya Allah geram betul dengan buah strawberry di sini besar-besar sedap pulak tu sangat jucy! pakaian , t shirt , kot, jaket , stokin , kasut ... segala macam benda lah jual kat sini.. sampai rambang mata tak tau nak beli apa. Akhirnya duduk tepi jalan dan tengok orang lalu lalang.. hihi.. ramai betul orang di sini tau.. kebanyakkannya adalah pelancung.


Selepas penat membeli belah, kami bergerak pula mencari restoran makanan halal untuk makan malam kami sebelum pulang ke hotel. Kami di bawa ke Yooganae sebuah restoran yang menyajikan makanan halal yang terletak di Myeongdong.

Makanan kami telah di pilih oleh pihak Arba Travel, jadi tak susahlah kami nak pilih.. kalau pilih pun pasti tak tahu mana yang sedap dan sesuai dengan citarasa kami ni..
Kami di sajikan dengan makanan ala Korea lagi, nasi goreng seafood dan maggi goreng hihi... jadilah buat alas perut untuk malam nanti. Tapi yang bestnya ianya di masak di hadapan kami.. seronok pulak tengok dia masak sangat mudah dan simple.

Rasanya orang Korea ni banyak makan makanan yang simple. Mudah di masak dan di sediakan. Biasalah yang lainya adalah kimci yang di hidangkan untuk makan bersama. Ramai kata makanan di Korea agak pedas, tapi pada ita.. ok je.. mungkin orang Johor kan memang suka pedas-pedas.. yang ni nampak je merah .. tapi tak pedas sangat..




Selepas makan kami berangkat pulang ke Hotel semula.. hari ni nak tidur awal, kumpul tenaga banyak-banyak sebab esok kami akan ke Nami Irland pulak.. bestnyaaa....  wuuik tak sabaryaa...






5 comments:

Ida said...

Salam Kak Ita, bestnya tengok barang dan makanan kt sana. Suka juga tengok Dalila pandai posing.Tengok buah2an kat sana, memang mengamcam betul. Patutlah orang2nya kulit lawa2. Bila lah pula saya nak melancong ke Korea ni. Kena kumpul duit banyak2 lah nampaknya, hihihi.

Unknown said...

salam kak ita...saya pun teringin nak ke korea insya allah doakan saya dapat pergi jugak mcm kak ita..tapi boleh saya tanya average duit poket budget tu berapa...pakej kak ita tu termasuk makan ker? hehe tanya ya...

𝖇𝖊𝖙𝖘𝖆𝖗𝖆𝖓𝖌885♡ said...

I blog frequently and i really thank you for your content. The article has truly peaked my interest. 토토사이트

𝖇𝖊𝖙𝖘𝖆𝖗𝖆𝖓𝖌885♡ said...

I don’t even know how I ended up here, but I thought this post was great.
I do not know who you are but certainly you’re going to a famous blogger if you are not already 경마

𝖇𝖊𝖙𝖘𝖆𝖗𝖆𝖓𝖌885♡ said...

You were great and everyone received so much from your experience and knowledge
Absolutely amazing, thank you for sharing your knowledge with me. 바카라사이트

Post Top Ad

test