Assalamualaikum
Alhamdulillah akhirnya dapat juga ita mencuri sedikit ruang dan masa untuk menulis kembali blog yang dah lama menyepi ini.
Alhamdulillah ita dah selamat sampai ke tanah air tercinta pada 11 April pukul 10 : 20 malam waktu Malaysia
Setelah bercuti ke Seoul Korean selama 4 hari 5 malam bermula dari 7 April hingga 11 April 2018.
Hari ini ita nak kongsikan pengalaman ita yang umpama mimpi dalam mimpi bila sampai di negara yang dah lama di idam-idamkan.
Korea Destinasi percutian yang dah lama ita idam-idamkan untuk pergi setelah menonton drama Korea yang popular suatu masa dahulu Winter Sonata. Betapa bukan sahaja drama itu mencuit hati ita untuk berkunjung ke negara yang pada ita cukup menarik dilawati ini, bahkan ia juga turut menggamit seluruh dunia untuk berkunjung ke Korea.
Percutian ita ke Korean mengikut Agensi. Pada ita mula-mula nak travel ni baik ita ikut agensi kerana mudah dari segi tempat tinggal, penginapan, pengangutan dan juga makanan. Maklumlah negara orang ni kita tak berapa biasa, tak tahu kadar jenayahnya macam mana, di mana tempat yang harus di lawati, kat mana nak cari makanan halal, oleh itu ita mengikut tour ARBA travel selepas di recommend oleh anak murid ita yang pernah mengikuti tour ARBA sebelum ini. Atas kesungguhan dia menceritakan betapa mudahnya mengikut tour ARBA barulah ita berani mendaftarkan diri. Maklumlah nak bercuti ni bukan sedikit belanja juga, takut salah pilih agensi pelancungan kena tipu pulak. Oleh itu pengalalaman dari rakan-rakan pada ita sangat-sangat membantu bila kita nak memilih sesuatu agensi perlancungan. Lepas ni bolehlah bercuti sendiri pulak sebab dah tau mana tempat yang harus dituju.
Ita pergi ke Korea berdua aje dengan Dalili, haha sebenarnya selain ita yang teringin sangat nak pergi ita juga nak bawa Dalili yang sangat taksub dengan Korea dan Kpop. Teruja betul dia bila ita kata nak bawa dia ke Korea. Ita pilih pakej Pakej Percutian Korea 2018 Seoul 5 hari 4 malam
Kira jimat jugak lah untuk pergi 2 orang ni ita habis dalam 7 k jugak lah lengkap dengan makan halal, tempat penginapan yang selesa , pengangutan dan semua bayaran untuk tempat penginapan yang kita lawati. Jadi tak pening kepala sebab semua Arba uruskan termasuklah kemudahan portable wifi. Tapi ini tak masuk lah duit shopping hihi. Ala shopping pun tak banyak mana sebab fikir susah nak bawa balik nanti.
Ita memilih untuk pergi pada musim spring kerana
1. Ita tak tahan sejuk yang melampau
2. Ita nak tengok bunga cherry blossom dan tulip
3. Tak perlu bawa baju tebal-tebal
4. senang nak jalan dan bergerak
Pesan ita pada mereka yang nak keluar negara , pertamanya anda kena tau cuaca dan suhu negara yang ingin anda lawati tu sesuai atau tidak dengan tubuh badan anda. Kalau tak tahan sejuk macam ita ni.. jangan pilih winter ada sejuk beku pulak nanti..
Tapi alhamdulillah percutian yang sangat menyeronokkan kerana dalam masa 4 hari 5 malam tu.. ita dapat pelbagai pengalam baru di negara orang dengan suhu dan cuaca yang berbeza-beza setiap hari. Nanti ita kongsikan betapa seronoknya pengalaman ita saat itu.
Ok sebelum ke Korea anda kena tau cuaca di sana dan musim apa supaya anda tau apa pakaian yang perlu dipakai nanti. Setahu ita musim spring suhu tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Oleh itu ita taklah beli pakaian tebal. Tapi bila sehari sebelum bertolak pihak ARBA melaporkan supaya kami membawa pakaian tebal kerana suhu amat sejuk. Kelang kabut lah pergi cari baju sejuk dan kasut yang bersesuaian. Inilah untungnya mengikut agensi, kerana pihak Arba sangat mengambil berat kebajikan mereka yang di bawah jagaannya dan sentiasa melaporkan dari semasa ke semasa.
Pada ita kalau pergi musim spring tak perlu bawa kasut yang tapak tebal macam boot tu. Cari kasut yang lembut macam kasut sukan yang memudahkan pergerakkan, kerana Korea ni banyak turun naik bukit dan tangga, kita juga banyak berjalan kaki, jadi cari kasut yang selesa di pakai untuk berjalan. Kalau tak sakit kaki dibuatnya nanti.
Pada italah kalau nak pergi Korea ni samaada akhir Autum atau awal spring kena bersedia dengan baju sejuk, sebab kadang suhunya berubah-ubah. satu lagi pakai thermal supaya badan anda tak terlalu sejuk bila kena cuaca yang sejuk di Korea. Alhamdulillah ita dah beli thermal siap-siap sebab ita memang tak tahan sejuk.
