Nov 30, 2010

KEK ALUNAN KASIH

Beralun2 kek ku....  terima kasih kepada penyumbang resepi Pn Mastura Yasak kerana sudi berkongsi resepi ibu mertuanyer kepada rakan di Kongsi Resepi...
Buat kuih ni berdebar2 jugak jadi ke tidak?... harap biarlah jadi... alhamdulillah akhirnyer jadi jugak kek alunan kasih ku ini.... kak ita cnp kat sini yer! senang nanti klu nak buat lagi...

MyKitchen's Recipe

Kek Alunan Kasih
By:Mastura Yasak (kongsi resepi)


5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair
**1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna Pink dan Kuning (resipi yg asal warna hijau n kuning ,sy buat pink n kuning)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.


"DO IT YOURSELF"

Pukul planta dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna kuning…
(**saya masukan esen vanilla utk warna pink dan perasa oren utk warna kuning)
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna kuning..ratakan perlahan2..(jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

- Mungkin boleh masukan adunan ke dalam piping bag/ising decorator..supaya dpt buat lapisan kek yg nipis2…
 
ita rasa klu kukus kek ni pun sedap kan...
next time klu buat ita kena letak gula 2 cawan sebab tadi buat 1 1/2 cawan rasa cam kurang manis... ita ni mmg pemanis.... jangan kena kencing manis sudah.....hihihi

TAHU DAN TELUR BERCILI

MyKitchen's Recipe

6 keping tauhu - digoreng
4 biji telur - direbus dan dikupas kulitnyer
1 labu bawang besar di potong bulat
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
5 biji limau kasturi - ambil jusnyer
2 tangkai daun kari
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1 cawan minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
7 batang cili merah
10 biji cili padi - klu suka pedas boleh tambah
2 ualas bawang putih
5 ulas bawang merah


"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak dan tumis bahan tumisan bersama daun kari dan masak hingga garing. masukkan sos tomato, sos cili dan  bawang besar yg dimayang dan masak hingga bawang layur.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali barulah masukkan tauhu dan telur. kacau rata biarkan kuah mesra dgn tauhu dan telur kemudian barulah boleh diangkat dan dihidangkan.

AYAM MARSALA


Inilah lauk Ayam Marsala yang ita masak untuk dimakan bersama Nasi Tomato. Sebenarnyer resepi asal adalah Kambing Marsala dari buku memasak 1 hari 1 resepi  Chef Hanieliza. Kerana tak de kambing dan anak2 suka makan ayam jadi ayam ita tu ita masak la lauk ni... jadi la resepinyer Ayam Marsalah.... bukan ayam bermasalah tau! tapi ita yg bermasalah sebab tak boleh makan kambing... aiyo! banyak takot wo... nanti darah naik... sapa yg susah... ita jugak.... hahaha jangan cakap banyak lagi jom kita selongkar kat dapur apa yg ada untuk masak ayam ni... jom!



MyKitchen recipe

Ayam Marsala
By: Chef Hanieliza

Bahan A
1/2 ekor ayam - basuh bersih dan dipotong kecil
2 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu teh jintan manis
ayam digaul bersama serbuk kari dan jintan manis dan di perap selama 1 jam

Bahan B
2 biji kentang dibelah 4
2 biji tomato dibelah 4
1 pokok daun ketumbar - dihiris halus2
2 cawan santan
1 cawan air
3 sudu makan minyak utk menumis
garam secukup rasa
2 kiub pati ayan - ita tambah

Bahan C
4 biji buah keras
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inc halia
2 inc kulit kayu manis

"DO IT YOURSELF"

Panaskan minyak dan tumis bahan C hingga garing dan naik baunyer. masukkan ayam dan daun ketumbar. Gaul rata dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan air, kentang tomato dan kiub ayam dan masak hingga daging dan kentang empuk.
masukkan santan dan garam. Biarkan sehingga kuah pekat dan pecah minyak. Siap utk dihidangkan.



