MOIST SOUR CREAM CHOCOLATE CAKE - masam manis f

Breaking

Feb 5, 2012

MOIST SOUR CREAM CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum

Salam Maulidur Rasul buat semua..
Ada menu special tak hari ni? Mestilah kan sesekali bercuti, mestilah suami dan anak-anak  nak  merasa masakan yang sedap-sedap daripada isteri atau ibu tersayang..
Ita masih lagi memikirkan apalah yang ita nak masak hari ni..
Intai-intai jugak resepi dari blog kawan-kawan.. mana lah tau kalau-kalau ada yang ita terlepas pandang, atau ada yang telah menjentik hati ni untuk mencuba..


Sebenarnya dah berapa hari ni anak tekak ita ni macam nak makan kek coklat aje.. Bila buka blog kawan-kawan aiii... ramai pulak yang dok tayang kek coklat.. Itu yang buatkan rasa mengidam ni makin lah membuak-buak..

Kek coklat memang lah kek kegemaran ita.  Memang suka sangat makan kek coklat. Tapi ita suka kek yang sedikit spongy tak berat dan bertekstur lembut.
Antara kek bakar dan kek kukus, ita lebih gemarkan kek kukus, sebab kek kukus ni lebih lembab.


Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi kek coklat yang pada ita sedap! tak manis sangat. Kalau yang suka manis kenalah tambahkan sedikit lagi gula. Tapi bila dah letak ganache ok jugak lah manis dia sedang-sedang gitu. Tapi bagi ita dan suami mmg suka kalau manis sikit aje lagi..
Tapi rasa-rasa ramai diluar sana sekarang yang mengutamakan kesihatan.. biar kurang manis dalam masakan tapi.. lebihkan manis dalam senyuman.. betul tak??


Resepi ni ita ambil dari dapur Along Ros. Dah lama peram resepi ni.. dah nak bersaka dah pun.. hihi
Bila tekak ni terasa nak makan kek coklat, ingatan ita mula lah terbayang kek coklat Along yang wallaaa... sedapnya.. nampak teksturnya yang aduhaiiii.. meruntun kalbu..
Warna coklat yang gelap , ditambah garnache yang berkilat tu.. adoiii.. boleh pengsan sesiapa yang melihatnya..

Kek ita ni tak segelap kek Along, mungkin faktor coklat yang digunakan. Cara buat kek ni pon sangat mudah. Sama aje caranya macam kita buat kek coklat yang lain. Mudah dan ringkas.
Sesuailah kalau nak buat birthday kek atau sebagai kek pertunangan. Kalau nak buat hantaran pun ok jugak ni...


Adunan kek ni dapat banyak tau. Untuk loyang yang besar dalam ukuran 9 inci. Jadi pada sesiapa yang keluarga tak besar atau nak merasa aje.. buat lah 1/2 adunan
Beza kek ni dari kek coklat yang lain kerana penggunaan sour cream dalam adunan. Mula2 rasa pelik jugak tak masam ke nanti kek coklat ni..
Bila dah siap dibakar.. emm.. tak masam lah tak de rasa sour krim pun .. rasa sama macam kek coklat lain jugak..
Masak kek ni agak lama jugak.. Ita mengambil masa anggaran 1 jam 1/2 barulah kek ita ni masak dengan sempurna.

Terima kasih pada Along yang sudi kongsikan resepi yang sedap-sedap pada kita semua. Pada kawan-kawan yang nak cari resepi yang sedap jangan lupa selongkar dapur Along.
Along  ni bukan sahaja cantik tapi pandai memasak. Suka tengok wajah keibuan Along tu.. lembut aje.. orangnya..
Ok lah ita minta izin untuk share resepinya di sini pulak ye Along. Sebagai rujukan ita di masa hadapan atau jadi rujukan juga buat kawan-kawan yang teringin mencuba.



