Pengat Ubi Kayu - masam manis f

Breaking

May 22, 2018

Pengat Ubi Kayu


Bila bulan puasa ni, biasanya ita suka makan manis-manis. Kebiasannya kuih muih atau manisan tradisional yang kata orang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Masa bulan puasa nilah anak tekak ni meragam nak makan macam-macam , mengalahkan orang yang mengidam pulak!

Ita ni suka sangat ubi , masak apa pun ubi ita suka, tak kira di goreng, di rebus atau di jadikan kuih muih. Mungkin sebab sifat semula jadi anak kampung ni yang menebalkan buatkan ita cukup suka makanan kampung.


Bila bulan puasa ita teringat kat masakan mak. Mak ita suka sediakan pengat atau bubur bila bulan Ramadan kerana bapa ita memang cukup suka makan manisan. Bila berumahtangga, giliran ita pula kena sediakan untuk suami kerana ita juga dapat suami yang seleranya tak kalah selera bapa ita. Sukakan manisan terutamanya kuih muih tradisional.

Semalam ita berkesempatan buat pengat ubi. Ya Allah nikmat apalah yang nak kita dustakan.. sesungguhnya rahmat Allah cukup besar dengan rezeki yang Allah kurniakan.. sungguh sedap menghirup pengat ubi takala azan maghrib berkumandang.

Senang aje buat pengat ni.. barang pun mudah dan ringkas. Masak pun tak lama. Kalau ada bahan semua jadi kan..



PENGAT UBI KAYU

1 batang ubi kayu ~ potong kecil dan rebus hingga empuk
300 ml santan
250 gm sagu di rendam hingga kembang
200 gm gula pasir
100 gm gula Melaka
3 helai daun pandan ~ di simpul
garam secukup rasa
air secukupnya

Didikkan air dalam periuk dan rebus ubi sampai empuk.
Kemudian masukkan sago dan masak hingga sago jernih
masukkan gula, gula melaka dan masak hingga gula larut
Masukkan santan dan garam secukup rasa
Biarkan didih
Angkat dan hidangkan



No comments:

Post Top Ad

test