NASI TOMATO

Dah makan belum... ? tengah hari ni ita masak Nasi Tomato... Resepi asal dari Chef Hanieliza's Cooking. Resepi Kak liza ni mmg sedap, mudah dimasak dan bahan2 yg diperlukan pun senang nak cari... Terima kasih pada kak liza yg membuatkan kerja memasak ita menjadi lebih mudah, cepat dan sedap!!! buka perasan tau... tapi hubby yg cakap... ni semua berkat tunjuk ajar dr kak liza dan rakan2 kat Blog dan FB... terima kasih semuanyer.... jangan cakap banyak jom masuk dapur tolong ita masak...


MyKitchen's Recipe

Nasi Tomato
By : Chef Hanieliza's

5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Bolih dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun..

APAM BERAS

Assalamualaikum....
Pagi tadi saya buat apam beras... tengok ramai kawan2 dah buat apam ni.. teruja tgk masing2 memosingkan apam mereka comel lote semuanyer... Apam ni ita buat malam tadi untuk sarapan anak2 pagi ni.. anak2 semua suka apam ni lembut aje rasanyer... kpd yg belum mencuba boleh la cuba membuatnyer....


Resepi ni ita ambil dr blog Kak Noor Secubit Garam... ita klu bukak blog kak Noor ni mesti teruja nak memasak... semangat dtg berkobar... suka sangat!!!.... terima kasih kak Noor... sumber inspirasi ita utk memasak dan mencuba lg pelbagai masakkan utk family...

Ok jom kita tgk resepi Kak Noor  ita cnp kat sini ye... nanti mudah ita dan kawan2 nak rujuk..

MyKitchen's Recipe

By:Kak Noor Secubit Garam

Bahan-bahan
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

"DO IT YOURSELF"

Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan

Nov 29, 2010

AYAM MASAK LEMAK CILI API

Assalamualaikum....
Minggu baru, semangat baru dan sudah tentu semua tercari menu2 baru utk santapan keluarga... hari ni ita masak Ayam Masak Lemak Cili Api... menu kesukaan keluarga...
Rasa2nyer mosak lomak cili api ni adalah makanan yg popular atau makanan asalnyer dari Negeri Sembilan. Tapi kini semua negeri rasanyer tentu suka dan gemar dgn masakan ni... bak kata orang nogori..lagi podas lagi sodap!!!.... betul tak... ok jom la kita ke dapur dan lihat bagaimana cara ita menyediakan masakan ni... tapi ni versi ita tau! mungkin tak sama dgn cara orang Negeri sembilan menyediakannyer....

Ayam masak lemak cili api

MyKitchen's Recipe

1/2 ekor ayam - dipotong dan dibasuh bersih
3 biji kentang - dipotong 4
1/2 helai daun kunyit dimayang halus
2 batang serai - dititik
1 cawan santan pekat
2 kiub ayam
garam dan serbuk perasa

Bahan untuk dikisar
20 tangkai cili api - klu tak suka pedas boleh kurangkan
2 inc kunyit hidup
2 inc halia
2 batang serai
1/2 helai daun kunyit
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cawan air

"DO IT YOUR SELF"


Masukkan semua bahan yg telah dikisar kedlm periuk. Kemudian masukkan kentang dan ayam. Masak semua bahan atas dapur hingga ayam dan kentang empuk.  Setelah semua empuk masukkan kiub ayam dan santan pekat. Sentiasa mengacau supaya santan tidak pecah minyak. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Setelah masak tutup api dan taburkan daun kunyit yg telah dihiris halus.
Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas....

