Ramadan datang lagi, tentu ibu-ibu atau yang bujang pening kepala nak masak apa yang mudah kan? Balik kerja kena hadap jalan sesak dan menyebabkan kekangan untuk menyediakan juadah yang berbaloi untuk di makan buat berbuka. Pastinya kita semua memerlukan makanan yang sedap dan paling penting sihat. Jadi untuk memastikan kita semua mendapat yang #terbaikramadan, jom cuba resepi mudah dengan hanya tiga hingga empat langkah sahaja.
Masak apa ya kawan-kawan untuk hidangan berbuka puasa hari ni?
Hari ni ita sediakan kuih manja. Kuih ni popular di pantai timur tau. Kebiasannya inti dalamnya di letakkan kaya atau kastard. Kuihnya comel-comel dan saling tak tumpah kuih apam balik kalau di Johor Bahru. Cuma di JB kuihnya di buat agak besar intinya pula di letakkan kacang yang di gaul bersama gula di letakkan susu pekat manis dan jagung manis.
Untuk resepi kali ini yang mudah dan ringkas, ita menggunakan Seri Kaya Yeo's. Tak perlu nak bersinsing lengan membuat kaya, bukak tin dah jadi dah kaya, rasanya pun sedap makan dengan apa pun sedap! kalau tak sempat nak sediakan apa manisan untuk berbuka puasa, cuba buat kuih manja ni.. anda pasti suka.
KUIH MANJA KAYA YEO'S
150 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh garam
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar gula
250 ml air
1 sudu teh esen vanilla
Satukan semua bahan dalam nlender dan kisar halus
Panaskan kuali leper, oleskan dengan sedikkit margerin
Tuangkan sesudu adunan, biarkan masak
Letakkan inti kaya di tengahnya
Dan lipat dua
Sedia di hidangkan bersama minuman Lychee Yeo's sebagai penghilang dahaga.
Lychee Yeos sedap di hidangkan sejuk bersama ketulan ais.
2 comments:
Assalamualaikum. Maaf saya nak bertanya, susu tepung tu jenis apa pun tak apa ka? Atau boleh saya tahu jenis susu tepung yang Puan gunakan? Terima kasih
shorturl.at/wyMQR
shorturl.at/muHNS
shorturl.at/dBRXY
shorturl.at/gmLRZ
Post a Comment