Sebenarnya tak perlu bawa pakaian yang banyak sangat masa anda pergi Korea ketika musim sejuk, Authum atau Spring, kerana suhunya yang sejuk buatkan kita lebih banyak pakai coat tebal, dengan baju berlapis2 dan seluar yang tahan sejuk. Badan pun tak berpeluh sangat di sana. Apa yang penting mesti pakai thermal, ada tshirt atau kemeja lengan panjang, baju sejuk , coat tebal atau jaket tebal, seluar tebal, stokin dan kasut yang sesuai. yang lainnya kita akan pakai berulang-ulang aje.. sebab memang pakaian tak berbau sangat sebab cuacanya yang sejuk dan kering.
Keperluan asas seperti sabun mandi, shampo, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka semua kenalah bawa sebab memang tak disediakan. Cari peket yang kecil aje atau pack untuk travel aje.. Lain-lain keperluan asas tu kenalah di bawa. Ubat-ubatan, cream untuk kulit tangan dan badan dan balm untuk mulut kena bawa sebab suhu sejuk dan kering buatkan kulit kita boleh pedih , bibir pecah-pecah dan mengelupas.
Di Korea, sama ada di hotel atau guest house tidak di sediakan towel. Oleh itu towel kena dan wajib bawa. Ita bawa towel yang buruk2 aje.. hihi sebab bila balik ita tinggal aje.. sebab towel basah dan berat nak letak dalam lugage hihi
Apa yang perlu ita ingatkan, di korea, tandasnya tiada kemudahan host paip air tau! oleh itu anda di kehendaki sentiasa bawa botol kosong untuk kemudahan bersuci dan mengambil air sembahyang. Tisu basah juga perlu sentiasa di bawa untuk memudahkan anda membuang hajat.
Selain peralatan kelengkapan diri apa yang lebih utama adalah pasport. Untuk pergi Korea ni mudah aje sebenarnya, dia tak perlukan visa, jadi mudah untuk kita travel ke sana. Tapi anda nak kena pastikan perjalanan anda untuk keluar negara berjalan lancar tak ada sebarang halangan. Untuk semak perjalanan ke luar negara boleh semak di SINI
Jangan lupa juga tukar duit awal-awal supaya mudah segala urusan. Sediakan back pack untuk mudah nak travel. Jangan lupa bawa camera untuk ambil gambar yang cantik-cantik sebagai kenang-kenangan. Handphone jangan lupa, pastikan bateri dan charger dibawa bersama.
Kalau pergi travel sendiri jangan lupa booking flight tiket awal, booking hotel siap-siap, dan boleh juga beli tiket untuk untuk mana-mana tempat yang ingin anda lawati yang memerlukan tiket. Kata orang kalau booking awal dari sini lebih murah berbanding kita beli di kaunter tiket di sana. Kalau anda pergi ikut agensi Arba Travel semuanya di uruskan, mudah dan ringkas.
Yeaaa.. dah dapat tiket dan boarding pass tak sabar betul nak berlepas.
Kami menaiki penerbangan Air Asia X untuk ke Korea.
Dalam flight kami di hidangkan dengan makanan yang sedap-sedap , alhamdulillah untuk alas perut kami dalam penerbangan yang mengambil masa 6 jam.
Sebelum mendarat kami kena isi borang immigresen untuk masuk ke Korea. Samalah macam isi borang macam nak masuk Singapura atau negara yang lain juga.
Kapal yang membawa penerbangan kami mendarat di Incheon Airport pada pukul 3: 15 petang.
Alhamdulillah sampai juga kami di bumi Korea.
Di lapangan terbang kami di sambut oleh tourist guide dari Arba Travel yang sangat ramah Anum dan Jordan. Kami di bawa ke Hotel dengan menaiki bas yang telah lama menunggu kai di luar pintu masuk.
Sebaik melangkah keluar dari airport.. ya Allah sejuknya....
7 comments:
Hi Ita,
Tahniah kerana berjaya update blog kegemaran akk ni. Rupanya Ita dah sampai Korea ye. Tak sabar nak tunggu episode seterusnya dari Ita.
Dalam kita busy/stress nak PRU14 ni, hidangan cerita macam ni menenangkan jiwa.
Tq
First time dengar Arba Travel. Boleh share pakej Korea ke nanti :D
Alhamdulillah.. Tahniah kak Ita & dalili.. Seronok mendengar cerita akak.. TaK sabar nak mengikuti cerita seterusnya 😍... Thanks kak sudi berkongsi pengalaman
Seronok nya k.ita.
Tak sabar nak baca yang seterusnya.
bestnya makan angin Korea
Salam,
Saya Saiful dari www.naracards.com
Bagaimana saya boleh hubungi empunya blog?
Terima Kasih
Jom ke Seoul-Jeju cuti sekolah tahun 2020! Hanya RM3500/pax untuk 6H5M. Trip termasuk flight Kul-Jeju-Seoul-Kul, accomodation + tour guide + transport + breakfast + entrance fees + insurance. Untuk pertanyaan lanjut blh ws 018-9591995 atau email najwaakutravel@gmail.com.
Post a Comment