TELUR

Petua bukan hanya kpd resepi untuk mengenakkan masakan semata2 tetapi boleh juga kepada memudahkan kita dan membuatkan hidangan tambah lebih cantik dan molek.
Hari ini ita ingin berkongsi petua untuk mengupas telur supaya lebih mudah dan membuatkan telur licin tampa melekat pada kulitnyer. Mungkin ramai yg dah tau petuanyer tapi ita ingin juga kongsikan disini untuk anak2 dan adik2 kita.....
Untuk memudahkan telur dikupas, selepas telur direbus dan masak angkat  kemudian pecahkan kulit telur dan rendam dalam air sebentar.... selepas itu bolehlah dikupas kulitnyer di bawah air paip yg mengalir untuk memudahkan proses mengupas... pasti anda akan terasa mudah mengupas dan menanggalkan telur dari kulitnyer...
Cuba perhatikan telur di atas tu.... cantik kan?? kuningnyer berada di tengah2 klu nak hidangkan atas meja utk tetamu nampak molek aje kan...
sebenarnyer mudah utk mendapatkan kuning telur yg berada di tgh2 telur. Caranyer, ketika merebus telur kacau telur selalu tp jangan kuat2 takut pecah pula telur apabila terhantuk sesama sendiri... bila telur masak anda akan perhatikan kuning telur berada betul2 di tengah2 telur...
selamat mencuba....
Nov 28, 2010

MARMER CHIFFON CAKE

Hari ni ita buat lagi Marmer Chiffon Cake ni... sebenarnyer ini adalah kali ke 3 ita buat kek ni... sebab sedap sangat selalu tak sempat kek ni nak berposing... kejap aje dah licin... hari ni ita buat lagi sebab anak2 suka sangat... resepi ni ita ambil dari buku Kek Chef Alex Goh. Chef Allex ni mmg pakar dalam membuat kek. I really love this cake.... mmg sedap sangat lembut dan gebu dirasa .... tak puas makan...
Chef Alex selalu kata jangan ragu2 untuk menambah atau mengubah suai kek citapaan sendiri... jom tgk resepi yg telah ita ubah suai ni...


MyKitchen's Recipe

Bahan A
6 biji kuning telur
50 gm gula castor
1/4 garam
4 sudu besar minyak sayuran - ita guna minyak Mazolla
70 gm Strawberry Fresh Milk

Bahan B
110 gm Tepung kek
(klu tak ada tpg kek guna tepung gandum dan add 1/2 sudu teh baking Powder)

Bahan C
6 biji putih telur
100 gm gula castor
1/2 sudu teh krim of tartar

Bahan D
1 sudu teh strawberry emulco
1 sudu teh coklat emilco + 1 sudu besar coco powder + 1 sudu besar air panas


"DO IT YOUR SELF"

  1. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Bancuh kan A hingga sebati. Masukkan B dan gaul hingga sempurna.
  3. Pukul putih telur C hingga kembang. Kemudian tambahkan gula dan krim tartar. Pukul lagi hingga kental (kalau kita angkat pemukul ia spt bertanduk - meringue)
  4. Ambil 1/4 bahagian meringue dan gaulkan dgn adunan kuning telur dr langkah (2) dengan kaedah kaup balik dan sebatikan hingga rata. Masukkan semua baki meringue dan gaulkan adunan dgn rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. satu bahagian di campurkan dgn strawberry emulco dan kaup balik hingga rata. Manakala satu bahagian lagi dicampurkan coklat emulco dan serbuk koko dan kaup balik dgn sempurna.
  6. Tuangkan adunan ke dlm acuan kek angle food 22 cm atau 9 inc ( tak perlu di gris dgn butter ye!) secara berselang seli. Bakar pada suhu 170C selama 40 - 45 minit atau hingga masak.
  7. Keluarkan kek dr ketuhar setelah masak dan terbalikkan nyer dan biarkan sejuk.
  8. Sisip tepi acuan dgn pisau tajam, tarik keluar dan sisip pulan bahagian bawah acuan. Tanggalkan dr acuan dan bolehlah dipotong untuk dihidangkan.

