KUIH TEPUNG BAKO UBBI KAYU YANG LEMBUT DAN SEDAP ! - masam manis f

Breaking

May 11, 2019

KUIH TEPUNG BAKO UBBI KAYU YANG LEMBUT DAN SEDAP !


Assalamualaikum
Hari ni ita kongsikan kuih atau manisan yang dah lama ita nak buat, cuma tak berkesempatan nak buat bila ita sibuk dengan tempahan kek.. sibuk dengan kelas... Geram je bila tengok kawan-kawan yang lain telah pun mencuba. So bila rRamadhan tiba, ita tak tunggu lagi untuk cuba resepi yang dah lama di idamkan.



Kuih Tepung Boko Ubi di beri nama dan merupakan kuih yang sedang viral dan dikatakan menjadi kesukaan ramai. Kuih yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni mula menular dan viral sekitar awal tahun ni. Sebenarnya banyak lagi kuih muih yang sedap-sedap dari Pantai Timur.. sebab bila ita balik kampung.. masyaallah... banyaknya kuih muih mereka yang kadang ita pun tak tau  mana satu nak di rasa.. yang penting semuanya manis-manis belaka.

Tapi la ni.. ramai yang dah mula kurangkan manisan dalam makanan dan semakin ramai yang tambahkan manisan dalam senyuman.. tak gitu..^_^

Kenapa nama kuih ni tepung bako? sedangkan tiada pengunaan tepung dan tidak di bako.. itu kenalah tanya orang Kelantan.. orang Kelantan yang ada kat rumah ni dah jadi Kelantan celup! tu yang kalau tanya pun tak berapa nak tau hihi.. ^ o ^



Apa rasa kuih ni?
Kuih ni rasanya sama lah lebih kurang kuih talam ubi .. cuma ia lebih lembut dan perlu di makan dengan sudu. Sebab tu kalau di Kelantan biasanya mereka masak dalam loyang besar dan kalau nak makan baru senduk ubi tu dalam pinggan dan baru di curahkan kuah santan atasnya. Berlainan dengan talam ubi yang boleh di potong. Tapi rasa seakan sama.

Dan ramai yang dah komersialkan dan mereka jual dalam bekas comel macam yang ita buat ni.. dan di jual .. laku keras dik.. lebih-lebih lagi jualal bulan Ramadhan ni..

Peringatan
Bagi yang nak buat dalam bekas kecil,  santan tu perlu lebih dari sukatan biasa.  Resepi yg kak ita bagi ni untuk santan kak ita dah lebihkan, sebab ita buat dalam bekas kecil. Bagi yang buat dalam loyang boleh kurangkan santan tu kepada 1/2 adunan.

Ok lah jom kita terus sahaja pada resepi.. kang dapur ita tak berasap pulak bila dok sembang memanjang..


KUIH TEPUNG BAKO UBI KAYU



LAPISAN BAWAH

3 cawan ubi yang telah di parut halus ~
akak blender je caranya masukkan ubi yang di potong kecil dalam blender letak air sikit dan kisar.. lepas tu tapis
Baki tapisan air tu jangan buang.. mendakkan dulu air tu.. air kuning tu kena buang sebab kalau letak dia pahit, ambil mendakkan yang putih aje.., masukkan dalam hampas ubi tadi.  Baki mendapan tu manis itu sagu dia.., so kena letak balik dalam hampas ubi. Hampas ni yang kita nak gunakan dalam pembikinan kuih kita nanti. Ubi tadi tu tapis je tau! tak payah perah pulak, biar air dia turun sendiri dari tapis tu..