MOIST SOUR CREAM CHOCOLATE CAKE
By : AllRecipes
Rujukan : Along Roz

Bahan-bahan untuk loyang 9 inc
1 cwn serbuk koko
1 cawan air panas
1 cawan mentega ~ dilembutkan
2 1/2 cawan gula castor
4 biji telur
2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung kek
2 sudu teh Baking Soda
1 sudu teh Baking Powder
1/2 sudu teh garam
1 cawan sour cream ~ 200 gm


Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang berukuran 9 inci
Sapukan butter pada loyangdan lapik dasar loyang dengan kertas minyak ~ baking paper
Campurkan koko dengan air panas
Kacau rata hingga koko melarut dan ketepikan
Dalam bekas yang kering dan bersih, satukan tepung kek, baking soda, baking powder dan garam
Ayak dan ketepikan
Dalam mangkuk mixer satukan mentega dan gula
Pukul hingga adunan gebu
Masukkan esen vanila dan telur sebijik demi sebijik sambil terus memukul hingga adunan sebati
Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak berselang seli dengan sour krim hingga adunan rata
Akhir sekali masukkan bancuhan koko tadi.
Tuangkan adunan ke dalam loyang
bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak sempurna
Ita bakar anggaran 11/2 jam
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastiukan kek telah di masak sempurna.
Lidi yang keluar kering dan licin menandakan kek telah di bakar sempurna
Keluarkan daripada acuan selepas 10 minit dan sejukkan atas redai
Potong kek kepada 2 atau 3 lapisan
Lapiskan dengan Chocolate Ganache
Sapukan keseluruhan kek dengan Chocolate Ganache dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.
 
CHOCOLATE GANACHE
By : Along Roz

450 gm Coklat Masakan ~ potong kecil
300 gm cream

satukan kesemua bahan di atas ke dalam periuk kecil dan masak dengan menggunakan api kecil sehingga coklat mencair
Sejukkan sebentar sebelum di sapukan pada kek.


MOIST SOUR CREAM CHOCOLATE CAKE
By: Roz@HomeKreation
Source-Cake: AllRecipes
Source-Chocolate Ganache: HomeKreation
Makes 9" round

Ingredients
1 cup Cocoa
1 cup Boiling Water
1 cup Butter - softened 
2½ cup Sugar
4 Eggs
2 tsp Vanilla Essence
3 cup Cake Flour*
2 tsp Baking Soda*
1 tsp Baking Powder*
½ tsp Salt* (* sifted together) 
1 cup / 8 oz Sour Cream (I used 200g packet)

Method
1. Dissolve cocoa & boiling water.
2. Cream butter & sugar until light.
Add in VE and egg, one a time while beating until well mixed.
Fold in flour and sour cream alternately, beating well after each addition.
Lastly, add in cocoa mixture.
3. Bake 170C for 1 hour until cooked when tested with skewer.
(I baked mine for 1½ hours, testing it every 10 minutes after 1 hr).
4. Unmould after 10min and cool completely before slicing then layer/spread with chocolate ganache.

CHOCOLATE GANACHE
450g Chocolate - chopped 
300g Cream
- Place both in a pot & cook small fire until chocolate melt.
- Cool slightly before layering cake & spreading on top. 




24 comments:

Dhia Aliya said...

wah cantik nyer kak..lg2 acuan 2 x pnah jmp pn cantik la leh wt tuk besday nnt..

Nazrah said...

Salam Maulidul Rasuk .. memang cantik warna dan kek tu..siap ada cincin lagi memang sesuai ngan love..

Unknown said...

Salam maulidurrasul Ita, nk tnya skit, sour cream tu.....yogurt asli ye? Saya selalu tertanya2, tu yg kalau ada resipi ltk krim msm sy tak buat.