JAPANESE CHEESE CAKE

Assalamualaikum....
Apa khabar semua selamat berhari minggu... hari ni ita buat Japanese Cheese Cake resepi ni ita ambil dr Kongsi Resepi Discussion. Resepi oleh Rms Benhadriah.  Japanese Cheese cake ni sangat lembut dan sedap bagi pengemar2 cheese cake. Kek ni tak berapa manis, sesuai sangat kepada mereka2 yg mementingkan kesihatan.
Tapi ita rasa kek ni lagi sedap jika dimakan bersama caramel sirup dan sos caramel... marveloussss... sangat!!!... cubalah... sedap...
Terima kasih kepada penyumbang resepi... ita cnp resepinyer di sini ye.. utk rujukan ita dan kawan2..



MyKitchen's Recipe

Japanese Cheese Cake
By: Rms Benhadriah 

4-5 keping cheddar cheese  
200ml susu segar 
4 biji telur 
70gm gula halus 
70gm tepong kek 
70gm butter 
masa penyediaan: 20min 
masa membakar: 1jam


"DO IT YOUR SELF"

1. koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. masak dgn api perlahan, kacau selalu. masukkan butter,tutup api.

2. asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).

3. masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.

4. lapik acuan 7x3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.

5. letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

*teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar.

NAGASARI NANGKA LAGI


ini lah naga sari nangka yg ita buat dlm acu cawan comel. Sebenarnyer ita buat untuk hantar kat rumah jiran ita yg mengadakan majlis cukur jambul cucu sulungnyer... Tahniah ye pada untie Miah sebab dah dapat cucu... seorg putera yg comel..
resepi kuih ni pernah ita letak sebelum ni klau nak resepi selongkarlah kat sini... ini lah resepi air tangan ibu ita yg paling ita dan anak2 suka.. klu ita buat kuih ni dan bagi pada jiran2 mesti dorang suruh ita buatkan lagi... cubalah sedap kuih ni...


KEK PISANG

Hari ni ita buat sebiji kek pisang yg sedap. Resepi ni ita ambil dr My Resipi. Resepi dari Yani. Terima kasih ye Yani sebab sudi share resepi yg sedap ni ... tapi ita tak gunakan fresh cream sebab tak jumpa cari. So ita gantikan dgn Whipping Cream. Tapi still ok! takut jugak kalau tak jadi kek ni... alhamdulillah... menjadi jugak.. sedap dan lembut aje...
Cuma ia merekah sikit dekat atas kek mungkin suhunyer panas sangat.. so next time ita kena kurangkan suhunyer... sedikit...
Jom kita tgk bahan2 yg yani gunakan utk membuat kek pisang yg lembut ni... jom!


MyKitchen's Recipe

Kek pisang
By: Yani
  • 2 biji pisang
  • 140g butter
  • 120g gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar fresh cream - ita guna Whipping Cream
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

"DO IT YOUR SELF"

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
  2. Asingkan putih dan kuning telur
  3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
  4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
  5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
  6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit


Nov 27, 2010

SOTO AYAM

 Soto Ayam

Hidangan Soto sudah menjadi kelaziman buat masyarakat kita. Ia hidangan pilihan sepanjang hari sama ada pagi, petang mahupun malam. Ia juga merupa menu yg selalu menjadi pilihan untuk jamuan atau kenduri kendara. Terdapat aneka sajian berasaskan Soto seperti soto ayam atau daging, mee soto dan mee hoon soto, jadi tidak hairanlah masyarakat kita tidak pernah jemu menikmatinyer.
untuk sajian hari ini ita menyediakan soto ayam untuk hidangan keluarga .. jom kita ke dapur  untuk melihat bagaimana ita menyediakan soto ayam ni yg merupakan menu yg paling ita minati


MyKitchen's Recipe

Bahan A
Mula2 rebus air sampai mendidih. masukkan ayam yg telah dibersihkan dan dipotong2. masukkan 2 kiub pati ayam dan 1 bungkus sup bunjut. Masak bahan ini sampai mendidih.

