Juadah Puasa Pertama 2019 - masam manis f

Breaking

May 7, 2019

Juadah Puasa Pertama 2019


Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua follower kak ita yang masih setia biarpun dah lama blog ni tak ke udara dan lama kak ita tak mengetuk papan kekunci ni.  Masa yang sentiasa cemuru, kesibukkan kak ita sehari-hari membataskan segala aktiviti berblog dan photography yang kak ita minati. Dah lama tak update blog pun dah terasa janggal tau...

Ok lah, bulan Ramadhan kali ini kak ita mengambil keputusan untuk bercuti , nak rehat panjang, nak update blog dan main snap-snap photo yang dah lama jugak kak ita tak buat.

Insyaallah doakan kak ita sentiasa sihat agar dapat berkongsi resepi dengan anda semua.



Hari pertama puasa, kak ita ada sediakan beberapa menu hidangan bersahur dan berbuka puasa yang mudah dan ringkas untuk hidangan kami sekeluarga.
Tahun ni, kami berpuasa berempat, cuma Azrul je yang tak ada baru memulakan intern ship di Shah Alam. Alhamdulillah ada 4 orang pun dah cukup mengembirakan hati ini.. Alhamdulillah syukur dapat berbuka dan bersahur bersama.

Oklah kak ita terus aje pada juadah bersahur yang ringkas, kak ita masak kepak ayam masak kicap untuk sahur yang pertama. Mudah dan ringkas aje resepi ni.. yang penting sedap dan menjadi kesukaan anak-anak.

Sahur pertama makan pun kurang, sikit baru nak warm up kata orang tu.. kita sediakan yang mudah dan ringkas. Yang penting dapat alas perut untuk berpuasa seharian esok hari.



KEPAK AYAM MASAK KICAP

5 ketul klepak ayam ~ gaul garam dan kunyit goreng, angkat dan toskan
2 biji kentang ~ kupas kulit , hiris ulat dan goreng
1 lau bbawang bbesar ~ hiris bulat
1 tabgkai cili merah ~ belah 2
Bahan kisar
3 ulas bawang merah
2 ulas awang putih
5 batang cili padi

Kesemua bahan ini di kisar halus

Bahan Tumis
3 sekawan  ( kulit kayu manis, bunga cengkih, unga lawang )
1 tangkai daun kari
1 batang serai ~ di titik
2 inc halia ~ di hiris atau di ketuk

Bahan sos
4 sudu esar kicap manis
1 sudu besar kicap masin



Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kening keemasan ~ angkat
gorengkan ayam hinga keemasan ~ angkat
Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali
Tumiskan bahan tumis, 3 sekawan, daun kari, serai dan halia
setelah harum, masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak
Masukkan kicap manis dan kicap masin
Sekiranya kurang kuah tambah sedikit air
Masukkan ayam dan kentang
Biar kuah didih
Akhir sekali masukkan bawang hiris dan cili merah
biar merenih sebentar
Angkat dan hidangkan


Ita hidangkan lauk ni dengan sayur kobis goreng, ikan goreng dan telur

Untuk juadah berbuka puasa ita sediakan Nasi lemak hujan panas. Resepi ni ita pernah kongsikan sebelum ini di blog ini juga. Ita masak yang mudah dan ringkas je..


NASI LEMAK HUJAN PANAS

3 cawan beras ~ cuci bersih, toskan
2 helai daun pandan di simpul
1 batang serai ~ dititik
2 inc halia ~ dititik
2 ulas bawang merah ~ dihiris
1 sudu teh halba
3 1/2 cawan santan sederhana pekat
secubit garam



panaskan minyak dalam periuk nasi
ila dah panas, tumiskan bawang merah, halia, serai, daun pandan hingga harum dan garing
Masukkan halba dan kacau sekejap
Masukkan santan
Biar didih , masukkan beras
masukkan garam dan kacau rata
Tutup periouk dan biarkan nasi tanak
Bila dah masak tebuk beberapa lubang dengan belakang sudu
taungkan setitik atau dua titik pewarna dalam setaip lubang ( merah, hijau , kunig )
Tutup semula periuk sebentar
Buka periuk dan gaul rata

Nasi sedia di hidangkan bersama, sambal tumis, ayam goreng, timun, telur rebus

Untuk resepi sambal tumis udang beserta tip dan panduan boleh rujuk di sini : Sambal Tumis Udang





Manisan pula ita sediakan pengat pisang. Pengat pisang ni permintaan dari suami ita. Suami ita kalau bulan puasa dia memang suka makan manisan. Lama tak makan pengat pisang katanya. Ita guna pisang nipah untuk buat pengat ni. Kalau boleh cari yang masak ranum supaya lagi lembut dan manis pengat kita.

PENGAT PISANG BERSAGO

sesikat pisang ( dalam 8 butir ) pisang nipah yang masak ranum
1 buku gula melaka
2 sudu bvesar gula pasir
secubit garam atau 1/2 sudu teh garam
1/2 kotak santan KARA
1/2 cawan sago
1 helai daun pandan ~ di simpul
air secukupnya



Mula- mula rebus dulu sago hingga jernih
Angkat, toskan dan lalukan pada air sekejap buang kanji

Dalam periuk, masukkan air, gula melaka , gula pasir dalam periuk dam masak sampai gula larut
Bila dah larut tapis
Masukkan semula dalam periuk
Letak daun pandan dan masak semula
Masukkan pisang dan masak hingga pisang lembut
Masukkan sago dan santan
Kacau rata
m,asukkan garam
biarkan didih
Sedia di hidangkan


Minuman pula ita sediakan Soda Herbs. Sedap tau soda herbs ni. Sebenarnya minuman ini pernah viral satu ketika dulu dan ita pernah kongsikannya sebelum ini di blog ini juga. Ia dulu lebih di kenali sebagai minuman detox. Tapi kini ia telah menjadi kesukaan ramai dan telah keluar dengan pelbagai versi.

Di katakan juga minuman ini telah mengalahkan air Katira yang sentiasa memanggang carta air terlaris sepanjang Ramadhan. Kini minuman detox ini pula yang telah menjadi kesukaan ramai.

Minuman ni memang sedap, segar dan nyaman je.. lebbih0-lebih lagi di bulan Ramadhan ni..dengan cuaca panas terik, memang bila berbuka minuman dulu yang di cari..



SODA HERBS

1 botol air Sprite
5 biji asam boi
1 batang serai ~ dititik
1 tangkai daun pudina ~ di ramas-ramas
2 biji limau nipis ~ di hiris nipis
1 tin Lychee ~ am,bil buahnya dan 1/2 tin airnya sahaja
ais secukupnya

Masukkan air sprite dalam jug
Letakkan asam bboi dan biarkan ia kembang sekejap
Masukkan serai
Masukkan limau nipis
Masukkan daun pudina
Masukkan lychee dan airnya
masukkan ais
Sedia di nikmati dingin

Nikmat apa yang harus di dustakan.. segarnya..



3 comments:

ANDAIANNYA said...

Sedap2 menunya......pengat pisang tu y tak boleh tahan

Az said...

Azhan: Selamat berpuasa sis!

Ida said...

Salam kak azita, selamat berpuasa. Semoga ibadah kita pd bulan ini diterima oleh Allah Swt. Sedap , sedap hidangan pertama ramadhan kak, yg penting berkhasiat. Terima kasih atas perkongsian. Ida doakan kak sekeluarga sihat dan dpt menjalani ibadah puasa dgn tenang, amiin.

Post Top Ad

test