2 cawan gula merah atau boleh guna 2 cawan gula Melaka ~ gula merah dan gula melaka ni gula yang berlainan ya.. dan rasanya juga lain sikit. Tapi dua2 pun sedap! kalau guna gula Melaka lebihkan gula pasir sikit

1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan ~ disimpul
3 cawan air



Cara buat kat ita ada kongsikan video di IG, boleh follow IG akak
( terima kasih pada yang dah follow terharu sangat ^_^)

Mula-mula kita buat air gula dulu
Satukan semua bahan kecuali ubi dalam periuk dan masak sampai gula kita larut
*Bila dah masak, sejukkan dulu..
Kemudian tuang dalam ubi yang kita dah parut tadi dan kacau rata

Panaskan kukusan
Susun bekas kecil dalam kukusan kak ita guna bekas no MS SQ250
Jadi dalam kukus kak ita guna tu boleh muat 16 kotak untuk sekali kukus
Untuk satu adunan ni dapat 32 bekas
kalau 1 bekas jual rm 5 satu adunan dapat berapa tu dik..


Sesiapa yang minat kukus kak ita ni boleh wasap akak ya 018 3747833, harga RM 230 semenanjung je.. Sabah dan Sarawak akak tak pos ya takut kemek dik..

Tuang 1/2 bekas sahaja, kemudian kukus hingga masak dalam 20 minit
kalau nak letak loyang tuang semua dalam loyang, guna loyang 9 inc atau 8 inc pun boleh
Sementara tunggu bahagian bawah masak, kita sediakan bahagian atas

LAPISAN ATAS

2 kotak santan KARA
3 cawan air
7 sudu besar tepung beras
1 1/2 sudu teh garam

Satukan semua dalam periuk dan masak atas dapur hingga sedikit pekat, jangan pekat sangat nanti susah nak tuang.

Bila bahagian bawah dan masak, tuang lah bahagian putih atas bahagian bawah
dah pun siap..
yum! yum! sedapnya...









6 comments:

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...
This comment has been removed by a blog administrator.
IDA said...

selamat berpuasa. saya nak tambah sikit pasal juadah ni sebab saya org kelantan yg memang suka kuih tradisional kelantan. org kelantan panggil tepung boko ubi kayi. boko in kelantanese maksudnya talam. iti yg saya faham lah. maaf kalau saya plak silap

Secret said...

Santan tu yg kotak kecik,sedang @ besar ye?

Unknown said...

Assalamualaikum...
Sedapnyaaaa kuih kak ita... Sebenarnya nama dia tepong boko ubi kayu... Tepong boko ni kategori kuih talam la kalau kat pantai timur... Cuma bezanya versi tak set dan pejal mcm yg biasa... Dan boko tu maksudnya talam atau dulang... Kalau kat pasar siti khatijah selalunya warna hijau perasa pandan...

bellatrix lestrange said...

2 kotak santan tu, kotak kecik ke besar?

Nadine said...

Permisi ya kak Admin ^^

ItuKasino online - ituKasino - Agen Judi Bola - Slot - Judi Poker - IDNLive - Sicbo - Baccarat- LiveCasino

Minimal Deposit & Withdraw Rp. 25.000,- / Rp.50.000,

- Bonus Cashback Sportsbook 5% setiap Senin
- Bonus Rollingan Live Casino 1% setiap Senin
- Bonus Rollingan IDN Live 1% Setiap Senin
- Bonus Cashback Slot Games 5% Setiap Senin
- Bonus Cashback Poker 0.3% setiap Kamis

Kontak Kami :
Whats App: +855-9379-0515

Pusat Bantuan
Pusat Bantuan ituKasino

Link
Link ituKasino


Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
• Telkomsel , XL axiata
• Ovo , Gopay

Agen Taruhan Judi Teraman, Situs Taruhan Judi Teraman, Agen JudiBola, Agen Judi Bola Online, Agen Bola Online, Agen Sportsbook, Judi Casino, Agen Judi Casino, Agen Casino Online, Agen Live CasinoTerpercaya, Agen Judi Poker, Judi Poker, Agen Poker Online, Agen Judi Domino, Agen Domino Online, Agen Bandar Domino, Agen Bandar QQ, Agen Bandar Poker, Agen Bandar Ceme,

Post Top Ad

test