Bahan B
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc lengkuas
2 inc halia
1 inc kunyit
2 batang serai
(semua bahan diatas dikisar halus)
rempah tumis 4 sekawan
4 sudu besar rempah soto - dibancuh dgn air
1 sudu besar kerisik
2 sudu besar santan

"DO IT YOUR SELF"

Masukkan 1/2 cawan minyak dalam periuk , tumiskan rempah tumis dan bahan yg dikisar hingga garing dan harum.  setelah garing masukkan rempah soto dan tumis hingga garing. jika ia likat atau berketu2 masukkan sedikit air rebusan ayam tadi dan masak hingga betul2 garing. Setelah garing masukkan semua bahan ini ke dalam air rebusan ayam tadi (bahan A) dan kacau rata. Kemudian masukkan kerisik, garam dan serbuk perasa secukup rasa. 
Setelah mengelegak masukkan santa dan kacau rata biar didh sebentar dan siap untuk dihidangkan.

Bahan2 untuk dimakan bersama kuah Soto

 nasi empit

Taugeh, kacang goreng, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili kicap



Nov 26, 2010

LAKSA JOHOR

Laksa Johor

Laksa Johor merupakan makanan yang terkenal di Johor. Laksa ini merupakan hidangan berat yang mengenyangkan. Rasanya enak tetapi rumit untuk disediakan jika sekadar untuk dihidangkan kepada beberapa orang. Oleh sebab itulah laksa ini biasanya dihidangkan pada Hari Raya atau dalam majlis tertentu sahaja.

Laksa Johor agak berlainan dari laksa sedia ada kerana ia tidak menggunakan laksa beras sebaliknyer menggunakan spagetti untuk dimakan bersama kuah laksa, sambal belacan dan ulam ulaman.




Bahan utk kuah laksa

1kg ikan tenggiri atau kembung - direbus
1/2 mangkuk minyak
6 sudu rempah kari daging - dibancuh dgn air
2 mangkuk santan

Bahan A
10 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 batang serai
4 cm lengkuas
4 biji buah keras
4 cm halia
2 cm kunyit

Bahan B
5 mangkuk air rebusan ikan
1/2 mangkuk kerisik
2 keping asam keping
1 sudu besar garam
1/2 buku gula melaka
2 kiub ikan bilis

Cara menyediakannya

Rebus ikan dan ambil isinyer, kemudian dikisar dgn air rebusan ikan.
Kisar bahan A hingga halus
Panaskan minyak di dalam periuk lalu tumiskan bahan A hingga terbit minyak. Masukkan rempah kari dan Kacau rata hingga sedikit garing. Kemudian masukkan kesemua bahan B.
Setelah itu masukkan isi ikan dan air rebusan ikan. Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga kuah mendidih dan pekat.

Bahan-bahan yg dimakan bersama kuah laksa
 Spagetti yg telah dicelur digaulkan dgn sedikit minyak supaya tidak melekat


 Antara bahan-bahan yg dimakan bersama kuah laksa taugeh, timun dihiris halus, daun kesum dicincang halus, bunga kantan dicincang halus, bawang merah dihiris bulat, limau kasturi dan sambal belacan.
Nov 25, 2010

KARI DAGING


Inilah kari daging yg dimakan bersama pulut kuning. Tentu semua dah tau kan bagaimana nak buat kari daging. Tapi tak pelah disini ita sertakan resepi kari daging ita untuk rujukan adik2 dan anak2 ita dimasa hadapan...

