Sago Gula Melaka Sedap sangat - masam manis f

Breaking

May 27, 2018

Sago Gula Melaka Sedap sangat


Ketika bulan Ramadan, manisan adalah sesuatu kemestian dan perlu di sediakan setiap kali berbuka puasa. Suami ita memang suka makan manisan, lebih-lebih lagi kuih muit tradisional. Berkesempatan untuk menyediakan sago gula Melaka untuk berbuka puasa. Sedap sangat dapat menghirup kuah santan dan gula melaka yang dingin.

Ita buat dalam bekas cawan kecil ni, buat banyak jugak, masuk bekas kecil-kecil ni mudah nak simpan. Hidangan sago ni bukan sahaja sesuai untuk berbuka puasa, malahan ianya sesuai untuk jamuan juga tau! cuba buat masa open house hari raya bnanti, pasti tak cukup.. sebab sedap sangat-sangat..

Ok ita kongsikan resepi yang muidah dan ringkas ni



SAGO GULA MELAKA

1 cawan sago ~ di rendam dahulu hingga kembang ( sekejap je.. supaya sago cepat masak )
3 cawan air
pewarna jika suka

Sago yang dah rendam, bilas dengan air  dan masukkan dalam periuk bersama air dan setitik pewarna
masak atas dapur hingga sago jernih
Letak sago dalam tapis dan bilas dengan air untuk buang kanjinya
Kemudian masukkan dalam bekas

Santan

1/2 kotak santan KARA
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
1 helai daun pandan di simpul
secubit garam

Satukan santan, air, daun pandan dan garam dalam periuk dan masak hingga didih
Bila dah didih masukkan bancuhan tepung jagung dan masak lagi sambil sentiasa di kacau sehingga santan sedikit pekat
Tuangkan atas sago

Air Gula

1 buku gula Melaka
1 cawan air
1 helai daun pandan di simpul

Satukan semua bahan dalam periuk dan masak sampai gula larut
Bila dah masak tuangkan atas santan tadi
Sejukkan
Simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin


3 comments:

Farah Melaka said...

Sedapnya 😍

Unknown said...

Assalamu'alaikum.. Salam dari Indonesia, Kak Ita. Nak tanya sikit.. Sago ini sama tak dengan tepung sagu? Atau beda?

hayati suki said...

Sedappp sangat utk buat minum petang. Lg2 kalau sejuk2...

Post Top Ad

test