Liaamanis Choc said...

lawanyer kek tu..mana akak beli acuannyer...simple but nice

Unknown said...

cantiknya k.ita...terpikat sggh !!!

khairiah khaizu said...

cantiknya kejadian tu.....macam sayang jer nak mkn....simple tapi menawan kreativitinya...bangga dengan ita....(^__^)

Qasey Honey said...

asslm kak...
mengodanya kak kek ni..mmg mengancam la...terasa nk gigit siki la kek tu...hehehe

Melly Octaviana said...

Pagi Kak Ita.. mau kak coklat cake nya, coklat cake fav anak anak di rumah nih.:D

Cheq Sue said...

cantiknya acuan tu kak ita... kek pun nampak sedap... tapi kena terasa nak makan sungguh baru boleh buat. :)

Liza said...

salam maulidur rasul kak ita... berkenan liza tgk kek rupa kek tu, cantikkkk...

Mas said...

salam maulidur rasul buat kak ita sekeluarga...
hmm..kek coklat....
susah nak tolak..
memang mas suka sangat..
nanti nak try resepi along gak la...

Kak Nik Ja said...

salam maulidur Rasul jugak buat Ita sekeluarga...mokwopernah buat kek nih di jadikan cupcake..sedap bagi tekak mokwo...tapikan isssh!ish! ish! gambo2 Ita nih...terngaga mokwo di buatnya!...cute!

Kak Sam said...

Assalamualaikum kak...
Saya suka makan kek coklat tapi yang lain tak makan tu yang payahnya. Teringin nak buat tapi bila memikirkan kena makan sendiri jadi pendamkan aje le. akak nanti tunjukkan rupa acuannya boleh tak? tq

Unknown said...

cantik...aduyai...lama x makan coklat cake

Kasturi Nusi said...

aduyai....sesuai tul la kek ni sempena anniversary Turi hari ni kak Ita...minta sikit...huhuhu
salam maulidur Rasul... moga bertambah kecintaan terhadap Rasul Junjungan

MAMANYAII mayiaas said...

So cantik...citaknya dan cicin nya....

Shasha Mohamed said...

wahh! Cantiknya kek. Dan nampak sedap plak tu.
Nice cake ;)

CT Delima said...

As'salam Ita

Alahai mengodanya pic kek coklat ni. ct pun suka kek yang coklat2 ni Ita. Tapi kalau macam ct ni kenalah buat 1/2 adunan jer. memandangkan anak2 kurang sedikit dah nak makan kek coklat ni. Rugikan siapa tak suka kek coklat2 ni..hihi

Nur-nba said...

Wahh tersangatlah cantik kek ni.. Memang superb.. Kak Ita memang boleh pengsan bila melihat gambar kek akak ni..

Boleh tak Kak Ita tunjukkan kami acuan kek akak yang cantik ni? Beli di mana ye?

p/s : Kak Alongroz memang pandai memasak, samalah macam Kak Ita juga.. Saya kagum dengan anda berdua.. :)

Ida,Japan said...

So romantic la kak ita all this pic...mmg superb cantik! mcm2 material kt ita ni..uniknyer kejadian kek dari loyang ni..

Seri Suryati said...

ita, hasil kerja yg sangat kemas, bersih , menarik...kagum dgn usaha azlita....

Ummi said...

Assalam Ita cayanggg...akak baru sempat beronline nih...blk kg jap kelmarin 2 mlm..lapoorr nih...ada lg x kek cokelat kukus tuh...amboiii lawooo kemain...mmg mcm kek hantaran pun...tu cincin belah rotan tu sapa yg hantar, ada rombongan pinangan ke tuh...hehheehe

Princessgathis a.k.a CinTa said...

Salam..kak ita, sy nk tnya skit, cara penyediaan die tu kak ita tulis "Dalam mangkuk mixer satukan mentega dan butter" tp dlm versi english "Cream butter & sugar until light". campur mentega ngn gula yg betul kn? compius la kak...hehehe...

noura said...

kak ita, ktmaner akak beli acuan kuih yang cantik2x nie

Post Top Ad

test