MyKitchen's Recipe

1 kg daging - direbus sampai empuk (klu guna batang pinang tak payah rebus)
5 sudu makan rempah kari (dibancuh dgn air)
2 sudu makan kerisik
2 cawan santan
4 biji kentang dibelah 4
2 cawan air rebusan daging - klu pakai daging batang pinang guna air putih
3 tangkai daun kari
1/2 minyak untuk menumis
rempah tumin - 4 sekawan
2 kiub daging
garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk dikisar
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc halia
1 inc lengkuas
6 tangkai cili kering (klu nak pedas klu tak suka pedas tak payah letak)

"DO IT YOUR SELF"

Daging dibasuh dan tuskan. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis dan daun kari hingga harum. Masukkan bahan yg dikisar masak hingga garing. masukkan kari daging dan masak hingga pecah minyak. kemudian masukkan daging dan air dan masak hingga daging empuk. Masukkan kentang dan masak lagi hinggakentang empuk pula.
Akhir sekali masukkan kerisik, garam,gula dan santan dan masak hingga kuah pekat.
Siap untuk dihidangkan bersama nasi, ketupat atau pulut kuning.




PULUT KUNING

Assalamualaikum...
selamat pagi semua... semalam tak sempat nak tunjukkan N3 yg ita masak semalam... semalam ita masak Pulut Kuning sempena hari lahir ibundaku tersayang... kerana kesibukkan tugas tak sempat nak bersiaran semalam.... sibuknyer mengalahkan perdana menteri...

bukannyer sibuk apa ita kena buat pertukaran sek anak ita yg bungsu... Dalili. Cari sek yg dekat sikit dgn umah tak la banyak buang masa atas jln raya dan tersangkut dik kesesakkan lalulintas...  Lps tu kena plk ambil anak tsyn... dan balik kena siapkan pulut kuning untuk hari lahir mak... Sebelum tu singah sekejap kat Jusco cari hadiah dan flowers for my mum...
Pulut Kuning utk mak ita dah hantar tak sempat nak ambil pic... kelang kabut sangat... plk tu hujan yg lebat membuatkan sukar nak ambil pic klu ambil dlm umah lighting tak cantik sebab dlm umah ni lampunyer semua warm light... tu yg pic nampak kuning aje...
jom lah tgk pulut yg ita buatkan utk ita dan anak2...



Pulut kuning dimakan bersama kari daging, sambal tumis udang dan telur rebus
 
MyKitchen's Recipe

 Pulut kuning

4 cawan beras pulut
3 inci kunyit hidup boleh juga guna serbuk kunyit anggaran 2 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
2 1/2 cawan santan + 1 sudu kecil garam, kacau rata
1 helai daun pandan, disimpul


"DO IT YOUR SELF"
  1. Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur sedikit air dan perah jusnya. Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit @ serbuk kunyit tadi. Gaul rata dan biar terendam  semalaman.
  2. Kemudian toskan pulut tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 3o minit. Kukus di jaringannya dan buatkan sedikit lubang di tengahnya. Apabila pulut sudah separuh masak, alihkan pulut tadi ke dalam bekas lain. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis. Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 20 minit.
  3. Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh di alihkan ke dalam bekas lain. 
  4. Pulut kuning kebiasannyer dimakan bersama kari ayam atau daging, sambal tumis dan telur rebus. Boleh juga jika dimakan bersama rendang.
Nov 23, 2010

KEK MARBLE TRIO

Kek Marble Trio 

resepi ita skodeng dr blog CMG... terima kasih Cik mat kerana sudi share kek yg
sedap ni dgn insan2 yg baru belajar mcm ita ni...
sebenarnyer ita buat kek ni mlm tadi... saja aje buat kek utk kudapan anak2 al maklumlah budak2 ni klu dok umah ujan2 ni cepat berkeroncong perut tu... klu ada apa2 nak dikunyah tak de la dorang tu meragam...sangat... kerana buat dah tgh mlm.. tau2 aje la mata pun dah tak berapa larat nak tunggu lama... lps timer bunyi terus keluarkan... jumpa esok la ye kek... tut2 bila potong ala bawah dia belum kering betul... tu la... peringatan jgn buat kek mlm2 sbb buat kek ni nak kena byk sabor....hihihi
tp kek ni sedap... anak2 suka... anak ita yg no 2 tu mmg suka kek.. dia aje la yg dok berulang kat dapur ni... jom la kita tgk resepi Cik Mat...
Cik Mat ita minta izin cnp resepi ni kat sini yer... nanti senang klu nak buat lagi...


MyKitchen's Recipe
By: CMG

300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence

"DO IT YOUR SELF"

1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.

BADAK BERENDAM

tengok tu anak badak ada, mak badak ada, atok badak pun ada hihihi..... petang ni saya buat kuih badak berendam resepi dr Sasha Rahmat mmg sedap.... buat pun senang tak sia2 buat sebab anak2 semua suka... tp banyak jugak ita derhaka kat resepi ni... hahaha biasalah.. bila angin M dah dtg.... nak keluar umah gi kedai mmg malas jd gunalah apa yg ada kat umah ni.... hahaha

MyKitchen's Recipe
By: Sasha Rahmats

Bahan 'A' - Kulit
600gm tepung pulut
350gm kentang - kentang habis plk time2 ni ita guna tpg kentang aje... janji jadi kan....
4helai daun pandan, ditumbuk halus*
500ml air suam kuku*
1tsp garam*
1 tblspn gula*
1sudu teh warna hijau, jika suka*

*gaul rata dan tapis

KRN SKALA KEMALASAN BEGITU MEMUNCAK CHA OMITKAN DAUN PANDAN CHA GUNA ESEN PANDAN DN PERWARNA HIJAU....ish ish ish
ita pun sama cha... daun pandan yelek... malasnyer nak keluar ujan2 ni....

Bahan 'B' - Inti
1biji kelapa parut putih
1 tblsp tepung pulut
1/2 tsp salt
2 helai daun pandan
250 ml air
100gm gula merah
100gm gula melaka
100gm gula pasir


Bahan 'C' - Kuah
1litre santan pekat
5helai daun pandan
2 sudu makan tepung pulut atau tepung jagung
1 tsp garam

Bahan A..kentang kupas kulit rebus dan lecek halus
uli bahan A menjadi satu adunan doh..ketepikan

Bahan B...satukan gula dgn air masak sekejap dan tapis
daun pandan tuk mewangikan
masakkan kelapa tadi bersama2 air yg dh ditapis
masak hingga likat then addkan tpg pulut & garam

Bahan C...satukan dan masak hingga pekat

Ambil sedikit adunan, lalu isikan inti dan bulat-bulatkan.
Didihkan air secukupnya.
Bila dah mendidih masukkan bebola tadi.
Tunggu sehingga kueh timbul. (kaedah onde2 gitu)

Bila dh masak addkan kueh tadi ke bahan C.
Sedapnyerrrr... makan panas... pulak tu kat luar ujan... pehhh!!!

MEE BANDUNG

assalamualaikum... selamat tengahari... dah makan belum?.. mesti semua dah makan... saya pun baru lps makan dgn anak2 hari ni saya masak mee bandung.... resepi dari kak ipar yg sememangnyer pandai memasak dan tak lokek utk share resepi ngan adik2... cubalah.... memang sedap.... TQ kak yati..... fav Amirul ni....
Mee Bandung

MyKitchen's Recipe

tulang dan daging - direbus
4 biji kentang - potong bulat2 nipis, digoreng kemudian diblend

bahan kisar
30 tangkai cili kering
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 cwn udang - direndam dan dikisar

2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
6 sudu besar sos cili
2 kiub daging
1 buku gula melaka (yg kecil)
2 sudu besar kacang tanah - jika suka (ita tak letak)
garam dan gula secukup rasa
udang
fish ball
sotong
tomato dibelah 4
karot
bunga kubis
telur

bahan yg dimakan bersama
daun sawi - di celur
mee kuning
daun sup n daun bawang
bawang goreng
tauhu goreng

"DO IT YOUR SELF"

panaskan minyak 1 senduk, tumis bahan yg dikisar hingga naik bau dan garing. masukkan kentang yg telah dikisar masak hingga sedikit garing. masukkan daging dan air rebusan tulang masak hingga mendidih. Masukkan kiub daging, sos tomato, sos cili, sos tiram dan gula melaka. Masak hingga gula larut. Masukkan buah tomato, garam dan gula secukup rasa. Masukkan udang, sotong, fish ball dan masak hingga sedikit pekat. Akhir sekali masukkan karot, dan bunga kubis.

Masa menghidang panaskan kuah dan pecahkan telur dlm kuah (jangan kacau) biar hingga telur keras dan bolehlah dihidangkan.... bersama mee kuning, sawi daun sup daun bawang, bawang goreng, tauhu dan cili jeruk jika suka...

antara bahan2 yg dimakan bersama Mee Bandung, tauhu, daun sup daun bawang, bawang goreng, sayur sawi yg telah dicelur

mee kuning yg dicelur

JEMPUT-JEMPUT PISANG

assalamualaikum... selamat pagi semua sarapan di mana...? saya sarapan kat umah aje... hari ni saya makan jemput2 pisang atau klu orang utara pangil cucur pisang..kebetulan pisang banyak lg jd sebelum busuk baik dipelbagaikan menu pisangnyer kan...
klu cakap pasal jemput2 pisang ni mula la teringat kenangan zmn kanak2 dulu... ini la yg selalu mak buatkan utk sarapan kita adik beradik... dulu kat kpg ... mmg byk bak tanam pokok pisang ... tu yg hari2 mak asyik memisang aje.... dgn lempeng pisang la... belebat pisang la... bingka pisang la dan mcm2 lg la... klu mak buat jemput pisang ni ita la yg paling suka... dr pagi sampai ke petang asyik dgn jemput2 ni aje sampai tak moh makan nasi dah.... mak plk klu buat bukan sikit2 almaklumlah... tenteranyer.... berderet... jd kenalah buat2 byk2 klu tak tak cukup.. plk...
resepinyer senang aje kan ttu semua dah tau buat kan... jom kita layan... tgk pic.... selamat menjamu selera.....




Nov 22, 2010

KEK CAWAN PISANG MADU DAN KACANG WALNUT

Selamat petang semua... petang ni saya teringing sangat nak makan kek pisang, kebetulan semalam semasa pergi pasar ada beli sesikat pisang ingatkan nak buatkan jemput2 utk sarapan pagi tadi, last2 masa godek2 pisang tu... terasa nak buat plk kek cawan tu yg jadi kek cawan pisang madu dan kacang walnut ni...

kek cawan ita ni termekarla plk... time kita nak yg mekar dia tak mau mekar bila tak nak yg mekar dia mekar la plk... hihihi Resepi kek cawan ni ita dapat dr buku resepi 500 kek cawan...jom kita tgk resepinyer

MyKitchen's Recipe

450g pisang - dilecek
150g gula perang
90g madu - ita rasa klu tak letak madu pun sedap sebab madu ni membawa satu aroma dan rasa manis yg lain sikit...dan menghilangkan sikit rasa pisang.... kpd yg suka madu bolehlah masukkan madu...
4 sudu besar butter - dicairkan
225g tepung naik sendiri
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
150g kacang walnut - dicincang kasar


"DO IT YOUR SELF"

Panaskan ketuhar pada suhu 175c. letakkan 18 bekas paper cup di dalam acuan mufin. Didlm mangkuk besar , masukkan pisang, gula, madu dam butter. Pukul dgn pemukul elektrik sehingga sebati. perlahan2 tambahkan tpg, serbuk penaik dan garam. Masukkan kacang walnut dan kaup balik adunan hingga rata.
Sudukan adunan kedalam bekas cup 3/4 (ita bubuh penuh tu yg mekar sejambak tu... hihihi)  bakar selama 20 minit. keluarkan daripada ketuhar dan sejukkan selama 5 minit. kemudian keluarkan kek cawan dan sejukkan diatas rak.


AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.